Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form
Web Master

Web Master

Pada 2 Ramadhan 1434H bersamaan 11 Julai 2013 telah diadakan Perhimpunan Bulanan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan. Perhimpunan telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kelantan serta seluruh warga kerja Perbendaharaan Negeri Kelantan. Turut hadir dalam perhimpunan tersebut adalah Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan yang baru bertukar dari Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam, Tuan Haji Mohd Anis Bin Hussein dan kakitangan baru Puan Wan Asnida Binti Wan Abdullah sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan) yang bertukar dari Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah.

Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kelantan dalam ucapan pendahuluannya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan. Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kelantan juga mengalu-alukan kedatangan Tuan Haji Mohd Anis Bin Hussein dan Puan Wan Asnida Binti Wan Abdullah sebagai warga kerja Perbendaharaan Negeri Kelantan dan menyeru seluruh warga kerja Perbendaharaan Negeri Kelantan melaksanakan kerja dengan betul dan teratur serta memahami konsep hirarki masing-masing.

Dalam perhimpunan berkenaan jua, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri telah menyampaikan sijil penghargaan dan hadiah kepada Puan Wan Nor Aizam Binti Wan Ali, Pembantu Tadbir (Kewangan) Unit Akaun kerana dinobatkan sebagai Warga Kerja Contoh Untuk Bulan April-Jun 2013.

Bermula pada 1 Julai 2013, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Encik Rosnazli Bin Haji Amin telah ditukarkan ke Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam sebagai Setiausaha yang sebelum ini dijawat oleh Tuan Haji Mohd Anis Bin Hussein.

Satu majlis telah diadakan bagi menghargai jasa beliau dalam urus tadbir Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan sehingga mencapai Indeks Akauntabiliti (AI) tertinggi di antara jabatan/agensi di negeri Kelantan pada tahun 2012.

Warga kerja Perbendaharaan Negeri Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa yang telah disumbangkan oleh Encik Rosnazli Bin Haji Amin dan mengucapkan Selamat Datang kepada Tuan Haji Mohd Anis Bin Hussein ke Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan sebagai Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan yang baru.

Perbendaharaan Negeri Kelantan mengalu-alukan kedatangan beberapa pegawai dan kakitangan yang berukar ke Perbendaharaan Negeri Kelantan. Pegawai dan kakitangan tersebut adalah :

Nama Tarikh Lapor Diri
-
 
Puan Hajjah Faridah Binti Mat Zin - Bendahari Negeri
(Sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Akauntan Negara Cawangan Kelantan) 
18 Ogos 2013
-
 
Tuan Haji Wan Mohd Ludin Bin Ibrahim - Pen. Peg. Kewangan Negeri (Bajet & Pinjaman)
(Bertukar dari Pejabat SUK Kelantan) 
25 Ogos 2013
-
 
En. Mohd Shukri Bin Salleh - Pembantu Tadbir Kanan (Kewangan)
(Bertukar dari Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan) 
18 Ogos 2013
-
 
En. Saiful Norhisham Bin Sanussi - Pembantu Tadbir (Kewangan)
(Bertukar dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan) 
18 Ogos 2013

Perbendaharaan Negeri Kelantan mengucapkan selamat bertugas dan selamat menjadi warga Perbendaharaan Negeri Kelantan.

20 Jun 2013, satu majlis telah diadakan bagi meraikan persaraan Pn. Zaharah bt Che Soh, Pembantu Tadbir Kanan (Kewangan) (W22) daripada Unit Kewangan & Audit, Bahagian Pentadbiran.

Beliau telah mula berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Kelantan pada 2 September 1978 dan ditempatkan di Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan. Pada tahun 1 September 1992, beliau ditukarkan ke Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan sehingga sekarang.

Seluruh warga kerja Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih di atas khidmat yang diberikan selama 21 tahun ini dan berharap agar ukhwah sentiasa terjalin selamanya.


Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan mengucapkan sekalung tahniah kepada pegawai dan kakitangan di atas pengurniaan Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bersempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-43 di Istana Negeri Kubang Kerian.

Pegawai dan kakitangan tersebut adalah :

  1. Encik Nik Faizai Bin Mohamed Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Hasil) - Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (A.S.K)
  2. Encik Mat Hussin Bin Mat Nor Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi) - Pingat Setia Mahkota Kelantan (P.S)
  3. Puan Zaharah Bt Che Soh Pembantu Tadbir Kanan (Kewangan) - Pingat Setia Mahkota Kelantan (P.S)
  4. Puan Wan Azian Bt Wan Adnan Pembantu Tadbir Kanan (Kewangan) - Pingat Setia Mahkota Kelantan (P.S)
  5. Puan Mazyah Bt Mahmud Pembantu Tadbir Kanan (Kewangan) - Pingat Setia Mahkota Kelantan (P.S)

 

Pada 10 Jun 2013, Mesyuarat Exit Conference Penyata Kewangan Tahun 2012 telah dilangsungkan di Hotel Perdana, Kota Bharu bagi membentangkan Laporan Penyata Kewangan oleh Pihak Audit Negara.

