Skip to main content

tarikh 

| treasuryKTN

kursus perolehan

Kursus Perolehan Kerajaan Siri 2025

KOTA BHARU, 25 Jun 2025. Tuan Haji Roslan bin Yahya, Bendahari Negeri telah menyampaikan Kursus Perolehan Kerajaan kepada pegawai dan kakitangan jabatan/agensi negeri Kelantan bertempat di Dewan Seminar MABNA-MBI, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu. Kursus ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, SUK Kelantan dengan pengisian yang memberi penekanan kepada pematuhan tatacara perolehan, ketelusan serta integriti dalam pengurusan perolehan kerajaan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen penuh sepanjang kursus ini...
kursus bajet

Kursus Pengurusan Bajet Yang Bersistematik Siri 2/2025

KOTA BHARU, 15 Julai 2025. Tuan Haji Roslan bin Yahya, Bendahari Negeri telah menyampaikan Kursus Pengurusan Bajet Yang Bersistematik Siri 2/2025 pada 14 & 15 Julai 2025 (Isnin & Selasa) bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu. Kursus ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, SUK Kelantan bagi memperkasakan pengetahuan pegawai dan kakitangan dalam pengurusan bajet jabatan secara lebih teratur, telus dan berkesan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen penuh sepanjang kursus ini...