Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form
Web Master

Web Master

Mesyuarat Urus Setia Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus Peringkat Kebangsaan

Mesyuarat Urus Setia Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) Peringkat Kebangsaan Siri 10 Bil 1 Tahun 2013 telah diadakan pada 26 dan 27 Februari 2013 bertempat di Hotel Grand Riverview,Kota Bharu Kelantan.Jesteru itu, Perbendaharaan Negeri Kelantan telah dipilih untuk membentangkan “Best Practice” yang telah diamalkan.Pihak Perbendaharaan Negeri memilih untuk membentang kan kertas kerja Elektronik Setor (E-Store) sebagai “Best Practice” jabatan. Pembentangan kertas kerja tersebut telah dibentangkan oleh Ybrs.Rosnazli Bin Hj Amin selaku Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan.Dengan pembentangan itu diharap dapat mewujudkan perkongsian ilmu diantara semua yang hadir.Selain itu juga ia dapat menambah baik tadbir urus perkhidmatan awam di negara kita.

Pelancaran Gotong Royong

 

Pada 02 Rabiul Akhir 1434 H / 13 Februari 2013 telah diadakan Gotong Royong Perdana Amalan Persekitaran Berkualiti (QE). Majlis pelancaran telah diadakan di ruangan lobi (Aras Satu) Perbendaharaan Negeri Kelantan dan disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Rosnazli bin Haji Amin, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Amalan Persekitaran Berkualiti (QE). Semua pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan menyertai Majlis Gotong Royong Perdana tersebut.

 

Assalamualaikum W.B.T

Saya ingin mengucapkan selamat tahun 2013 kepada semua warga Perbendaharaan Negeri Kelantan. Momen 2012 meninggalkan banyak kenangan pahit manis dalam penyampaian perkhidmatan di Perbendaharaan Negeri Kelantan termasuk kejayaan dan inovasi yang telah kita usaha dan laksanakan bersama seperti penarafan 4 bintang dalam Indeks Akauntabiliti (AI), program E-Stor yang telah dilancarkan untuk semua Jabatan Negeri Kelantan, LETRAS ( sistem pendaftaran surat berkomputer) dan E-EFT. Memori turut tercalit apabila terdapat seorang kakitangan yang sekian lama berkhidmat bersama-sama di Perbendaharaan Negeri telah pulang ke rahmatullah. Alhamdullillah, di tahun 2013 ini kita masih dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan tubuh badan dalam meneruskan tanggungjawab kita sebagai pegawai perkhidmatan awam. Marilah kita semua membulat tekad dan iltizam bagi menambah nilai dan prestasi diri, bahagian dan Perbendaharaan Negeri Kelantan dalam meningkatkan sistem penyampaian dan “outcame “ yang diharapkan. Bagi merealisasiakan hasrat tersebut, saya amat berharap kita dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih Berdidikasi, Bijaksana, Bersungguh serta Berani dalam membuat perubahan bagi mengtransformasikan diri dan jabatan kita ke arah yang lebih baik. Bermuafakat, saling menghormati dan bersedialah untuk bekerja sebagai satu pasukan yang kental. Daya pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif perlulah dipertingkatkan lagi bagi melaksanakan strategi dan penyampaian demi kepuasan hati pelanggan. Semoga dengan usaha kita ini akan dapat menjenamakan Perbendaharaan Negeri Kelantan sebagai agensi yang memacu pemantapan pengurusan kewangan negeri bahkan menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan negeri. Sama-sama kita gemilangkan Perbendaharaan Negeri Kelantan dan semua entiti dibawahnya.

Terima kasih.

Khamis, 10 Januari 2013 08:02

Pameran 6 Januari 2013

Pada 06 Januari 2013 bersaamaan 23 safar 1433H Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menyertai pameran Kecermerlangan Jabatan yang telah diadakan sempena Perhimpunan Tahun 2013 Anggota Perkhidmatan Awam Negeri di Kompleks Kota Darulnaim yang telah diadakan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Perhimpunan berkenaan telah disempurnakan oleh YAB. Tuan Guru Dato’Menteri Besar Kelantan dan turut dihadiri Oleh YB. Dato’ Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, YB. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato’Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua-ketua jabatan yang lain. Maklumat mengenai Indeks Akauntabiliti , aktiviti penting 2012 dan sijil-sijil pencapaian cemerlang Perbendaharaan Negeri Kelantan telah dipamerkan semasa majlis berkenaan.

