Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas Tahun 2026
KOTA BHARU, 20 April 2026 (02 Zulkaedah 1447H) – Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh istiadat di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Kompleks Kota Darulnaim, dengan keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra.
Keberangkatan baginda telah disambut oleh YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan bersama YABhg Datin, YB Dato’ Timbalan Menteri Besar bersama YBhg Datin, YB Dato’ Sri Amar D’Raja Speaker Kerajaan Negeri bersama...
