Skip to main content

tarikh

| treasuryKTN

Kayuhan Santai Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) 2026 Tarikh : 06/06/2026 Masa : 08:00 pagi Tempat : Laluan jalan kampung antara Jajahan Kota Bharu dan Jajahan Bachok
KOTA BHARU, 20 April 2026 (02 Zulkaedah 1447H) – Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh istiadat di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Kompleks Kota Darulnaim, dengan keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra. Keberangkatan baginda telah disambut oleh YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan bersama YABhg Datin, YB Dato’ Ti…
Mesyuarat Jawatankuasa Hasil Negeri Kelantan Bil 1/2025 telah diadakan pada 7 Jamadil Awal 1447H bersamaan 29 Oktober 2025 di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim, dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan, bagi membincangkan hala tuju dan strategi pengurusan hasil negeri secara menyeluruh. Mesyuarat ini telah diurus setia oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan, yang memainkan peranan utam…
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada : YBhg. Dato’ Haji Roslan bin Yahya, Bendahari Negeri Kelantan atas penganugerahan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.) YBrs. Encik Shahrin bin Abdullah, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kelantanatas penganugerahan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (P.M.K.) Semoga pengiktirafan ini menjadi sumber inspirasi dan motivasi untuk terus memberi sumbangan cemerlang kepada negeri.
Kota Bharu, 30 Ogos 2025 / 06 Rabiul Awal 1447H – Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung dengan penuh meriah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB. Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Hj. Mohd Nassruddin bin Hj. Daud, Menteri Besar Kelantan. Turut hadir memeriahkan sambutan ialah YB. Timbalan Menteri Besar, YB. Dato’ Sri Amar D’Raja Speaker Dewan Negeri, YB. Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato' Ahmad Yakob, YBM…

Latest Episodes