Mitigasi dan adaptasi adalah dua istilah yang harus kita ketahui dalam menangani isu pemanasan global. Penggunaan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) seperti tenaga hidro, biomass, biogas dan solar bagi penjanaan kuasa sedang diberi penekanan lebih meluas sejajar dengan Dasar Lima Bahan Api negara ini yang dibentuk di bawah Rancangan Malaysia Ke-Lapan dan sedang digalakkan dengan memberi lebih penekanan di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sembilan. Langkah ini adalah untuk mengurangkan penggantungan terhadap bahan api fosil seperti arang batu dan minyak mentah. Setiap orang boleh menyumbang sedikit sebanyak kepada pemuliharaan alam sekitar seperti berikut:
Jimatkan penggunaan tenaga di rumah dan di pejabat, padamkan lampu dan alat-alat elektronik seperti televisyen, komputer dan alat pencetak yang tidak mustahak. Penggunaan mod standby akan meningkatkan penggunaan bekalan elektrik sebanyak 5-13%.
Amalkan pengitaran semula. Dalam pengurusan sisa pepejal, sentiasa ingatkan tafsir 3R, iaitu Reduce (Kurangkan), Reuse (Guna semula) dan Recycle (Kitar semula). Asingkan bahan boleh dikitar semula daripada sampah-sarap yang lain supaya sisa pepejal yang perlu dihantar ke tempat pembuangan boleh dikurangkan.
Kurangkan penggunaan beg plastik kerana ia memakan masa yang lama untuk dibiodegradasi.
Sentiasa menggunakan bekas makanan yang boleh dicuci, elakkan bekas polistirena.
Sediakan mug atau air botol yang boleh diguna lagi. 80% air botol plastik boleh dikitar semula tetapi hanya 20% sahaja yang akhirnya dikitarsemula.
Jimatkan penggunaan kertas. Amalan ini boleh selamatkan sumber hutan.
Tanam pokok.
Jimat air dan simpan air hujan.
Menjadi peniaga dan konsumer yang cekap dan bertanggungjawab. Konsumer harus bertabiat menyemak label produk semasa membeli-belah. Pilih produk yang tidak menggunakan pembungkusan terlampau (over-packaging) dan mesra alam.
Berjalan atau berbasikal ke destinasi yang dekat dan gunakan kenderaan awam jika boleh.
Sisa organik boleh dibuat kompos untuk diguna sebagai baja untuk tanaman.
Pembakaran terbuka adalah dilarang
Elakkan pembaziran makanan. Ini akan dapat mengurangkan pelepasan gas CO2 yang dikaitkan dengan proses pengeluaran dan pengangkutan makanan.
Berkongsi kenderaan (carpool).
Belilah barangan buatan tempatan.
Mengurangkan penggunaan aplikasi spin-dry mesin basuh dan menggantungkan pakaian di bawah matahari.
Bersenam di taman rekreasi berdekatan daripada menggunakan treadmill.
Menggunakan lampu jimat elektrik.
Shut down komputer semasa waktu rehat dan sebelum balik daripada pejabat.
Mengurangkan berat bagasi semasa menaiki kapal terbang.
Pada 24 Ramadhan 1432H bersamaan 24 Ogos 2011 satu pertukaran dalaman telah berlaku dimana Cik Norihan binti Husin Pembantu Akauntan (Unit Khidmat Perunding SPEKS) di Bahagian Akaun telah ditukarkan ke Bahagian Kewangan sebagai Pembantu Akauntan di Unit Bajet. Di Unit Bajet Cik Norihan akan membantu menyediakan maklumat bajet,data-data hasil,perbelanjaan mengurus,tanggungan dan pembangunan untuk bajet negeri.Cik Norihan juga akan menyediakan Buku Tunai,Buku Lejar,Surat Kelulusan Potongan Gaji,Senarai Penyata Pendiri,Penyata Penyesuaian Pendiri dan Surat Bayaran Lewat.
Seorang pegawai dan seorang kakitangan Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan telah dipilih dan disahkan kenaikan pangkat dalam jawatan masing-masing. Kenaikan pangkat pegawai dan kakitangan berkenaan berkuatkuasa mulai dari tarikh 6 Mei 2011.
Yang Berusaha En. Rosnazli bin Haji Amin, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri ( Pegawai Tadbir Negeri ), dinaikkan pangkat dari Pegawai Tadbir Negeri, Gred N48 ke Pegawai Tadbir Negeri, Gred N52. Manakala Puan Hajjah Fauzilah binti Abd Rahman ( Penolong Akauntan ) dinaikkan pangkat dari Penolong Akauntan, Gred W32 ke Penolong Akauntan, Gred W36.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua -dua kakitangan berkenaan.
ds
Pada 3 Julai 2011 satu perhimpunan kakitangan Perbendaharaan Negeri telah diadakan,pada perhimpunan kali kakitangan didedahkan dengan ICT. Dalam perhimpunan ini Puan Faizura (Pegawai Teknologi Maklumat) telah menerangkan secara ringkas mengenai Keselamatan ICT iaitu tentang cara melindungi kata laluan :
Pada perhimpunan itu jugak disampaikan anugerah pekerja cemerlang untuk penggal ke-3 2011,Puan Ismarizan binti Ismail (Penolong Akuantan) berjaya menggodol anugerah pekerja cemerlang,anugerah itu disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri.
Satu majlis makan malam diadakan di Hotel Dynasty sempena perpisahan 2 orang pekerja Perbendaharaan Negeri Kelantan iaitu Tuan Haji Zainunddin Bin Awang dan Encik Azemi Bin Harun. Tuan Haji Zainunddin telah berkhidmat selama 5 tahun di treasury dan mula pencen pada 26 Mei 2011, Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri telah menyampaikan replika cek dan cenderahati kepada beliau sempena perpisahan beliau. Encik Azemi Bin Harun turut diraikan juga sempena pertukaran beliau ke Jabatan Kerja Raya Kota Bharu sebagai CC dan beliau juga menerima sedikit cenderahati dari Perbendaharaan sebagai kenang-kenangan.
Pada 30 Mei 2011 hingga 31 Mei 2011, satu bengkel daftar terimaan Aset melalui Sistem Perakuanan Standard Kerajaan Negeri (SPEKS) telah dilaksanakan di Dewan Bunga Teratai Kompleks Kota Darulnaim bagi memantapkan pengurusan aset di setiap pejabat/jabatan. Bengkel ini dihadiri seramai 119 orang dari seluruh jabatan di bawah Kerajaan Negeri Kelantan. Tenaga pengajar untuk bengkel ini Encik Asmawi Bin Busu dan Puan Wan Norli Binti Ab Aziz.
Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan yang telah diadakan pada Hari Isnin 28 Muharram 1432H bersamaan 3 Januari 2011 telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri serta seluruh warga Perbendaharaan Negeri.