Satu Majlis Mengenang Jasa telah berjaya diadakan pada 18 Safar 1436H bersamaan 11 Disember 2014 bertempat di Restoran Payang Serai, Jalan Dusun Raja, Kota Bharu.
Majlis Mengenang Jasa anjuran Perbendaharaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) itu diadakan bersempana pertukaran Bendahari Negeri, Puan Hajah Faridah Binti Mat Zin ke Kementerian Dalam Negeri, Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Perolehan dan Aset), Puan Asma Suhana Wahida Binti Wan Deraman ke Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kelantan dan Pembantu Pejabat, Encik Mat Husin Bin Mat Nor ke Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan.
Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Haji Nik Kazim Bin Haji Nik Yusoff dan Datin Hajjah Masnah Binti Hamid.
Dalam majlis berkenaan, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri telah menyampaikan cenderahati kepada pegawai dan kakitangan yang diraikan.
Satu Majlis Mengenang Jasa telah berjaya diadakan pada 10 Jamadil Awal 1435H bersamaan 12 Mac 2014 bertempat di Four Seasons Restaurant, Jalan Sri Cemerlang.
Majlis Mengenang Jasa anjuran Perbendaharaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) itu diadakan bersempana pertukaran Timbalan Pegawai Kewangan Negeri ke Urus Setia Integriti Dan Inovasi Negeri Kelantan dan persaraan pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan bagi tahun 2014.
Antara pegawai dan kakitangan yang akan bersara adalah Tuan Haji Wan Mod Ludin bin Haji Ibrahim (Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Bajet Dan Pinjaman)), Encik Omar Bin Mamat (Pembantu Bajet), Puan Hajjah Mazyah Binti Mahmud (Pembantu Tadbir Kanan (Kewangan)) dan Puan Hasmah Binti Abdullah (Pembantu Tadbir (Kewangan)).
Dalam majlis berkenaan, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri telah menyampaikan cenderahati kepada pegawai dan kakitangan yang diraikan.
[ Lihat Album Majlis Mengenang Jasa ]
Satu majlis bagi mengenang jasa mantan Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’ Hj Mohd Faudzi bin Che Mamat telah diadakan pada 3 Januari 2014 di Dewan Merbok, Hotel Renaissance. YB Dato’ Hj Mohd Faudzi hadir pada majlis berkenaan dengan ditemani oleh Datin Hjh Ros Aini bt Hj Ghazali.
Majlis Budimu Dikenang, Jasamu Disanjung dan Makan Malam Ramah Mesra yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) turut dihadiri oleh Pegawai Kewangan Negeri yang baru, YB Dato’ Hj Nik Kazim bin Hj Nik Yusoff.
Acara dimulakan dengan sesi bergambar YB Dato’ Hj Mohd Faudzi bin Che Mamat bersama pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis berkenaan turut disajikan dengan persembahan montaj, nyanyian daripada pegawai dan kakitangan perbendaharaan dan penyampaian anugerah khas SUKAT.
Diakhir majlis, pegawai dan kakitangan perbendaharaan mengambil kesempatan bersalam-salaman dengan YB Dato’ Hj Mohd Faudzi bin Che Mamat.
[ Lihat Album Majlis Budimu Dikenang, Jasamu Disanjung ]
Pada 19 Ramadhan 1434H bersamaan 28 Julai 2013 (Ahad), satu program Majlis Ilmu QE “Piala Ramadhan” telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis ilmu tersebut dianjurkan bersama Jawatankuasa Promosi QE Perbendaharaan Negeri Kelantan dan SUKAT bertujuan untuk menghidupkan kembali suasana QE di kalangan warga Perbendaharaan Negeri Kelantan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.
Majlis telah dihadiri oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri dan warga Perbendaharaan Negeri Kelantan. Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Mohd Azhar Bin Abdullah, Pensyarah Jabatan Al-Dakwah Wal Qiadah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).
Dalam majlis tersebut juga, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri berbesar hati menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadhan kepada setiap ahli zon QE Perbendaharaan Negeri Kelantan.
