Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Arkib Maklumbalas

Arkib Maklumbalas

Arkib Maklumbalas (4)

Bil Rujukan Tarikh Butiran Jawapan
 1 SUK160422043941 22-04-2016 Saya telah membuat tuntutan elaun perjalanan bagi bulan Februari 2016...
Malangnya kerana kecuaian pegawai terbabit memasukkan dalam sistem eSPEKS, tuntutan saya tidak dibayar..
Ini kerana pegawai berkenaan telah bercuti selama beberapa hari bulan Mac sehingga gagal memasukkan data tuntutan saya dalam sistem...
Pohon disiasat sewajarnya.
Setelah dibuat semakan dengan Bahagian Kewangan, Jabatan XXXXXXX Negeri Kelantan, didapati tiada data tuntutan elaun perjalanan tuan bagi bulan Februari 2016 dikunci masuk ke dalam sistem SPEKS.
Untuk butiran lanjut, tuan bolehlah merujuk kepada pegawai yang bertanggungjawab menyediakan baucer bayaran di Bahagian Kewangan Jabatan XXXXXXX Negeri Kelantan. Terima kasih di atas maklumat tuan.
Bil Rujukan Tarikh Butiran Jawapan
1 9WG9GA5E 03-10-2015 Salam.
Adakah website ini user friendly?
Terima kasih di atas maklumbalas yang diberi.
Untuk pengetahuan pihak puan, laman web Perbendaharaan Negeri Kelantan boleh dilayari melalui telefon bimbit dan tablet.
Disamping itu, pihak unit IT Perbendaharaan Negeri Kelantan berusaha memenuhi kriteria yang telah dikeluarkan oleh pihak Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDEC) dan mengekalkan pencapaian 5 bintang dalam Penilaian ProBE (Provider-Based Evaluation) yang sebelum ini dikenali sebagai Malaysia Government Portals And Websites Assessment (MGPWA).
Sekali lagi pihak Perbendaharaan Negeri Kelantan mengucapkan terima kasih di atas maklumbalas yang diberikan.
2 LC62H80L 26-01-2015 Saya seorang penduduk aktif di kawasan Pasir Mas.
Bagaimanakah cara untuk menggunakan e-Aduan?
Terima kasih di atas maklumbalas tuan.
Untuk menggunakan sistem e-Aduan, tuan boleh layari sistem e-aduan melalui url : http://aplikasi.kelantan.gov.my/eaduan
Untuk panduan dan tip penggunaan sistem e-aduan, tuan boleh rujuk panduan yang disediakan di url http://aplikasi.kelantan.gov.my/eaduan/tips.pdf Atau lampiran yang diberikan bersama-sama email ini.
Terima Kasih.
Bil Rujukan Tarikh Butiran Jawapan
1 H7HT4D0E 01-03-2014 Assalamualaikum puan/tuan...
Saya dari pelajar unimap, ingin bertanya tentang permohonan untuk latihan industri di terima ke di sini??
Saya mengambil kejuruteraan rangkaian komputer..
Kerjasama dari pihak sana untuk membalas segera amat saya hargai..
Terima kasih.
Wa alaikum salam.
Setelah disemak permohonan saudari tiada dalam senarai kami.
Sekiranya saudari berminat untuk membuat latihan industri di Perbendaharaan Negeri Kelantan, sila emailkan resume dan dokumen berkaitan untuk tindakan selanjutnya.
Terima kasih.
2 XZU0HE94 18-08-2014 Laman eSPEKS payah nak layari Terima kasih di atas maklum balas tuan.
Walau bagaimanapun, maklum balas tuan terlalu umum untuk pihak kami selidik.
Tuan boleh berhubung dengan pegawai kami di talian 09-7481957 sambungan 4140 untuk memaklumkan secara terperinci permasalahan tuan.
Terima kasih.
3   09-12-2014 Assalamualaikum.
Saya pelajar tahun akhir USIM.
Saya ingin bertanya, adakah Pejabat Perbendaharaan Negeri mengambil pelajar untuk latihan industri?
Buat pengetahuan tuan/puan, Latihan Industri saya bermula 26 Januari 2015 sehingga 12 Jun 2015.
Diharap dapat maklum balas dari pihak tuan/puan.
Terima kasih atas kerjasama.
Saya boleh dihubungi di talian 014-XXXXXXX atau xxxxxxxxxxx"gmail.com.
Wa alaikum salam.
Sila emailkan resume dan dokumen berkaitan untuk tindakan selanjutnya.
Terima kasih.
Bil Rujukan Tarikh Butiran Jawapan
1 SUK130702113241 02-07-2013 Sistem SPEKS dan eSPEKS selalu tidak dapat beroperasi.
Harap tukar sistem lain atau upgrade semua sistem yang berorientasikan internet supaya semua urusan dapat berjalan lancar.

