Skip to main content

tarikh 

| treasuryKTN

Mesyuarat Jawatankuasa Hasil Negeri Kelantan Bil 1/2025

Mesyuarat Jawatankuasa Hasil Negeri Kelantan Bil 1/2025 telah diadakan pada 7 Jamadil Awal 1447H bersamaan 29 Oktober 2025 di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim, dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan, bagi membincangkan hala tuju dan strategi pengurusan hasil negeri secara menyeluruh.

Mesyuarat ini telah diurus setia oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan, yang memainkan peranan utama dalam memastikan sistem pengurusan hasil negeri sentiasa berada di landasan terbaik — menekankan prinsip ketelusan, kecekapan dan keberkesanan dalam tadbir urus kewangan negeri.

Mesyuarat ini bertujuan memperkukuh mekanisme kawalan hasil, meningkatkan keupayaan kutipan pendapatan serta memperluas sumber hasil negeri secara mampan, seiring dengan matlamat menjamin kemakmuran ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat Kelantan keseluruhannya.

Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik dengan semua jabatan dan agensi berkaitan bagi memastikan setiap hasil negeri diurus secara berintegriti, berhemah dan berimpak tinggi.

#PerbendaharaanNegeriKelantan
#JawatankuasaHasilNegeri
#TadbirUrusKewangan