Skip to main content

tarikh 

Taklimat Awareness Prosedur Pemulihan Bencana iSPEKS

Program Taklimat Awareness Prosedur Pemulihan Bencana Kepada Pengguna iSPEKS Kerajaan Negeri Kelantan telah berlangsung dengan jayanya pada hari Selasa, 21 Rejab 1446H bersamaan 21 Januari 2025 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Program ini yang dianjurkan oleh Perbendaharaan Negeri Kelantan dihadiri oleh semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang merupakan pengguna utama Sistem iSPEKS.

Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada Tuan Haji Roslan bin Yahya, Bendahari Negeri Kelantan dan ucapan daripada Puan Anishah binti Abd Wahid, Timbalan Pengarah Bahagian Khidmat Perunding (BKP), Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Program kemudian diteruskan dengan taklimat yang disampaikan oleh Encik Muhammad Azhar Fairuzz Hiloh, Ketua Penolong Pengarah dari BKP, Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Beliau membentangkan Taklimat Awareness Prosedur Pemulihan Bencana iSPEKS, di mana beliau memberi tumpuan kepada prosedur baharu yang perlu diambil dalam menghadapi bencana, serta kepentingan persediaan simulasi pemulihan bagi memastikan kelangsungan operasi Sistem iSPEKS dalam sebarang keadaan kecemasan.

Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan dan kefahaman pengguna iSPEKS terhadap langkah-langkah pemulihan bencana bagi memastikan sistem iSPEKS terus dapat beroperasi dengan lancar dan cekap walaupun menghadapi sebarang cabaran bencana.

Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan memberi kerjasama penuh dalam menjayakan program ini.