Aktiviti Kelab SUKAT

Khamis, 05 September 2019 09:01

Ceramah Agama Maal Hijrah 1441H

Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) dengan kerjasama Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mengadakan satu ceramah agama sempena sambutan Maal Hijrah 1441H kepada pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan hari Rabu, 4 Muharram 1441H bersamaan 4 September 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Ceramah yang bertajuk "Hijrah, Ke Mana Ku Bawa Diriku"telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Saibon bin Ismail.

ceramah agama
ceramah agama
ceramah agama

[ Lihat Album Ceramah Maal Hijrah 1441H ]

Published in SUKAT

Suatu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1440H Perbendaharaan Negeri Kelantan telah berlangsung pada 19 Syawal 1440H bersamaan 23 Jun 2019 bertempat di ruang legar tingkat bawah Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim. Majlis ini diadakan adalah bagi mengeratkan silaturahim di antara Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri, pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan bersama warga Kompleks Kota Darulnaim dan ramah mesra serta bermaaf-maafan sempena Hari Raya Aidilfitri disamping menikmati jamuan pelbagai juadah yang disediakan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato' Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan ketua-ketua jabatan/agensi negeri Kelantan. Perbendaharaan Negeri Kelantan turut mengadakan acara penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak istimewa dari Rumah Kanak-Kanak Mini, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan yang disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohammad Yusoff bin Hassan, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri merangkap Yang Di Pertua Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT).

majlis hari raya
majlis hari raya
majlis hari raya

[ Lihat Album Majlis Hari Raya ]

Published in Buletin
Isnin, 23 Julai 2018 09:07

Hari Keluarga Perbendaharaan 2018

Satu program hari keluarga Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada 19-21 Julai 2018 bertempat di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu. Program hari keluarga yang diadakan sekali setiap dua tahun ini dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) bertemakan "Jom Santai Sama-Sama". Pelbagai acara sukaneka dan aktiviti diadakan dan mendapat sambutan yang meriah dari kalangan ahli SUKAT dan keluarga. Dalam Majlis Makan Malam, selain daripada persembahan video montaj dan persembahan setiap zon, pelbagai anugerah dan cabutan bertuah diberikan. Berikut adalah anugerah yang telah disampaikan pada majlis tersebut:

  1. Anugerah Warga Contoh Bulan April 2018 : Che Sarisah Bt Mohamad Salji
  2. Anugerah Warga Contoh Bulan Mei 2018 : Zulhilmi B Zaidi
  3. Anugerah Warga Contoh Bulan Jun 2018 : Rosma Rahim B Noh
  4. Penampilan Terbaik Majlis Hari Raya 2018 (Lelaki) : Ahmad Aisamuddean B Mohd Shukri
  5. Penampilan Terbaik Majlis Hari Raya 2018 (Wanita) : Aidora Bt Daud
  6. Pertandingan Bowling Tertutup (Tempat Ketiga) : Wan Muhammad Hafiz B Wan Muhammad Sharif
  7. Pertandingan Bowling Tertutup (Naib Johan) : Rosma Rahim B Noh & Che Sarisah Bt Mohamad Salji
  8. Pertandingan Bowling Tertutup (Johan) : Wan Nazir B Wan Jaafar
  9. Anugerah Paling Lucu : Zulhilmi B Zaidi
  10. Anugerah Paling Mudoh Baso : Mohd Hisyam B Alias
  11. Anugerah Paling Kalut : YM Tengku Zarimah Bt Tengku Mohd Ariffin
  12. Anugerah Paling Juruh : Hasin B Mamat
  13. Anugerah Paling Popular (Lelaki) : Al-Hafiz B Pambi
  14. Anugerah Paling Popular (Wanita) : Siti Nor Zuhairah Bt Nazri
  15. Anugerah Pasangan Paling Romantik : Arshad B Hussain & isteri

 

Hari Keluarga 2018 Hari Keluarga 2018 Hari Keluarga 2018

[ Lihat Video Montaj Hari Keluarga 2018 ]
[ Lihat Album Hari Keluarga : Pendaftaran ]
[ Lihat Album Hari Keluarga : Sukaneka ]
[ Lihat Album Hari Keluarga : Makan Malam ]

