Pada 1 September 2010, Pejabat Perbendaharaan Negeri telah mengambil 2 orang kakitangan baru bagi jawatan Juruteknik Komputer (FT17)(Sambilan) iaitu :-
1) Mohd Ikhwan Bin Rosdi
2) Che Azrul Hisyam Bin Che Mohamed
Mereka ditempatkan di Unit Komputer. Antara tugas utama yang dilakukan oleh mereka ialah memastikan semua komputer di Pejabat dan rangkaian SPEKS dalam keadaan baik.
Pertukaran Timbalan Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Analisis Dan Pemantauan)
Yang Berusaha Tuan Haji Zamri Bin Haji Ismail, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri telah ditukarkan ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah sebagai Ketua Jajahan. Tempat beliau telah diambil oleh Yang Berusaha Encik Rosnazli Bin Haji Amin yang sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Penolong Setiausaha (Perumahan) di Pejabat Kerajaan Negeri Kelantan. Pertukaran mereka berkuatkuasa mulai 1 September 2010.
Sebelum itu,Yang Berusaha Encik Nik Abdul Rahman Bin Nik Yusoff, Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Analisis Dan Pemantauan) yang ditempatkan di Pembangunan Tanah Tinggi Lojing telah ditukarkan ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Lojing sebagai Ketua Jajahan berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2010.Tempat beliau diambil alih oleh Yang Berusaha Encik Nik Abdullah Bin Nik Daud yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Yayasan Kelantan Darulnaim. Beliau ditempatkan di Pejabat Perhutanan Negeri Kelantan sebagai Timbalan Pengarah (Pengurusan) berkuatkuasa mulai 1 September 2010.
Seluruh warga Pejabat Perbendaharaan Negeri mengucapkan tanniah dan syabas kepada Tuan Haji Zamri Bin Haji Ismail dan Encik Nik Abdul Rahman Bin Nik Yusoffdan mengalu-alukan kedatangan pekerja baru ke Pejabat Perbendaharaan Negeri.
Jabatan : Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan
Tarikh : 15 Ramadhan 1431H / 25 Ogos 2010
Pemeriksaan Dilakukan Oleh Dua Anggota :
1. En. Jusoff Bin Hassan
2. En. Wan Eskandar Bin Wan Ali
Yang Berusaha En. Nik Mustapha bin Nik Hassan dalam ucapannya mengajak semua pegawai / kakitangan melakukan muhasabah diri masing-masing sempena kedatangan Bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak berapa lama lagi. Beliau seterusnya meminta semua warga Perbendaharaan melakukan penghijrahan kepada sesuatu yang yang lebih baik terutama dalam melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab serta berintegriti dan menjauhkan sikap-sikap negetif yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang penjawat awam. Beliau juga telah mengingatkan supaya sentiasa mengingati Allah dalam setiap urusan kehidupan dengan membaca maksud sepotong hadis Rasulullah (Sallallahu 'Alaihi Wasallam) yang antara kasar bermaksud " Sudah Cukup Dengan Mengingati Kematian Itu Sebagai Pedoman / Pengajaran Bagi Kamu ".
Beliau seterusnya memaklumkan bahawa mulai Bulan September 2010 semua permohonan cuti akan dilaksanakan melalui HRMIS (e-cuti) dan meminta semua warga Perbendaharaan mengambil berat mengenai pelaksanaan HRMIS dengan sentiasa mengemaskini maklumat-maklumat sebagaimana yang dikehendaki.
Sementara itu Yang Berusaha Timbalan Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan selamat bertugas kepada En. Mat Husin bin bin Mat Nor sebagai Pembantu Pejabat menggantikan Haji Wan Yusoff bin Ibrahim (bersara). Disamping itu beliau juga mengharapkan komitmen semua pegawai/kakitangan dalam melaksanakan tugasan harian.
