Kursus Pengurusan Bajet Yang Bersistematik Siri 2/2025
KOTA BHARU, 15 Julai 2025. Tuan Haji Roslan bin Yahya, Bendahari Negeri telah menyampaikan Kursus Pengurusan Bajet Yang Bersistematik Siri 2/2025 pada 14 & 15 Julai 2025 (Isnin & Selasa) bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu. Kursus ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, SUK Kelantan bagi memperkasakan pengetahuan pegawai dan kakitangan dalam pengurusan bajet jabatan secara lebih teratur, telus dan berkesan.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen penuh sepanjang kursus ini berlangsung. Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi memperkukuh sistem kewangan dan pengurusan bajet di jabatan masing-masing.

Penulis | admin |
Tarikh | 16 July 2025 |
Kategori | Berita |
Tag | |
Hits | 1574 |
Artikel Terkini
-
Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Negeri Bil 01/2026 - Perabot -
Pindaan Tarikh Pembayaran Gaji Bagi Bulan April Tahun 2026 -
Kenyataan Sebutharga PKN.A.3/30-20(01/26) -
Pengisytiharan 29 Ramadan 1447H (Khamis) Sebagai Hari Kelepasan Am Bagi Seluruh Negeri Kelantan -
Pindaan Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2026