Khamis, 20 Disember 2012 08:10

Taklimat Mengenai Perakaunan Akruan

Pada 17 Disember 2012, satu Taklimat Kesedaran Ke Arah Pelaksanaan Perakaunan Kerajaan Negeri Kelantan telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Kota Darulnaim. Majlis ini telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mamat, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan dan taklimat disampaikan oleh Encik Annamalai A/L L.Singaram, Ketua Penolong Pengarah Kanan,Seksyen Khidmat Perunding, Bahagian Pembangunan Perakaunan Dan Pengurusan Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran awal kepada peringkat Pengurusan Tertinggi Kerajaan Negeri Kelantan terhadap keputusan kerajaan untuk beralih daripada Sistem Perakaunan Tunai di ubahsuai kepada Sistem Perakaunan Akruan sebagai salah satu cabang transformasi kerajaan.Taklimat ini telah dihadiri oleh semua Ketua Jabatan Negeri, Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi-agensi Negeri yang lain.

Seorang Pegawai Tadbir Negeri iaitu Puan Fatimah Binti Haji Mohd. Noor , telah ditukarkan daripada Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Perolehan Dan Aset) kepada Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Khidmat Pengurusan). Pertukaran ini tidak melibatkan pertukaran ke Jabatan lain tetapi sebagai pertukaran dalaman di Perbendaharaan Negeri Kalantan. Tempat beliau sebagai Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Perolehan Dan Aset) akan diambil alih oleh Puan Wan Asma Suhana Wahida Binti Wan Deraman (Penolong Ketuia Jajahan [Pendaftaran] di Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok). Selain daripada itu Perbendaharaan Negeri Kelantan juga telah menerima pertukaran seorang lagi Pegawai Tadbir Negeri. En. Aziz Bin Mat Hassan, Ketua Penolong Pengarah [Pentadbiran Dan Kewangan] di Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan, Kota Bharu ditukarkan ke Perbendaharaan Negeri Kelantan sebagai Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Analisis Dan Pemantauan Pelaburan). Beliau ditempatkan di Pejabat Perhutanan Negeri Kelantan sebagai Timbalan Pengarah (Pentadbiran & Kewangan). Pertukaran ini berkuatkuasa mulai pada : 09 /12/ 2012. Seluruh Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan mengucapkan tahniah kepada Puan Fatimah Binti Haji Mohd. Noor serta mengalu-alukan kehadiran pegawai baru ke Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Perbendaharaan Negeri telah menganjurkan Kursus Pemantapan Aset Alih Kepada 85 PTJ yang merangkumi 197 orang pegawai dan kakitangan seluruh Jabatan Negeri Kelantan pada 25-26 November 2012 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks KotaDarulnaim, Kota Bharu. Sesi pengisian kursus adalah meliputi Tatacara Pengurusan Aset Alih berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007. Penceramah jemputan adalah En. Azi Rahimee Bin Mohamed , Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan dan En. Mohd Fadli Bin Sulaiman, Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah. Kursus ini telah diakhiri dengan majlis penyampaian sijil kepada semua peserta yang telah disampaikan Oleh YB. Dato’ Dr. Hj. Zainuddin bin Hj. Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Penganjuran kursus ini juga telah mendapat kerjasama dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,(unit latihan) Pejabat SUK.Pada keesokannya pula, 26 November 2012 bertempat di di Dewan Bunga Teratai, Kompleks KotaDarulnaim, Kota Bharu jam 2.00 petang majlis pelancaran E-Stor telah berjaya dilancarkan kepada semua Jabatan Negeri Kelantan. E-stor adalah satu gerbang pusat maklumat elektronik yang dapat dicapai melalui sistem Komputer dengan melayari laman Web http://aplikasi.kelantan.gov.my/estor bagi mengetahui maklumat terkini mengenai kuantiti, jenis dan pengurusan kawalan stok dan aset alih di Stor Utama Kerajaan Negeri Kelantan dengan cepat. E-Stor berperanan untuk membantu Stor Utama dan Stor Unit di setiap Jabatan dan Agensi Negeri meningkatkan kecekapan pengurusan stor dan; mengumpul atau mengiklankan segala maklumat mengenai stok bekalan pejabat dan aset alih Kerajaan dari semua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri yang berlebihan yang akan dilupuskan secara pindahan kepada mana-mana Jabatan atau Agensi yang memerlukan. Idea penubuhan E-stor adalah daripada Perbendaharaan Negeri yang diaspirasikan oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri dan pihak Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah dipertanggungjawab untuk mereka sistem berkenaan dan seterusnya akan dikendalikan oleh Unit Aset dan Bangunan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.Pada hari itu juga satu Majlis Penyampaian Ganjaran Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Negeri Kelantan berdasarkan pencapaian Indeks Akauntabiliti (AI) tahun 2011 telah diadakan bersekali dengan Majlis Perasmian Penutup Kursus Pemantapan Aset Alih dan Pelancaran E-Stor kepada semua jabatan kerajaaan Negeri Kelantan. Majlis telah disempurnakan oleh Oleh YB. Dato’ Dr. Hj. Zainuddin bin Hj. Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Pada Tahun2011, sebanyak 10 jabatan/agensi mendapat penarafan 4 bintang AI iaitu Perbendaharaan Negeri Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam, Jabatan Pertanian Negeri Kelantan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah, Majlis Daerah Dabong, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Pejabat Tanah dan Jajahan Machang, Majlis Sukan Negeri dan Majlis Daerah Ketereh. Bermula pada tahun 2011, Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk menyampaikan ganjaran sebanyak RM5,000.00 kepada setiap jabatan.agensi yang mendapat 4 bintang dalam Indeks Akauntabiliti (AI) sebagai penghargaan kepada usaha dan sumbangan setiap pegawai dan kakitangan dari jabatan/agensi berkenaan dalam mencapai kecemerlangan dalam pentadbiran dan perkhidmatan awam.