Lawatan Pemeriksaan Mengejut Di Bawah AP 309 ( Unit Audit Kira-Kira Tunai)
Tarikh | Jabatan/Pejabat |
28 Julai 2010 | Jabatan Kerjaraya Negeri Kelantan |
18 Ogos 2010 | (1) Jabatan Kerjaraya jajahan Jeli (2) Pejabat Agama Jajahan Jeli (3) Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli |
Pengurusan Kewangan Perlu diurus mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Sebagaimana kita sedia maklum Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan undang-undang tertinggi dalam negara kita. Antara lain Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan hasl kerajaan yang dikutip perlu dimasukkan dalam kumpulanwang yang disatukan dan ia tidak boleh terus digunakan contohnya Jabatan Perhutanan Negeri yang mendapat banyak hasil daripada pembalakan perlu menyerah 100% kepada kerajaan.
Perlembagaan Persekutuan juga menetapkan bahawa perlu ada undang-undang bagi membolehkan wang kerajaan dibelanjakan/digunakan iaitu dalam bentuk enakmen perbekalan yang merujuk kepada bajet, perlu dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri. Selain daripada itu , perbelanjaan yang telah ada undang-undang secara khusus boleh terus dibelanjakan yang dikategorikan sebagai Perbelanjaan Tanggungan. Oleh itu, tidak ada jabatan yang boleh dikecualikan daripada menyerah kutipan hasil dengan hasrat untuk terus dibelanjakan.
Kerajaan telah mengeluarkan pekeliling yang menetapkan tatacara perolehan bagi bekalan, perkhidmatan dan kerja. Sebutharga perlu dibuat bagi perolehan perkhidmatan dan bekalan yang berjumlah RM50,000.00 sehingga RM500,000.00. Manakala bagi perolehan kerja, sebutharga perlu dibuat bagi perolehan bernilai RM20,000.00 sehingga RM500,000.00.
Pekeliling juga telah dikeluarkan mengenai keperluan Jabatan memohon kebenaran berbelanja terlebih dahulu. Sebelum membuat perbelanjaan yang bernilai lebih RM10,000.00 semasa semakan baucar bayaran dibuat perlu ditentukan ada rujukan bahawa setiap perbelanjaan telah dapat kelulusan untuk berbelanja.
Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mengikuti majlis perhimpunan berkenaan yang julung kali diadakan pada 1 Julai 2010 bertempat di atas plaza Kompleks Kota Darulnaim. Majlis berkenaan adalah anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
Dua kakitangan pejabat ini iaitu Puan Hamidah binti Zakaria telah dinaikan pangkat kejawatan Pembantu Tadbir Kanan (Kewangan), gred W22 ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Negeri manakala Che Omar bin Yusoff yang ditukar lantik daripada jawatan Operator Mesin Prosesan Data, gred F11 ke Pembantu Tadbir (P/O) telah ditukarkan ke Jabatan Agama Jajahan Jeli. Pertukaran mereka berkuat kuasa mulai 1 Julai 2010. Majlis perpisahan sempena pertukaran kakitangan tersebut telah diadakan pada 17 Rejab 1431H, bersamaan 30hb. Jun 2010 .
Pejabat Perbendaharaan Ngeri Kelantan telah mendapat 2 perhargaan iaitu :-
i ) Sijil Perhargaan/Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan tempoh sah selama setahun mulai 16 Februari 2010 hingga 15 Februari 2011. Semasa pengauditan tersebut pihak MPC telah memberi 2 Anugerah Kecemerlangan Sudut 5S iaitu :
a ) Sudut Zon Riyal
b ) Sudut Zon Ringgit
ii ) Sijil Perhargaan/Pengiktirafan kerana melaksanakan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bagi tahun 2009 dengan jayanya.
Perhimpunan Bulanan bagi bulan Jun akan diadakan pada 7 Jun 2010 pada jam 8.00 pagi bertempat di hadapan ruang legar Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan. Semua kakitangan Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan dijemput hadir,kerjasama anda amat dihargai.