EKSA
Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan QE/5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha untuk memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi-agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.
Apa Itu EKSA?
EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Ia diterajui oleh pihak Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan ia merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam (2010) dan bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat, melahirkan idea dan aktiviti kreativiti serta inovasi.
"Bersama Kita Membudayakan EKSA di Perbendaharaan Negeri Kelantan"
-
Pekeliling Perbendaharaan Negeri Kelantan Bil 01/2026 -
Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas Tahun 2026 -
Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Negeri Bil 01/2026 - Perabot -
Pindaan Tarikh Pembayaran Gaji Bagi Bulan April Tahun 2026 -
Kenyataan Sebutharga PKN.A.3/30-20(01/26)