Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 telah diadakan pada 24 Zul Kaedah 1445H bersamaan 02 Jun 2024 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, MABNA, Kompleks Kota Darulnaim. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.
[ Lihat Album Exit Conference ]
Program Taklimat AwarenessProsedur Pemulihan Bencana Kepada Pengguna iSPEKS Kerajaan Negeri Kelantan telah berlangsung dengan jayanya pada hari Selasa, 21 Rejab 1446H bersamaan 21 Januari 2025 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Program ini yang dianjurkan oleh Perbendaharaan Negeri Kelantan dihadiri oleh semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang merupakan pengguna utama Sistem iSPEKS.
Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada Tuan Haji Roslan bin Yahya, Bendahari Negeri Kelantan dan ucapan daripada Puan Anishah binti Abd Wahid, Timbalan Pengarah Bahagian Khidmat...
KOTA BHARU, 10 Mac 2025. YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang baharu berkuat kuasa hari ini. Pelantikan ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam kerjaya beliau yang cemerlang dalam perkhidmatan awam negeri.
YBM Tengku Kaya Perkasa sebelum ini dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Kelantan berkuat kuasa pada 8 November 2023, menggantikan Dato' Haji Norazman bin Abdul Ghani. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Pegawai Kewangan Negeri sehingga 9 Mac 2025, YBM Tengku...
Seluruh Warga Perbendaharaan ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Rosnazli bin Haji Amin atas pelantikan sebagai Pegawai Kewangan Negeri Kelantan yang baharu. Majlis Angkat Sumpah telah diadakan di Ruangan Aras 1, Blok MABNA MBI, Kompleks Kota Darulnaim. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan kewangan, ekonomi, pembangunan serta pentadbiran tanah. Semoga YB Dato’ dapat membawa perubahan positif dalam menjayakan transformasi perkhidmatan ke arah yang lebih...
KOTA BHARU, 12 Mac 2025. Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Amanat YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri Bersama Warga Perbendaharaan yang berlangsung pada jam 2:30 petang di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis ini dipimpin oleh Yang Berhormat Dato' Rosnazli bin Haji Amin, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan dan dihadiri oleh seluruh warga Perbendaharaan Negeri Kelantan termasuk pegawai serta kakitangan.
Dalam ucapan amanat beliau, YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri menegaskan mengenai kepentingan integriti, kecekapan dan ketelusan dalam pengurusan...
Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada keluarga Allahyarhamah Narina binti Othman, Penolong Akauntan Kanan yang telah kembali ke rahmatullah pada 22 Zulkaedah 1446H bersamaan 20 Mei 2025 (Selasa) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Al-Fatihah.
Kami mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin. Semoga seluruh keluarga Allahyarhamah diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat yang penuh duka ini.
"Daripada Allah kita datang, kepada-Nya juga kita kembali."
KOTA BHARU, 8 Julai 2025. Kelab SUKAT ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan iaitu :
Encik Zulhilmi bin Zaidi
Encik Muhammad Shukri bin Kamaruddin
Puan Farazihan binti Samsuddin
Hajah Zuraidah binti Che Hasan
Semoga anugerah ini menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang dan memberi inspirasi kepada kita semua. Terima kasih atas dedikasi, komitmen dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan. Tahniah dan syabas!
KOTA BHARU, 15 Julai 2025. Tuan Haji Roslan bin Yahya, Bendahari Negeri telah menyampaikan Kursus Pengurusan Bajet Yang Bersistematik Siri 2/2025 pada 14 & 15 Julai 2025 (Isnin & Selasa) bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu. Kursus ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, SUK Kelantan bagi memperkasakan pengetahuan pegawai dan kakitangan dalam pengurusan bajet jabatan secara lebih teratur, telus dan berkesan.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen penuh sepanjang kursus ini...
Pada Khamis, 13 Safar 1447H bersamaan 7 Ogos 2025, YB. Dato' Rosnazli bin Haji Amin, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan telah mengetuai rombongan Perbendaharaan Negeri Kelantan dalam lawatan rasmi ke Majlis Daerah Dabong.
Rombongan tiba di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Dabong pada jam 11.00 pagi, disambut mesra oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Dabong, Nik Faizai bin Mohamed, Ketua Whip, Zamri bin Jusoh serta kakitangan Majlis Daerah Dabong. Sesi bergambar turut diadakan di perkarangan stesen yang menjadi mercu tanda pengangkutan ikonik kawasan ini.
Lawatan diteruskan ke Kompleks Gua...
Kota Bharu, 30 Ogos 2025 / 06 Rabiul Awal 1447H – Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung dengan penuh meriah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB. Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Hj. Mohd Nassruddin bin Hj. Daud, Menteri Besar Kelantan.
Turut hadir memeriahkan sambutan ialah YB. Timbalan Menteri Besar, YB. Dato’ Sri Amar D’Raja Speaker Dewan Negeri, YB. Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato' Ahmad Yakob, YBM. Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan, Ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Negeri serta...
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada :
YBhg. Dato’ Haji Roslan bin Yahya, Bendahari Negeri Kelantan atas penganugerahan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.)
YBrs. Encik Shahrin bin Abdullah, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kelantanatas penganugerahan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (P.M.K.)
Semoga pengiktirafan ini menjadi sumber inspirasi dan motivasi untuk terus memberi sumbangan cemerlang kepada negeri.
Mesyuarat Jawatankuasa Hasil Negeri Kelantan Bil 1/2025 telah diadakan pada 7 Jamadil Awal 1447H bersamaan 29 Oktober 2025 di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim, dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan, bagi membincangkan hala tuju dan strategi pengurusan hasil negeri secara menyeluruh.
Mesyuarat ini telah diurus setia oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan, yang memainkan peranan utama dalam memastikan sistem pengurusan hasil negeri sentiasa berada di landasan terbaik — menekankan...