Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Arkib Buletin

Selasa, 27 November 2012 13:40

Kursus Pemantapan Aset Alih Kerajaan Negeri, Pelancaran E-Stor & Penyampaian Ganjaran AI 2011

Rate this item
(0 votes)

Perbendaharaan Negeri telah menganjurkan Kursus Pemantapan Aset Alih Kepada 85 PTJ yang merangkumi 197 orang pegawai dan kakitangan seluruh Jabatan Negeri Kelantan pada 25-26 November 2012 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks KotaDarulnaim, Kota Bharu. Sesi pengisian kursus adalah meliputi Tatacara Pengurusan Aset Alih berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007. Penceramah jemputan adalah En. Azi Rahimee Bin Mohamed , Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan dan En. Mohd Fadli Bin Sulaiman, Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah. Kursus ini telah diakhiri dengan majlis penyampaian sijil kepada semua peserta yang telah disampaikan Oleh YB. Dato’ Dr. Hj. Zainuddin bin Hj. Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Penganjuran kursus ini juga telah mendapat kerjasama dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,(unit latihan) Pejabat SUK.Pada keesokannya pula, 26 November 2012 bertempat di di Dewan Bunga Teratai, Kompleks KotaDarulnaim, Kota Bharu jam 2.00 petang majlis pelancaran E-Stor telah berjaya dilancarkan kepada semua Jabatan Negeri Kelantan. E-stor adalah satu gerbang pusat maklumat elektronik yang dapat dicapai melalui sistem Komputer dengan melayari laman Web http://aplikasi.kelantan.gov.my/estor bagi mengetahui maklumat terkini mengenai kuantiti, jenis dan pengurusan kawalan stok dan aset alih di Stor Utama Kerajaan Negeri Kelantan dengan cepat. E-Stor berperanan untuk membantu Stor Utama dan Stor Unit di setiap Jabatan dan Agensi Negeri meningkatkan kecekapan pengurusan stor dan; mengumpul atau mengiklankan segala maklumat mengenai stok bekalan pejabat dan aset alih Kerajaan dari semua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri yang berlebihan yang akan dilupuskan secara pindahan kepada mana-mana Jabatan atau Agensi yang memerlukan. Idea penubuhan E-stor adalah daripada Perbendaharaan Negeri yang diaspirasikan oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri dan pihak Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah dipertanggungjawab untuk mereka sistem berkenaan dan seterusnya akan dikendalikan oleh Unit Aset dan Bangunan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.Pada hari itu juga satu Majlis Penyampaian Ganjaran Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Negeri Kelantan berdasarkan pencapaian Indeks Akauntabiliti (AI) tahun 2011 telah diadakan bersekali dengan Majlis Perasmian Penutup Kursus Pemantapan Aset Alih dan Pelancaran E-Stor kepada semua jabatan kerajaaan Negeri Kelantan. Majlis telah disempurnakan oleh Oleh YB. Dato’ Dr. Hj. Zainuddin bin Hj. Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Pada Tahun2011, sebanyak 10 jabatan/agensi mendapat penarafan 4 bintang AI iaitu Perbendaharaan Negeri Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam, Jabatan Pertanian Negeri Kelantan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah, Majlis Daerah Dabong, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Pejabat Tanah dan Jajahan Machang, Majlis Sukan Negeri dan Majlis Daerah Ketereh. Bermula pada tahun 2011, Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk menyampaikan ganjaran sebanyak RM5,000.00 kepada setiap jabatan.agensi yang mendapat 4 bintang dalam Indeks Akauntabiliti (AI) sebagai penghargaan kepada usaha dan sumbangan setiap pegawai dan kakitangan dari jabatan/agensi berkenaan dalam mencapai kecemerlangan dalam pentadbiran dan perkhidmatan awam.

Read 834 times Last modified on Selasa, 29 Disember 2015 16:45

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.