Lawatan Rasmi Perbendaharaan Negeri Kelantan ke Majlis Daerah Dabong
Pada Khamis, 13 Safar 1447H bersamaan 7 Ogos 2025, YB. Dato' Rosnazli bin Haji Amin, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan telah mengetuai rombongan Perbendaharaan Negeri Kelantan dalam lawatan rasmi ke Majlis Daerah Dabong.
Rombongan tiba di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Dabong pada jam 11.00 pagi, disambut mesra oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Dabong, Nik Faizai bin Mohamed, Ketua Whip, Zamri bin Jusoh serta kakitangan Majlis Daerah Dabong. Sesi bergambar turut diadakan di perkarangan stesen yang menjadi mercu tanda pengangkutan ikonik kawasan ini.
Lawatan diteruskan ke Kompleks Gua...