Perlawanan Persahabatan Bowling Amalan Persekitaran Berkualtii (QE) dan SUKAT Perbendaharaan Negeri telah diadakan pada 16 Julai 2012 bertempat di Pacific Bowl, KB Mall pada jam 8.30 Malam. Seramai 47 peserta yang diwakili oleh setiap zon dan jawatankuasa latihan, promosi dan audit QE serta Sekretariat telah mengambil bahagian dalam program ini. Program ini telah disempurnakan oleh YB. Dato' Hj. Mohd Faudzi Bin Hj. Che Mamat, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan. Pemenang Bagi kategori berkumpulan telah diungguli oleh Zon RInggit dan bagi kategori individu VIP telah dimenangi oleh EN. Nik Faizai Bin Mohamed, Pen. Peg. Kew. Neg.(Hasil), manakala kategori jumlah jatuhan pin paling banyak lelaki dimenangi oleh En. Ahmad Shattar B. Mohamad dan wanita dimenangi oleh Pn. Fauzillah Bt. Abd. Rahman. Bagi Kategori jumlah jatuhan pin paling menarik lelaki diungguli oleh En. Mohd Hisyam B. Alias dan wanita, Pn. Norhazihan Bt. Mat Rani. Program ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan amalan QE di Perbendaharaan Negeri dan hebahan penjenamaan semula singkatan nama bagi Kelab Sukan Dan Kebajikan Negeri Kelantan daripada panggilan KEPENG kepada SUKAT dan untuk mengeratkan lagi siraturrahim diantara pegawai dan kakitangan di Perbendaharaan Negeri Kelantan.Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya dan pengharagaan kepada semua peserta yang menyertai program.
Pada 1 Julai 2012 bersamaan 11 Syaaban 1433H, Biro Kebajikan Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) telah mengadakan satu lawatan ziarah ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu bagi meraikan kelahiran permata sulung kepada Kakitangan Perbendaharaan Negeri, En. Azmi Bin Mohamad. Beliau telah dikurniakan seorang anak lelaki pada 30 Jun 2012. Lawatan ziarah disertai oleh Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Perolehan & Aset) dan beberapa pegawai wanita yang lain dan sumbangan berbentuk tunai daripada SUKAT telah disampaikan kepada Keluarga En. Azmi Bin Mohamad bagi membantu menguruskan kelahiran permata beliau. Sekalung Tahniah daripada Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan.
Pada 30 Syawal 1432H bersamaan dengan 28 September 2011,Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (KEPENG) telah menghulurkan sumbangan kepada staff perbendaharaan kelantan iaitu Puan Nor Asniza binti Mohd Nor (Pembantu Tadbir-Kesetiausahaan),sumbangan itu disampaikan oleh Puan Faizura binti Abdullah (Pegawai Teknologi Maklumat) merangkap Naib Yang Di-Pertua KEPENG. Puan Asniza dimasukan wad pada 25 September 2011 dan selamat menjalani pembedahan pada 26 September 2011 untuk membuang hempedu atau nama sainstifiknya "Gallbladder Surgery". Pada keesokan harinya Puan Asniza telah dibenarkan untuk pulang dan berehat di "Teratak Aqeel".
Pada 24 Syawal 1432H bersamaan 22 September 2011, Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (KEPENG) telah mengadakan sedikit jamuan raya untuk kakitangan perbendaharaan. Jamuan ini bermula pada pukul 11.30 pagi dan dimulakan dengan ucapan YB. Dato Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapan itu,beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staff perbendaharaan kerana menjalankan tugas dengan penuh semangat dan berdedikasi. Beliau juga mengharapkan semua staff perbendaharaan boleh menjadi sebuah keluarga dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.
Pada 18 September 2011 satu mesyuarat Ahli Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (KEPENG) telah diadakan bagi memantapkan kebajikan pekerja perbendaharaan kelantan. Ia diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan Kota Darulnaim,mesyuarat ini dipengerusi oleh YBrs Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Merangkap Yang Di-Pertua KEPENG iaitu Encik Rosnazli bin Haji Amin. Perkara yang dibincangkan ialah mengenai perlantikan Bendahari Kelab dan Ahli JawatanKuasa baru serta perlantikan Pengerusi Biro baru iaitu Biro Kebajikan & Agama dan Biro Sukan & Rekreasi. mesyuarat juga menbincangkan tentang kadar baru untuk yuran ahli dan juga kadar sumbangan kelab untuk kebajikan ahli-ahli. Tuan Pengerusi juga ingin penjenamaan semula nama kelab dan logo baru bagi memperkasakan Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan selaras dengan kehendak kerajaan.