Mesyuarat tersebut telah diketuai oleh Yang Amat Berbahagia Tan Sri Dato' Setia Ketua Audit Negara dengan dihadiri sama oleh Yang Berhormat Dato' Setiausaha Kerajaan, Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berbahagia Dato' Timbalan Ketua Audit Negara, Yang Berusaha Pengarah Sektor Audit Negeri, Yang Berusaha Pengarah Audit Bahagian Susulan dan Ketua Jabatan Negeri yang terlibat.

Penarafan 4 Bintang Indeks Akauntabiliti telah dianugerahkan kepada pejabat-pejabat seperti berikut:

 

  1. Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan
  2. Majlis Agama Islam Kelantan
  3. Pejabat Setiausaha Kerajaan
  4. Majlis Daerah Pasir Puteh
  5. Majlis Daerah Machang
  6. Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan
Dalam mesyuarat tersebut juga, Yang Amat Berbahagia Tan Sri Dato' Setia Ketua Audit Negara telah menyampaikan Sijil Bersih Penyata Kewangan Tahun 2012 kepada Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri.

 

majlis perpisahan zubaidah

Pada 11 Mei 2013 yang lalu satu majlis perlawanan persahabatan bowling peringkat zon ringgit telah diadakan di Pacific Bowl, Aras 3 KB Mall. Pertandingan bermula pada pukul 10.30 pagi,seramai 25 peserta menyertai pertandingan bowling Zon Ringgit.

peserta bowling

Hadiah untuk perlawanan bowling Zon Ringgit disampaikan keesokkan harinya iaitu 12 Mei 2013 di bahagian Unit Akaun. Majlis ini diselit sempena majlis perpisahan Puan Mazayah binti Mohd Salleh.

Taklimat mengenai keselamatam dan kesihatan perkerja

Pada 11 Jamadil Akhir 1434 H / bersamaan 22 April 2013, satu Program 'House Keeping' telah diadakan di Perbendaharaan Negeri Kelantan iaitu Taklimat Berhubung Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Tempat Kerja. Taklimat yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha Puan Yusmawati binti Yusoff (Ketua Seksyen Pendakwaan), Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Kelantan telah dihadiri oleh seluruh warga Perbendaharaan Negeri Kelantan dan dipengerusikan oleh Yang Berusaha En. Rosnazli bin Haji Amin, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan. Taklimat yang bermula jam 9.00 pagi itu telah memberi pendedahan mengenai pentingnya keselamatan dan kesihatan kepada pekerja terutama penjawat awam semasa melaksanakan tugas. Taklimat berkenaan juga menerangkan mengenai peranan pihak majikan dalam menentukan tahap keselamatan pekerja, langkah-langkah pencegahan dan tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh pihak majikan dan pekerja jika berlakunya sesuatu kemalangan ke atas diri pekerja. Disamping itu satu pameran oleh pihak Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Kelantan mengenai Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Tempat Kerja juga telah diadakan.

Taklimat SKT

Satu sesi taklimat menganai cara penyediaan sasaran kerja tahunan yang tepat kepada semua warga Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada 17 April 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan pada jam 11.00 pagi. Taklimat berkenaan telah disampaikan sendiri oleh Yang Berusaha Pengarah Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Semua pegawai dan kakitangan yang hadir telah mendapat satu pengalaman dan ilmu yang berguna dalam menambahbaik penyediaan SKT masing-masing berdasarkan pekeliling semasa yang sedang berkuatkuasa. Diharapkan dengan penyediaan SKT yang tepat dan kemas, maka pencapaian kerja semua bahagian akan menjadi lebih produktif dan sekaligus merealisasikan visi Perbendaharaan Negeri Kelantan kearah memantapkan prestasi Kewangan Negeri Kelantan.

Taklimat mengenai QE dari MPC

Satu sesi taklimat berkenaan telah diadakan pada 17April 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan pada jam 8.30 pagi. Taklimat mengenai amalan QE berkenaan telah disampaikan oleh En. Hasmadi Bin Hasbullah, wakil dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Taklimat telah dihadiri oleh 48 orang peserta yang terdiri daripada semua ahlijawatankuasa induk QE, jawatankuasa promosi, jawatankuasa latihan, jawatankuasa audit dan wakil-wakil dari semua zon di Perbendaharaan Negeri.

Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.