Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Pengenalan

Rate this item
(2 votes)

Pejabat Perbendaharaan Negeri merupakan salah sebuah Jabatan Kerajaan Negeri Kelantan. Perbendaharaan Negeri adalah Jabatan yang bertanggungjawab menetapkan dasar dan peraturan kewangan Kerajaan Negeri. Tanggungjawab ini juga termasuk mengawal selia semua Jabatan Negeri dengan memastikan segala terimaan dan bayaran dibuat mengikut peraturan kewangan. Selain itu, Perbendaharaan Negeri juga memantau dan membuat tindakan susulan terhadap Jabatan bagi memastikan rekod hasil, perbelanjaan, akaun amanah dan rekod kewangan lain diselenggarakan dengan lengkap dan teratur.

Pejabat ini mempunyai visi untuk menjadikan Negeri Kelantan sebagai sebuah negeri yang kedudukan kewangannya mantap, kukuh dan mampan. Misinya pula adalah untuk menyediakan bajet berimbang dan memastikan perbelanjaan mengurus sentiasa berada di tahap yang terkawal yang akan menjadikan Perbendaharaan Negeri Kelantan sebagai jabatan terbaik dari segi tadbir urus kewangan yang kemas, bersistemetik serta telus dengan menitik beratkan kepada Islam sebagai teras utama. 

Dasar kualiti Perbendaharaan Negeri adalah untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan dan kawalan kewangan yang cekap dan berkesan kepada semua pelanggan yang meliputi Jabatan Negeri, Agensi Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri dan orang awam. Pejabat Perbendaharaan Negeri diketuai oleh Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri yang merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik sebagai Ex-Officio. Perlantikan Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri adalah mengikut Perkara 13 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Pejabat Perbendaharaan Negeri dibahagikan kepada tiga Bahagian utama iaitu

  • Bahagian Khidmat Pengurusan
  • Bahagian Pengurusan Kewangan
  • Bahagian Pengurusan Perakaunan

Aktiviti utama Bahagian Khidmat Pengurusan ialah menjalankan urusan pentadbiran dan operasi harian jabatan. Tiga unit telah diwujudkan di bawah aktiviti ini iaitu

  • Unit Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia
  • Unit Pengurusan Kewangan Dan Pemantauan Audit
  • Unit Komputer

Manakala aktiviti utama Bahagian Pengurusan Kewangan ialah mengawal dan menyelia supaya peraturan kewangan dipatuhi oleh semua Jabatan Negeri serta bertanggungjawab menyedia bajet Kerajaan Negeri. Empat unit utama telah diwujudkan iaitu

  • Unit Hasil
  • Unit Belanjawan Dan Pinjaman
  • Unit Perolehan Dan Pengurusan Aset
  • Unit Analisa Dan Pemantauan Pelaburan

Aktiviti utama Bahagian Pengurusan Perakaunan pula ialah bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan pengiraan dan perakaunan bagi semua urusan kewangan Kerajaan Negeri. Bahagian ini juga bertanggungjawab menyimpan dan menyelenggara akaun hasil dan perbelanjaan serta menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri. Di bawah aktiviti ini, tiga unit telah diwujudkan iaitu

  • Unit Perkhidmatan Dan Operasi
  • Unit Akaun
  • Unit Khidmat Perunding SPEKS

Perbendaharaan Negeri Kelantan mengamalkan tiga amalan teras iaitu "Ubudiah, Mas’uliah dan Itqan" sebagaimana yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri yang menjadi pemangkin kepada kemajuan dan kemakmuran Negeri Kelantan. 

Read 9335 times Last modified on Rabu, 20 Jun 2018 14:46
Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.