Published in SUKAT
Ahad, 15 Julai 2018 11:24

Taklimat Hari Keluarga 2018

Taklimat Prog Hari Keluarga 2018 

Satu taklimat berkenaan Program Hari Keluarga Perbendaharaan Negeri Kelantan Tahun 2018 akan diadakan pada hari Rabu, 05 Zulkaedah 1439H bersamaan 18 Julai 2018 jam 09:00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Semua pegawai dan kakitangan dijemput hadir untuk mendengar taklimat berkenaan.

Published in Kelab SUKAT

Seminar Pelaburan "Kepentingan Pelaburan Emas" telah diadakan pada 10 Syaaban 1439H bersamaan 26 April 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Seminar Pelaburan Seminar Pelaburan Seminar Pelaburan

[ Lihat Album Seminar Pelaburan ]

 

Published in SUKAT
Isnin, 23 April 2018 15:14

Seminar Pelaburan

Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) Akan mengadakan Seminar Pelaburan "Kepentingan Simpanan Emas" pada 10 Syaaban 1439H bersamaan 26 April 2018 jam 10 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Semua pegawai dan kakitangan dijemput hadir.

seminar pelaburan

Published in SUKAT
Ahad, 21 Januari 2018 14:28

Program Ziarah Kelab SUKAT

Program ziarah Kelab SUKAT pada 01 Jamadil Awal 1439H bersamaan 18 Januari 2018

  1. Ke rumah Puan Mahfuzah bt Wan Saleh di Kg. Kubang Kacang sempena kelahiran cahaya mata yang pertama.
  2. Ke rumah Encik Wan Muhamad Hafiz bin Wan Mohamed Sharif di Wakaf Che Yeh sempena kelahiran cahaya mata yang kedua.
  3. Ke rumah Encik Iznan bin Ismail yang menjalani pembedahan bagi rawatan Slipped Disc.

20180118 ziarah mahfuzah 20180118 ziarah wan mohd hafiz 20180118 ziarah iznan

Published in SUKAT
Tagged under
Khamis, 25 Mei 2017 12:54

Mesyuarat Sukan Dwi Tahunan

Satu Mesyuarat Sukan Dwi Tahunan telah diadakan pada 27 Syaaban 1438H bersamaan 24 Mei 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Mesyuarat dihadiri oleh pengurus dan ketua pasukan bagi sukan badminton, ping pong, tenpin boling, futsal, dart dan karom.

mesyuarat mesyuarat mesyuarat 

[ Lihat Album Mesyuarat ]

Pertandingan Sukan Indoor Games Tahun 2016 telah diadakan pada 24 Jamadil Akhir 1437H bersamaan 02 April 2016 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. 

Sukan Indoor Games Sukan Indoor Games Sukan Indoor Games

[ Lihat Album Pertandingan Sukan Indoor Games Tahun 2016 ]

Rabu, 30 Disember 2015 12:05

Lawatan Muhibah SUKAT

Pada 20 Rabiul Awal 1437H bersamaan 29 Disember 2015, satu lawatan muhibah Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) telah diatur ke rumah dua orang kakitangan Perbendaharaan Negeri iaitu Puan Norshafini binti Md Saidan, Pegawai Teknologi Maklumat dan Puan Hajah Fauzilah binti Abd Rahman, Penolong Akauntan Kanan.

Lawatan muhibah tersebut turut dihadiri oleh Bendahari Negeri, En Ab Ghafar bin Sulaiman bersama dengan AJK Kelab SUKAT. Puan Norshafini mengalami keuzuran setelah menjalani pembedahan manakala Puan Hajah Fauzilah mengalami demam dan batuk setelah pulang daripada mengerjakan ibadat umrah.

Lawatan muhibah Lawatan muhibah Lawatan muhibah

[ Lihat Album Lawatan Muhibah SUKAT ]

Halaman 1 dari 2
Hakcipta © 2010 - 2020 Perbendaharaan Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Kemaskini Terakhir :