Tarikh:30/10-3/11/12
Tmpt: Avillion Admira Cove Hotel Port Dickson.
Bil peserta: 110 peserta yang terdiri daripada semua wakil 14 negeri daripada Pejabat Kewangan/Perbendaharaan Negeri, Jabatan Kerja Raya Negeri, PBT , Jabatan Pertanian Negari, Jabatan Pengairan & Saliran Negari, Urusetia-MOF, Akauntan General, Attorney General, Bahagian Teknologi Maklumat MOF, Jabatan Kerja Raya Ibu Pejabat Malaysia.
Tujuan:mewujudkan satu garis panduan mengenai tatacara pengurusan dan penggunaan geran penyenggaraan jalanraya negeri utk digunapakai oleh semua negeri supaya selaras dr segi semua peruntukan undang2 mengenai kewangan.

 

'Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raajiun'. Tanggal 5 Zulhijjah 1433 H bersamaan 21 Oktober 2012, seorang warga Perbendaharaan Negeri Kelantan iaitu En. Ahmad Sattar bin Mohamad, Pembantu Am Pejabat telah kembali ke Rahmatullah. Beliau menghembuskan nafas terakhir lebih kurang jam 1.30 pagi di Hospital Tuanku Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian pada 15 Oktober 2012 kerana kecederaan teruk akibat kemalangan jalanraya dan pada 16 Oktober 2012 telah dipindahkan ke Hospital Tuanku Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Faudzi bin Haji Che Mamat, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan dan Yang Berbahagia Datin Hajjah Rose Aini binti Haji Ghazali dan seluruh warga Perbendaharaan Negeri Kelantan serta sahabat handai telah hadir bagi menziarahi jenazah Allahyarham. Solat jenazah telah disempurnakan pada jam 10.30 pagi yang diimamkan oleh imam masjid mukim berkenaan. Jenazahnya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Durian Jantung, Kampung Wakaf Stan, Kubang Kerian. Allahyarham En. Ahmad Sattar meninggalkan seorang balu iaitu Puan Che Arona binti Che Daud dan dua orang anak. Allahyarham mula berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan mulai 16 Januari 1993 dan ditukarkan ke Perbendaharaan Negeri Kelantan pada 1 Januari 2000. Kematiannya adalah merupakan kehilangan besar kepada Perbendaharaan Negeri Kelantan. Semoga Allah mencucuri rahmat ka atas rohnya serta ditempatkan bersama roh orang-orang yang soleh.... AL FATIHAH.

Rabu, 17 Oktober 2012 13:47

Solat Hajat Perbendaharaan

Majlis Solat Hajat warga Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada 17 Oktober 2012bagi memohon kehadrat Allah supaya diberi keselamatan dan kesejahteraan kepada En. Ahmad Sattar bin Mohamad, kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan yang mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan pada 16 Oktober 2012. Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Faudzi bin Haji Che Mamat, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan dan semua pegawai serta seluruh warga Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menyempurnakan solat hajat berkenaan yang diimamkan oleh Ustaz Abd. Satar (Imam Masjid Kota Darinaim)

Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.