Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Dasar Penafian
Kerajaan Negeri Kelantan dan Perbendaharaan Negeri Kelantan (”PKN”, “kami”) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh PKN.
Maklumat yang dikumpulkan adalah bagi tujuan rujukan umum sahaja. Ini tidaklah bermakna suatu pernyataan yang mengatakan anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat di Laman Web PKN, ia hanyalah untuk menyatakan PKN TIDAK menjamin, di dalam sebarang keadaan, kesahihan maklumat di sini. Maklumat/bahan/artikel tersebut berkemungkinan telah pun diubah semula beberapa ketika sebelum anda membacanya.
Kami sentiasa berusaha untuk menerbitkan maklumat/bahan/artikel yang lebih diyakini dengan setepat dan secepat mungkin, namun ia tetap masih tanpa jaminan. PKN tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan laman web dan maklumat dan bahan terkandung dalam laman web dan tidak akan bertanggungjawab sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan , termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain.
Capaian
Laman web PKN (www.pkn.kelantan.gov.my) sesuai dilayari dengan menggunakan perisian Mozilla Firefox versi 3.x dan ke atas, Internet Exlorer versi 7 dan ke atas, atau mana-mana perisian pelayan web yang setara dengannya. Sekiranya anda menggunakan perisian pelayan web terdahulu, sebahagian paparan tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pelayar web mestilah menyokong penggunaan JavaScript, Cascading Style Sheet, warna, format teks dan fungsi-fungsi asas yang lain. Penggunaan resolusi 1024 pixels x 800 pixels adalah digalakkan.
Maklum Balas
Kami amat mengalu-alukan maklum balas/pertanyaan anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam portal ini, keperluan anda akan dimajukan kepada pihak yang berkaitan.