Skip to main content

tarikh 

Bahagian Pengurusan Kewangan

Bahagian Pengurusan Kewangan (BPK) diketuai oleh Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (KPKN), Gred N52.

Nur Mastura binti Dato' Yahaya

Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (N52)

BPK ini dibahagikan kepada empat unit utama iaitu :

Fungsi

Bertanggungjawab merangka dasar dan penyediaan Belanjawan Negeri serta memeriksa dan menganalisa segala rancangan dan program agensi-agensi Kerajaan bagi menentukan bahawa sumber-sumber kewangan Negeri adalah diuntukkan serta diagihkan dengan cekap dan berkesan.

Aktiviti

  • Merangka anggaran belanjawan hasil dan perbelanjaan tahunan negeri dan memastikan kawalan belanjawan yang teguh wujud di agensi-agensi Kerajaan Negeri

  • Menguruskan dan menguatkuasakan Akta Duti Hiburan 1953
  • Menyemak dan menimbangkan permohonan-permohonan kelulusan Perbendaharaan Negeri menurut kehendak-kehendak Arahan Perbendaharaan dan Laporan Kehilangan Wang dan Harta Benda Negeri

  • Mengesan dan menyelaras kedudukan pinjaman Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan dan pinjaman Kerajaan Negeri kepada Badan-Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri

  • Menguruskan permohonan pembelian dan pelupusan aset-aset jabatan negeri

  • Mengendalikan urusan pinjaman kenderaan dan komputer kepada kakitangan awam negeri

  • Mengendalikan urusan pinjaman daripada persekutuan dan pinjaman kepada agensi-agensi negeri

  • Memantau pelaburan, prestasi perbelanjaan, kecekapan pengurusan kewangan serta penggunaan dan penguatkuasaan pekeliling Kerajaan

  • Mengkaji sumber baharu hasil negeri
  • Menyemak dan menimbangkan permohonan Pindah Peruntukan dan Peruntukan Tambahan

  • Urusan Perolehan Jabatan dan Negeri
  • Mengurus permohonan pembelian di luar kontrak dan pengecualian tender/sebutharga

  • Menganalisis kewangan serta daya maju sesuatu pelaburan

Perjawatan

Jawatan Gred Bilangan
Pegawai Tadbir Negeri N54 1
Pegawai Tadbir Negeri N52 1
Pegawai Tadbir Negeri N48 1
Pegawai Ehwal Ekonomi / Pegawai Tadbir Negeri / Akauntan E48 / N48 / WA47 / WA48 1
Pegawai Tadbir Negeri N44 2
Pegawai Tadbir Negeri N41 / N44 1
Penolong Akauntan W29 / W32 / W36 5
Pembantu Tadbir (Kewangan) W26 1
Pembantu Tadbir (Kewangan) W22 / W26 3
Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 / W22 / W26 3
Pembantu Akauntan W19 / W22 / W26 1
Pembantu Setiausaha Pejabat N19 / N22 1