Carta Jawatankuasa Induk EKSA
Perbendaharaan Negeri Kelantan
1. | YB. Dato' Ahmad Robert bin Abd Rahim | Penasihat |
2. | En. Mohammad Yusoff bin Hassan | Pengerusi |
3. | (Kosong) | Penyelaras & Fasilitator |
4. | En. Mohd Rosli bin Mohamed | Pengerusi JK Audit |
5. | Pn. Norshafini binti Md Saidan | Pengerusi JK Promosi |
6. | Pn. Nurmastura Binti Dato' Yahaya | Pengerusi JK Latihan |
7. | Pn. Norazlina binti Zakaria | Ketua Zon Ringgit |
8. | En. Encik Mohd Azizan bin Abdul Kadir | Ketua Zon Riyal |
9. | Pn. Hajah Fauzilah binti Abd Rahman | Ketua Zon Dinar |
10. | En Ahmad Irfan bin Ismail | Penolong Penyelaras |
Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan QE/5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha untuk memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.
Satu Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN), Pemeriksaan Kesihatan dan Ceramah Kesedaran Kesihatan untuk pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada 19 Jamadil Akhir 1439H bersamaan 07 Mac 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan.
Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit telah diadakan pada 17 Rejab 1437H bersamaan 25 April 2016 bermula jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan.
Program Pemeriksaan dan Ceramah Kesihatan kepada pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada 25 Jamadil Akhir 1437H bersamaan 05 April 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Ceramah Kesedaran Kesihatan telah disampaikan oleh YBhg Dr. Norzaihan binti Hassan, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Bandar, Kota Bharu.
Program Lawatan Kerja Pegawai dan Kakitangan ke Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak telah diadakan pada 12 Rabiul Akhir 1437H bersamaan 22 Januari 2016 bertempat di Wisma Bapa Malaysia, Kuching Sarawak.
[ Lihat Album Lawatan Kerja Ke Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak ]
Program Mari Membaca Serentak Selama 10 Minit yang diadakan pada 04 Rejab 1436H bersamaan 23 April 2015 pada jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan.
[ Lihat Album Program Mari Membaca Serentak Selama 10 Minit ]