Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form
Web Master

Web Master

Ahad, 30 Mei 2010 08:02

Perhimpunan Bulan Jun

Perhimpunan Bulanan bagi bulan Jun akan diadakan pada 7 Jun 2010 pada jam 8.00 pagi bertempat di hadapan ruang legar Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan. Semua kakitangan Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan dijemput hadir,kerjasama anda amat dihargai.

Tanggal 29 Jamadilawal 1431 bersamaan 14 Mei 2010 telah sempurnalah majlis Ijab Qabul antara Faizura binti  Abdullah, Pegawai Teknologi Maklumat dengan pasangan pilihan hatinya Wan Abdullah Zaki bin Wan Jaafar. Majlis Kesyukuran sempena majlis tersebut telah diadakan pada 01 Jamadilakhir 1431 Hijrah bersamaan 15 Mai 2010 di rumah pengantin perempuan dengan dihadiri oleh semua kakitangan Pejabat Perbendaharaan Negeri.

Seluruh warga Perbendaharaan Negeri mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Puan Faizura dan suami dengan iringan doa semoga mendapat zuriat  yang sempurna serta mencapai kebahagian yang berkekalan di dunia dan akhirat

 

Rabu, 21 April 2010 14:41

Pertukaran Staff

Pada 15 April 2010 satu penyampaian cenderahati kepada 2 orang staff yang akan bertukar. Cik Narina binti Othman bertukar ke Makhamah Tinggi Syariah dan Puan Normah binti Mat Yasin bertukar ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Penyampian ini di sampaikan oleh YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri.

Pada 15 April 2010 (Khamis) bersamaan 30 Rabiulakhir 1413 bertempat di Bilik Mesyuarat Pegawai Kewangan Negeri di Tingkat 1,
satu majlis kesyukuran telah diadakan oleh Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri. Majlis ini bermula pada pukul 12.30 tengahari,ketika majlis ini berlangsung warga Pejabat Perbendaharaan memberi satu kejutan kepada YB. Dato'sempena hari kelahiran beliau.

Pada 30 Mac 2010 lalu Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri telah menerima penganugerahan Pengurniaan Kebesaran Negeri Tahun 2010 daripada Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Tuanku Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan.

Rabu, 21 April 2010 14:37

Perhimpunan Bulanan Kali kedua

Perhimpunan kedua yang diadakan pada 5 April 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama,Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan. Perhimpunan kali ini menyentuh mengenai hal-hal yang berlaku di dalam negeri dan penyampaian sedikit cenderamata.

Rabu, 21 April 2010 14:36

Bengkel Bayaran Pukal

Satu Bengkel Sistem Bayaran Pukal telah diadakan di Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan pada 24 Mac 2010 pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari di Bilik Mesyuarat Utama. Bengkel ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran lebih kurang 55 orang dari semua ptj. Bengkel ini bertujuan untuk menjelaskan tentang bayaran pukal untuk SMARTPAY PETRONAS.

Rabu, 21 April 2010 14:34

Perhimpunan Bulanan Yang Pertama

Perhimpunan kali pertama yang diadakan pada 8 Mac 2010 dan ucaptama di sampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Setiausaha Kerajaan Kelantan. Semua warga Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan menghadiri perhimpunan yang pertama ini,ia berlangsung selama setengah jam di hadapan ruang legar Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan........

Pekeliling Perbendaharaan Negeri ini adalah bertujuan untuk memaklumkan bahawa bagi memastikan perbelanjaan Kerajaan Negeri sentiasa dalam keadaan yang berhemah, pelaksanaan bajet suku tahun 2010 mestilah dilaksanakan oleh setiap Pegawai Pengawal.

Pekeliling Bil 1/2010 <<< klik disini

Rabu, 21 April 2010 14:29

Lawatan MPC Wilayah Pantai Timur

Satu lawatan bagi memperbaharui Persijilan Persekitaran Berkualiti (QE) oleh MPC, Pejabat Wilayah Timur, Kuantan telah diadakan pada 2 Rabiul Awal 1431/16 Februari 2010 jam 9.00 pagi. Dalam lawatan tersebut Pejabat perbendaharaan Negeri Kelantan telah di perakui bagi mendapat pensijilan semula serta mendapat pengitirafan dua tempat pengamalan persekitaran berkualiti yang cemerlang oleh MPC.

Berikut gambar-gambar lawatan oleh MPC.

Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.