Skip to main content

tarikh 

| treasuryKTN

Lawatan Rasmi Perbendaharaan Negeri Kelantan ke Majlis Daerah Dabong

Pada Khamis, 13 Safar 1447H bersamaan 7 Ogos 2025, YB. Dato' Rosnazli bin Haji Amin, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan telah mengetuai rombongan Perbendaharaan Negeri Kelantan dalam lawatan rasmi ke Majlis Daerah Dabong.

Rombongan tiba di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Dabong pada jam 11.00 pagi, disambut mesra oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Dabong, Nik Faizai bin Mohamed, Ketua Whip, Zamri bin Jusoh serta kakitangan Majlis Daerah Dabong. Sesi bergambar turut diadakan di perkarangan stesen yang menjadi mercu tanda pengangkutan ikonik kawasan ini.

Lawatan diteruskan ke Kompleks Gua Ikan Dabong, di mana rombongan berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi sambil mendapatkan penerangan berinformasi mengenai sejarah dan khazanah unik kawasan tersebut yang disampaikan oleh Setiausaha Majlis Daerah Dabong, Mohd Norhisham bin Abdullah.

Selain itu, rombongan turut singgah di View Point Dabong yang menawarkan panorama indah dari sudut terbaik, serta melawat Pipe Resort, lokasi pelancongan yang terkenal dengan keunikan suasana santainya.

Lawatan ini bukan sahaja mengeratkan hubungan kerja dan kolaborasi strategik antara Perbendaharaan Negeri Kelantan dan Majlis Daerah Dabong, malah turut membuka ruang untuk mempromosikan Dabong sebagai destinasi pelancongan berpotensi tinggi, kaya dengan tarikan alam semula jadi serta warisan budaya.

Perbendaharaan Negeri Kelantan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Daerah Dabong atas sambutan yang mesra dan kerjasama yang erat.

lawatan dabong lawatan dabong lawatan dabong lawatan dabong

#PerbendaharaanNegeriKelantan #LawatanRasmi #Dabong #PelanconganKelantan #KhazanahAlamDanBudaya