Bil | Rujukan | Tarikh | Butiran | Jawapan |
1 | SUK130702113241 | 02-07-2013 | Sistem SPEKS dan eSPEKS selalu tidak dapat beroperasi. Harap tukar sistem lain atau upgrade semua sistem yang berorientasikan internet supaya semua urusan dapat berjalan lancar. Lokasi : Gua Musang |
Baru-baru ini terdapat kerosakan pada server SPEKS dan peralatan yang berkaitan dengan penggunaan sistem ini di beberapa jabatan di jajahan Gua Musang dan menyeabkan sistem SPEKS yang dimaksudkan tidak dapat digunakan. Ianya telahpun dibaiki kecuali di Jabatan Veterinar jajahan Gua Musang di mana server SPEKS mengalami kerosakan dan belum siap dibaiki. Walau bagaimanapun sistem ini boleh dicapai di jabatan lain yang juga menggunakan sistem SPEKS di Gua Musang seperti JPS, Pejabat Agama dan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sementara server tersebut siap dibaikpulih. |
2 | 16-07-2013 | Adakah saya boleh membuat pinjaman ke IPTA dengan pihak Perbendaharaan Kelantan? | Terima kasih di atas email saudari. Untuk makluman saudari, pihak Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak menawarkan pinjaman ke IPTA. Saudari boleh berhubung dengan pihak Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) sekiranya ingin membuat pinjaman pendidikan. Maklumat berkaitan YAKIN boleh dilayari di alamat URL : http://www.yakin.kelantan.gov.my/ |
|
3 | 12-12-2013 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ringkasan tentang diri saya : Nama : XXX XXXXX XXXXXX XXXXX XXXXX XXXX Program : SMS (Matematik Kewangan) Universiti : Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Boleh saya tahu bagaimanakah caranya jika saya ingin memohon untuk menjalani Latihan Industri / Praktikal di bawah organisasi pihak Tuan? Terima kasih di atas meklumbalas daripada pihak Tuan. |
Wa alaikumsalam. Terima kasih di atas maklumbalas saudari. Sila emailkan resume dan dokumen berkaitan untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih. |
|
4 | BDGX8AP9 | 29-12-2013 |
Assalam, |
Assalamu alaikum. Terima kasih di atas maklumbalas tuan. Sila rujuk lampiran disertakan untuk maklumat berkenaan bajet Kerajaan Negeri Kelantan terhadap sektor pelancongan bagi tahun 2008-2012. Terima kasih. |