Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan

Displaying items by tag: persaraan

Selasa, 28 Ogos 2018 15:32

Majlis Budimu Dikenang, Jasamu Disanjung

Majlis Budimu Dikenang, Jasamu Disanjung sempena persaraan YB Dato' Haji Nik Kazim Bin Haji Nik Yusoff telah diadakan pada 14 Zulhijjah 1439H bersamaan 26 Ogos 2018 pada jam 08:00 malam bertempat di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, Kota Bharu. Majlis dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan serta turut hadir sama keluarga YB Dato' Hj Nik Kazim bin Hj Nik Yusoff.

Pada majlis tersebut, tayangan montaj sepanjang perkhidmatan YB Dato' di Perbendaharaan Negeri Kelantan ditayangkan. Dalam majlis tersebut juga, anugerah warga contoh bagi bulan Julai 2018 telah disampaikan oleh YB Dato' kepada Encik Che Anuar bin Che Hassan, Pemandu Kenderaan. Majlis kemudian diteruskan dengan acara pemotongan kek hari lahir YB Dato' Hj Nik Kazim bin Hj Nik Yusoff. 

Di akhir majlis, YB Dato' Hj Nik Kazim bin Hj Nik Yusoff dan YBhg Datin Hjh Masnah bt Hamid bersalaman serta berpelukan dengan pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan.

dato bersara dato bersara dato bersara

[ Lihat Album Majlis Budimu Dikenang, Jasamu Disanjung ]

Published in Buletin
Tagged under
Selasa, 26 Januari 2016 14:05

Majlis Jamuan Persaraan

Majlis Jamuan Sempena Persaraan Tuan Haji Mohamad Norizan bin Yaacob (Pegawai Eksekutif Kanan) dan Puan Wan Meriam bin Hussin (Setiausaha Pejabat) telah diadakan pada 15 Rabiul Akhir 1437H bersamaan 25 Januari 2016 bertempat di Jade Restaurant, Hotel Perdana, Kota Bharu.

Jamuan Persaraan Jamuan Persaraan Jamuan Persaraan

[ Lihat Album Majlis Jamuan Persaraan ]

Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada 15 Rabiul Akhir 1437H bersamaan 25 Januari 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Dalam perhimpunan itu, YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri telah menyampaikan cenderahati kepada kakitangan yang akan bersara iaitu Tuan Haji Mohamad Norizan bin Yaacob (Pegawai Eksekutif Kanan) dan Puan Wan Meriam bin Hussin (Setiausaha Pejabat). YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri juga menyampaikan cenderahati Anugerah Warga Contoh bagi suku tahun ke empat bagi tahun 2015 kepada YM Tengku Zarimah bt Tengku Mohd Ariffin.

Perhimpunan Perhimpunan Perhimpunan

[ Lihat Album Perhimpunan Warga PKN 01/2016 ]

Rabu, 28 Oktober 2015 11:54

Majlis Jamuan Persaraan & Pertukaran

Majlis Jamuan Persaraan & Pertukaran Kakitangan
Tarikh : 15 Muharram 1437H / 28 Oktober 2015
Tempat : Syam Restaurant, Jalan Hospital, Kota Bharu.

Kakitangan bersara :

  1. En. Jusoff bin Hassan, Pembantu Tadbir Kanan (Akaun), Unit Akaun

Kakitangan bertukar :

  1. En. Ahmad Addailami bin Mohamed, Pembantu Tadbir (Kew), Unit Hasil
  2. En. Mohd Ikhwan bin Rosdi, Juruteknik Komputer, Unit IT

Majlis Jamuan Persaraan & Pertukaran Majlis Jamuan Persaraan & Pertukaran Majlis Jamuan Persaraan & Pertukaran

[ Lihat Album Majlis Jamuan Persaraan & Pertukaran ]

Majlis Makan Malam Sempena Pertukaran & Persaraan Pegawai & Kakitangan telah diadakan pada 14 Syaaban 1436H bersamaan 31 Mei 2015 di Restoran Keng Som, Kota Bharu. Pegawai & Kakitangan yang diraikan adalah

  1. Tuan Haji Norazmi Bin Berahim yang bertukar ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok sebagai Ketua Jajahan; dan
  2. Tuan Haji Ibrahim Bin Mat Yeh yang bersara secara pilihan.

Majlis Makan Malam Majlis Makan Malam Majlis Makan Malam

[ Lihat Album Majlis Makan Malam ]

Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan & Majlis Pertukaran & Persaraan Pegawai & Kakitangan telah diadakan pada 14 Syaaban 1436H bersamaan 31 Mei 2015 di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Perbendaharaan Negeri Kelantan ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai & kakitangan yang bertukar & bersara berkuatkuasa pada 01 Jun 2015 iaitu:

  1. Tuan Haji Norazmi Bin Berahim yang bertukar ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok sebagai Ketua Jajahan; dan
  2. Tuan Haji Ibrahim Bin Mat Yeh yang bersara.

Majlis Perhimpunan Majlis Perhimpunan Majlis Perhimpunan

[ Lihat Album Majlis Perhimpunan, Pertukaran & Persaraan ]

Hakcipta © 2010 - 2022 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.