Setinggi-Tinggi Tahniah! YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Bin Tengku Feissal Kini Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
KOTA BHARU, 10 Mac 2025. YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang baharu berkuat kuasa hari ini. Pelantikan ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam kerjaya beliau yang cemerlang dalam perkhidmatan awam negeri.
YBM Tengku Kaya Perkasa sebelum ini dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Kelantan berkuat kuasa pada 8 November 2023, menggantikan Dato' Haji Norazman bin Abdul Ghani. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Pegawai Kewangan Negeri sehingga 9 Mac 2025, YBM Tengku telah menunjukkan kepimpinan yang berwibawa dan dedikasi tinggi dalam mentadbir dan mengurus kewangan negeri.
Pelantikan YBM Tengku Kaya Perkasa sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang baharu diharapkan dapat membawa negeri ke arah kemajuan yang lebih pesat, dengan memanfaatkan pengalaman luas dan kepakaran beliau dalam bidang pentadbiran dan kewangan.
Penulis | admin |
Tarikh | 10 March 2025 |
Kategori | Berita |
Tag | |
Hits | 38 |
-
Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri Kelantan
-
Selamat Datang YB Dato' Rosnazli Bin Haji Amin Pegawai Kewangan Negeri Kelantan Yang Baharu
-
Setinggi-Tinggi Tahniah! YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Bin Tengku Feissal Kini Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
-
Taklimat Awareness Prosedur Pemulihan Bencana iSPEKS
-
Makluman Aktiviti Simulasi Pemulihan Bencana iSPEKS Negeri Kelantan