Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas Tahun 2026
KOTA BHARU, 20 April 2026 (02 Zulkaedah 1447H) – Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh istiadat di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Kompleks Kota Darulnaim, dengan keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra.
Keberangkatan baginda telah disambut oleh YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan bersama YABhg Datin, YB Dato’ Timbalan Menteri Besar bersama YBhg Datin, YB Dato’ Sri Amar D’Raja Speaker Kerajaan Negeri bersama YBhg Datin, YBM Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YB Pegawai Kewangan Negeri serta barisan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri.
Majlis istiadat ini turut menyaksikan kehadiran barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pegawai-pegawai pengurusan tertinggi kerajaan, Ketua-Ketua Jajahan, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta pegawai-pegawai kanan dari pelbagai agensi.
Persidangan Kali Pertama bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas Tahun 2026 dijadualkan berlangsung selama empat hari, bermula 20 April hingga 23 April 2026, sebagai platform strategik bagi membincangkan agenda pembangunan negeri serta memperkukuh tadbir urus kerajaan demi kesejahteraan rakyat.
Orang ramai boleh melihat koleksi gambar rasmi sepanjang istiadat ini melalui pautan e-Galeri Kerajaan Negeri Kelantan di: https://egaleri.kelantan.gov.my/album/istiadat-pembukaan-penggal-keempat-dewan-negeri-kelantan-yang-ke15-tahun-2026
-
Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas Tahun 2026 -
Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Negeri Bil 01/2026 - Perabot -
Pindaan Tarikh Pembayaran Gaji Bagi Bulan April Tahun 2026 -
Kenyataan Sebutharga PKN.A.3/30-20(01/26) -
Pengisytiharan 29 Ramadan 1447H (Khamis) Sebagai Hari Kelepasan Am Bagi Seluruh Negeri Kelantan