Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Kelantan
Kota Bharu, 30 Ogos 2025 / 06 Rabiul Awal 1447H – Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung dengan penuh meriah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB. Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Hj. Mohd Nassruddin bin Hj. Daud, Menteri Besar Kelantan.
Turut hadir memeriahkan sambutan ialah YB. Timbalan Menteri Besar, YB. Dato’ Sri Amar D’Raja Speaker Dewan Negeri, YB. Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato' Ahmad Yakob, YBM. Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan, Ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Negeri serta...
