Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Arkib Buletin

Ahad, 11 Julai 2010 07:36

Ucapan Perhimpunan Bulanan Yang Berusaha Bendahari Negeri Kelantan

Rate this item
(1 Vote)

Pengurusan Kewangan Perlu diurus mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Sebagaimana kita sedia maklum Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan undang-undang tertinggi dalam negara kita. Antara lain Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan hasl kerajaan yang dikutip perlu dimasukkan dalam kumpulanwang yang disatukan dan ia tidak boleh terus digunakan contohnya Jabatan Perhutanan Negeri yang mendapat banyak hasil daripada pembalakan perlu menyerah 100% kepada kerajaan.

Perlembagaan Persekutuan juga menetapkan bahawa perlu ada undang-undang bagi membolehkan wang kerajaan dibelanjakan/digunakan iaitu dalam bentuk enakmen perbekalan yang merujuk kepada bajet, perlu dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri. Selain daripada itu , perbelanjaan yang telah ada undang-undang secara khusus boleh terus dibelanjakan yang dikategorikan sebagai Perbelanjaan Tanggungan. Oleh itu, tidak ada jabatan yang boleh dikecualikan daripada menyerah kutipan hasil dengan hasrat untuk terus dibelanjakan.

Kerajaan telah mengeluarkan pekeliling yang menetapkan tatacara perolehan bagi bekalan, perkhidmatan dan kerja. Sebutharga perlu dibuat bagi perolehan perkhidmatan dan bekalan yang berjumlah RM50,000.00 sehingga RM500,000.00. Manakala bagi perolehan kerja, sebutharga perlu dibuat bagi perolehan bernilai RM20,000.00 sehingga RM500,000.00.

Pekeliling juga telah dikeluarkan mengenai keperluan Jabatan memohon kebenaran berbelanja terlebih dahulu. Sebelum membuat perbelanjaan yang bernilai lebih RM10,000.00 semasa semakan baucar bayaran dibuat perlu ditentukan ada rujukan bahawa setiap perbelanjaan telah dapat kelulusan untuk berbelanja.

Read 978 times Last modified on Selasa, 29 Disember 2015 16:45

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.