Skip to main content

tarikh 

| treasuryKTN

Seksyen Belanjawan diketuai oleh Penolong Pegawai Kewangan Negeri (PPKN), Gred N44.

Azdzam Asyraf bin Malek

Penolong Pegawai Kewangan Negeri (N44)

Fungsi Seksyen Belanjawan adalah sebagaimana berikut :
  • Menyediakan surat pekeliling belanjawan

  • Membuat pemeriksaan dan memperakukan perbelanjaan-perbelanjaan tahunan mengurus, pembangunan dan hasil agensi-agensi kerajaan dan Badan-Badan Berkanun Negeri

  • Mengurus dan menyediakan proses penyediaan belanjawan tahunan untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri serta Buku Belanjawan Tahunan

  • Mengurus tuntutan pemberian-pemberian dan bantuan kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri

  • Memperakukan permohonan peruntukan baru, peruntukan tambahan, pindah peruntukan tambahan, pindah peruntukan dan menyedia kertas-kertas Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri

  • Menyelia pengeluaran semua waran
  • Menyelia dan mengkaji prestasi perbelanjaan mengurus dan pembangunan agensi-agensi Kerajaan dengan menyediakan laporan-laporan untuk pertimbangan pihak atasan

  • Mengkaji, menyelia dan memperakukan permohonan perjawatan dari agensi-agensi serta menganggotai Jawatankuasa naziran Perjawatan Negeri

  • Menyelia pinjaman Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan dan Pinjaman Kerajaan Negeri kepada Badan-Badan Berkanun Negeri

  • Mengkaji pretasi kewangan Kerajaan

  • Permohonan Jabatan Negeri mengenai Pengurusan kelulusan permohonan pinjaman kenderaaan, pinjaman komputer, pendahuluan pelbagai, pendahuluan diri, permohonan di bawah AP 100 (a) dan Akta Acara Kewangan serta pengurusan penyeliaan rekod-rekod pinjaman / kenderaan / komputer / pendahuluan diri.