Lokasi : Gua Musang
Baru-baru ini terdapat kerosakan pada server SPEKS dan peralatan yang berkaitan dengan penggunaan sistem ini di beberapa jabatan di jajahan Gua Musang dan menyeabkan sistem SPEKS yang dimaksudkan tidak dapat digunakan.
Ianya telahpun dibaiki kecuali di Jabatan Veterinar jajahan Gua Musang di mana server SPEKS mengalami kerosakan dan belum siap dibaiki.
Walau bagaimanapun sistem ini boleh dicapai di jabatan lain yang juga menggunakan sistem SPEKS di Gua Musang seperti JPS, Pejabat Agama dan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sementara server tersebut siap dibaikpulih.
2   16-07-2013 Adakah saya boleh membuat pinjaman ke IPTA dengan pihak Perbendaharaan Kelantan? Terima kasih di atas email saudari.
Untuk makluman saudari, pihak Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak menawarkan pinjaman ke IPTA. Saudari boleh berhubung dengan pihak Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) sekiranya ingin membuat pinjaman pendidikan. Maklumat berkaitan YAKIN boleh dilayari di alamat URL : http://www.yakin.kelantan.gov.my/
3   12-12-2013 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ringkasan tentang diri saya :
Nama : XXX XXXXX XXXXXX XXXXX XXXXX XXXX
Program : SMS (Matematik Kewangan)
Universiti : Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Boleh saya tahu bagaimanakah caranya jika saya ingin memohon untuk menjalani Latihan Industri / Praktikal di bawah organisasi pihak Tuan?
Terima kasih di atas meklumbalas daripada pihak Tuan.
Wa alaikumsalam.
Terima kasih di atas maklumbalas saudari.
Sila emailkan resume dan dokumen berkaitan untuk tindakan selanjutnya.
Terima kasih.
4 BDGX8AP9 29-12-2013

Assalam,
Tuan/Puan,
Saya adalah penuntutjurusan Sarjana dalam Science Management di UNISZA Terengganu, No. Matrik: MMAXXXXXXXX dan kini sedang menyiapkan thesis tentang kedatangan pelancong ke negeri Terengganu.
Tujuan saya menulis email ini adalah untuk meminta jasa baik tuan/puan jika dapat memberikan sedikit maklumat tentang bajet yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan terhadap sektor perlancongan dari tahun 2008-2012.
Ini bertujuan untuk membuat perbandingan di antara negeri Terengganu yang nyata jauh ketinggalan jumlah kedatangan pelancongnya berbanding negeri Kelantan selama 5 tahun berturut-turut (2008-2012).
Saya berharap agar permintaan ini mendapat kerjasama pihak tuan/puan.
Segala jasa baik pihak tuan/puan saya dahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian.

Assalamu alaikum.
Terima kasih di atas maklumbalas tuan.
Sila rujuk lampiran disertakan untuk maklumat berkenaan bajet Kerajaan Negeri Kelantan terhadap sektor pelancongan bagi tahun 2008-2012.
Terima kasih.
Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.