Majlis Pelancaran tersebut akan diadakan sebagaimana berikut :
Tarikh : 25 Zulhijjah 1431H bersamaan 2 Disember 2010
Tempat : Kompleks Islam Darulnaim ( Balai Islam ), Lundang, KOTA BHARU
Masa : Mulai jam 9.00 Pagi
Majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan
- Para penderma adalah dijemput hadir dan sama-sama memberi sumbangan/derma untuk disalurkan bagi membantu golongan fakir miskin serta orang-orang yang memerlukan di Negeri Kalantan.
- Sumbangan diperlukan samada daripada punca halal dan punca tidak halal
** SEMOGA ALLLAH AKAN MELIPAT GANDAKAN PAHALA SEGALA SEDEKAH DAN AMALAN BAIK YANG KITA LAKSANAKAN **
Unit Audit Tunai pejabat ini akan mengadakan pengauditan pada 1 Zulhijjah 1431H bersamaan 08 November 2010 di jabatan-jabatan sebagaimana berikut :
1. Pejabat Tanah Dan Bachok
2. Jabatan Kerjaraya Jajahan Bachok
3. Jabatan Pertanian Jajahan Bachok
Lawatan mengejut ini akan dilakukan oleh dua orang anggota dari unit berkenaan iaitu :
1. En. Jusoff bin Hassan
2. En. Wan Eskandar bin Wan Ali
Unit Bayaran dan Akaun pejabat ini akan mengadakan Lawatan Naziran ke pejabat-pejabat sebagaimana berikut :
- Antara yang tumpuan yang akan diberikan semasa lawatan tersebut ialah mengenai penyediaan baucer-baucer, bayaran, baucer jernal dan penggunaan sistem SPEKS
- Lawatan diketuai oleh Yang Berusaha Pembantu Kewangan
Tarikh | Jabatan |
9 November 2010 | 1) Pejabat Tanah Dan Jajahan Tumpat 2) Jabatan Pengairan Dan Saliran Jajahan Tumpat 3) Jabatan Kerjaraya Jajahan Tumpat |
Dimaklumkan bahawa Unit Akaun pejabat ini akan mengadakan kursus berkenaan sebagaimana berikut :
Tarikh : 30 Zulkaedah 1431 Bersamaan 07 November 2010
Masa : 8.00 Pagi Hingga 5.00 Petang
Tempat : Unit Latihan SPEKS, Pejabat Perbendaharaan Negeri,Aras Satu, Blok 4, KOTA DARULNAIM
Jabatan : Jabatan Kerjaraya Negeri dan Jajahan
Kakitangan Yang Terlibat : Penolong Akauntan dan Seorang Pembantu Tadbir (Kew) yang terlibat dalam Penyelenggaraan Akaun Amanah Dan Diposit.
Kedatangan adalah diwajibkan.
Pejabat Perbendaharaan Negeri akan mengadakan Lawatan Naziran ke pejabat-pejabat sebagaimana berikut :
Tarikh | Jabatan |
02 |
1) Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang |
03 |
1) Jabatan Kerjaraya Jajahan Kota Bharu |
Yang Berusaha En. Nik Faizai bin Mohamed dalam ucapan sempena Perhimpunan Bulanan telah menyentuh beberapa perkara iaitu :
1. Semangat Kerjasama dikalangan pegawai/ kakitangan : Sifat tolong menolong adalah amat perlu terutama dimasa-masa kritikal seperti cuti hari raya dan sebagainya dimana sekiranya ada kakitangan yang bercuti atau keluar atas sesuatu urusan, kakitangan lain hendaklah mengambil alih tugas kakitangan tersebut.
