KOTA BHARU, 25 Jun 2025. Tuan Haji Roslan bin Yahya, Bendahari Negeri telah menyampaikan Kursus Perolehan Kerajaan kepada pegawai dan kakitangan jabatan/agensi negeri Kelantan bertempat di Dewan Seminar MABNA-MBI, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu. Kursus ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, SUK Kelantan dengan pengisian yang memberi penekanan kepada pematuhan tatacara perolehan, ketelusan serta integriti dalam pengurusan perolehan kerajaan.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen penuh sepanjang kursus ini berlangsung. Semoga segala ilmu dan input yang diperolehi dapat dimanfaatkan dalam pelaksanaan tugas harian.