Mesyuarat Jawatankuasa Hasil Negeri Kelantan Bil 1/2025
Mesyuarat Jawatankuasa Hasil Negeri Kelantan Bil 1/2025 telah diadakan pada 7 Jamadil Awal 1447H bersamaan 29 Oktober 2025 di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim, dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan, bagi membincangkan hala tuju dan strategi pengurusan hasil negeri secara menyeluruh.
Mesyuarat ini telah diurus setia oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan, yang memainkan peranan utama dalam memastikan sistem pengurusan hasil negeri sentiasa berada di landasan terbaik — menekankan...