2. Keinginan Untuk Belajar : Sifat ini adalah penting kerana sebagai penjawat awam hendaklah sentiasa bersedia untuk ditukarkan kemana-mana jabatan. Ini memerlukan kita sentiasa peka dan perlu belajar di luar lingkup tugas kita. Kepada kakitangan baru, hendaklah menimba ilmu sebanyak mungkin dan jangan malu untuk bertanya. Manakala kepada kakitangan yang telah banyak pengelaman hendaklah sentiasa memberi tunjuk ajar dan jadikan budaya mencari ilmu ini sebagai budaya kita hingga keakhir hayat.
3. Sifat Hormat Menghormati : Oleh kerana kita berada di pelbagai peringkat umur ( muda, pertengahan dan veteran) maka sifat ini adalah penting dalam menjaga keharmonian di dalam organisasi. Di kalangan pegawai muda perlu menghormati kakitangan veteran disebabkan umur dan pengalaman kerja manakala kakitangan pula perlu menghormati pegawai atasan kerana sebagai ketua yang bertanggungjawab untuk menyelia. Kakitangan perlu mengikut arahan selagi ianya tidak bercanggah dengan peraturan kerana ini semua adalah untuk kepentingan organisasi.
Sementara itu Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapan amanatnya mengingatkan seluruh warga Perbendaharaan supaya sentiasa menghidupkan budaya saling hormat menghormati antara satu dengan lain. Disamping itu panggilan / gelaran kepada pegawai atau kakitangan yang lebih kanan juga hendaklah dijaga serta sentiasa mematuhi arahan-arahan yang diberikan dengan tidak mengutamakan kepentingan diri dan hendaklah sentiasa menghidupkan amalan bantu membantu.
klik disini untuk gambar lain
Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mengambil bahagian dalam majlis sambutan tersebut yang telah diadakan pada 16 September 2010, bertempat di Padang Majlis Daerah Tanah Merah dengan menghantar seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan. Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri hadir sebagai tetamu kehormat.
Yang Berusaha En. Rosnazli bin Haji Amin, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri baru menggantikan Tuan Haji Zamri bin Haji Ismail mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap. Dalam ucapannya beliau mengajak semua pegawai dan kakitangan menumpukan sepenuh masa dalam melaksanakan tugas serta dapat memberi kerjasama kepada beliau dalam menjalan tugas harian belia. Beliau seterusnya menasihat semua warga Perbendaharaan agar sama-sama melaksanakan tugas-tugas mengikut prosidur-prosidur yang telah ditetapkan.
Sementara itu Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapan amanatnya mengalukan-alukan kedatangan En. Rosnaszli sebagai Timbalan Pegawai Kewangan Negeri yang baru serta mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Zamri bin Haii Ismail yang bertukar ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah sebagai Ketua Jajahan. Beliau seterusnya mengharapkan semua warga Perbendaharaan Negeri dapat menjalani ibadat puasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan serta sentiasa merebut peluang-peluang keemasan dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Beliau juga menasihati semua warga Perbendaharaan agar menjadikan Ramadhan sebagai bulan untuk melatih jiwa dan sebagai pedoman dalam melaksanakan tugas harian di pejabat lebih-lebih lagi dalam menjalani kehidupan seharian yang menjadi bekalan sekembali bertemu Tuhan Rabbul Jalal nanti.
Pejabat Perbendaharaan Negeri telah membuat satu pertukaran dalaman yang melibatkan 2 orang kakitangan iaitu Cik Nurul Atfi Ainsyah Binti Mansor,Pembantu Tadbir (N17)(Data dan Maklumat) ditukarkan ke Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia. Manakala Encik Nuzli Bin Abdul Hadi Pembantu Tabdir Kewangan (W17)(Sambilan) ditukarkan ke Unit Pengurusan Kewangan dan Pemantauan Audit.Pertukaran mereka berkuatkuasa mulai 5 September 2010.
Sementara itu Encik Nuzli Bin Abdul Hadi juga akan melepaskan jawatan di pejabat ini mulai 21 September 2010 untuk memegang jawatan tetap di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai Pembantu Tadbir Kewangan (W17).