Skip to main content

tarikh 

| treasuryKTN

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Kelantan

Kota Bharu, 30 Ogos 2025 / 06 Rabiul Awal 1447H – Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung dengan penuh meriah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB. Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Hj. Mohd Nassruddin bin Hj. Daud, Menteri Besar Kelantan.

Turut hadir memeriahkan sambutan ialah YB. Timbalan Menteri Besar, YB. Dato’ Sri Amar D’Raja Speaker Dewan Negeri, YB. Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato' Ahmad Yakob, YBM. Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan, Ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Negeri serta pegawai kanan daripada jabatan negeri dan persekutuan.

Sambutan tahun ini melibatkan 68 kontinjen yang terdiri daripada agensi kerajaan negeri dan persekutuan, pasukan beruniform, sekolah, institusi pengajian tinggi serta pertubuhan bukan kerajaan dan swasta.

Bagi pihak Perbendaharaan Negeri Kelantan, satu kontinjen khas seramai 35 orang telah dihantar yang melibatkan pelbagai unit di bawah pentadbiran termasuk Unit Pengurusan Kuari yang diketuai oleh Muhammad 'Ammar Hafiz bin Azmee sebagai ketua kontinjen.

Penyertaan ini menggambarkan komitmen Perbendaharaan Negeri Kelantan dalam menyemarakkan semangat patriotisme serta memperkukuh kebersamaan penjawat awam dalam mendukung aspirasi negeri dan negara.

Acara sambutan turut diserikan dengan persembahan kebudayaan, pancaragam serta pertunjukan khas yang melambangkan semangat perpaduan rakyat Kelantan. Antara yang paling mencuri perhatian ialah persembahan akrobatik penuh bertenaga oleh pasukan Army Red Warrior, yang mendapat sorakan gemuruh ribuan rakyat yang membanjiri stadium dengan kibaran Jalur Gemilang.

Sambutan ini bukan sekadar meraikan kemerdekaan, malah menjadi wadah memperkukuh patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air, khususnya dalam kalangan generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan bangsa.

Perbendaharaan Negeri Kelantan merakamkan penghargaan kepada semua ahli kontinjen yang telah memberi komitmen cemerlang dalam menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan ke-68.

perbarisan perbarisan perbarisan