Kejohanan Sukan Dwi Tahunan Pejabat-Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri SeMalaysia ke 14 (SUPERB XIV) telah pun berlangsung di Ipoh, Perak pada 24 – 29 Julai 2017. Lebih 1,000 pegawai dan atlet dari 13 kontinjen telah mengambil bahagian di dalam pelbagai acara seperti badminton, ping pong, tenpin bowling, futsal, dart dan karom di samping golf jemputan. Terengganu menjadi juara keseluruhan dengan pungutan 4 pingat emas dan 1 pingat gangsa, diikuti dengan kontinjen tuan rumah iaitu Perak, Sabah, Johor dan Kelantan. Kontinjen Kelantan menduduki tempat kelima dengan pungutan 1 pingat perak dalam acara badminton.
[ Lihat Album Sekitar SUPERB XIV ] | [ Pautan SUPERB XIV Ipoh 2017 ]
Satu Mesyuarat Sukan Dwi Tahunan telah diadakan pada 27 Syaaban 1438H bersamaan 24 Mei 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Mesyuarat dihadiri oleh pengurus dan ketua pasukan bagi sukan badminton, ping pong, tenpin boling, futsal, dart dan karom.
Objektif | : | Menyediakan satu peluang/kemudahan pinjaman kepada ahli SUKAT yang memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan kegunaan kecemasan. |
Kelayakan | : | Semua ahli SUKAT yang berstatus tetap, kontrak, sambilan dan pinjaman yang sedang berkhidmat di Perbendaharaan Negeri Kelantan |
Jumlah Pinjaman | : | Maksima RM1000.00 |
Bayaran Proses | : | RM20.00 (akan dipotong terus dalam jumlah pinjaman) |
Bayaran Bulanan | : | RM100/Sebulan |
Kaedah Bayaran | : | Potongan Gaji. Memo arahan potongan gaji akan dihantar ke Unit Gaji, Bahagian Pentadbiran untuk potongan bulanan. |
Kuota Peminjam | : | Maksima 3 orang dibenarkan sebulan |
Ulangan Pinjaman | : | Pinjaman kedua/seterusnya dibenarkan setelah baki pinjaman pertama telah diselesaikan dan kesemua senarai peminjam yag menunggu sehingga bulan tersebut telah selesai membuat pinjaman. |
Peminjam Bertukar | : | Potongan gaji akan tetap diteruskan sehingga baki selesai dijelaskan. |
Peminjam Berhenti/Pencen | : | Ahli yang masih mempunyai baki pinjaman, potongan gaji berdasarkan mengikut jumlah baki terakhir pinjaman akan dibuat mengikut arahan semasa daripada Bendahari SUKAT. |
Kuatkuasa | : | Serta merta. |
Tarikh : 15 Safar 1437H / 26 November 2015.
Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (Kelab SUKAT)
Kelab ini ditubuhkan bagi tujuan-tujuan berikut :-
Keahlian Kelab SUKAT adalah terdiri daripada pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan.