Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Arkib Buletin

Selasa, 05 Oktober 2010 07:40

Perhimpunan Bulanan Bulan Oktober 2010 Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan

Rate this item
(1 Vote)

Yang Berusaha En. Nik Faizai bin Mohamed dalam ucapan sempena Perhimpunan Bulanan telah menyentuh beberapa perkara iaitu :

1.  Semangat Kerjasama dikalangan pegawai/ kakitangan : Sifat tolong menolong adalah amat perlu terutama dimasa-masa kritikal seperti cuti hari raya dan sebagainya dimana sekiranya ada kakitangan yang bercuti atau keluar atas sesuatu urusan, kakitangan lain  hendaklah mengambil alih tugas kakitangan tersebut.

2.  Keinginan Untuk Belajar  :  Sifat ini adalah penting kerana sebagai penjawat awam hendaklah sentiasa bersedia untuk ditukarkan kemana-mana jabatan. Ini memerlukan kita sentiasa peka dan perlu belajar di luar lingkup tugas kita. Kepada kakitangan baru, hendaklah menimba ilmu sebanyak mungkin dan jangan malu untuk bertanya. Manakala kepada kakitangan yang telah banyak pengelaman hendaklah sentiasa memberi tunjuk ajar dan jadikan budaya mencari ilmu ini sebagai budaya kita hingga keakhir hayat.

3.  Sifat Hormat Menghormati  :  Oleh kerana kita berada di pelbagai peringkat umur ( muda, pertengahan dan veteran) maka sifat ini adalah penting dalam menjaga keharmonian di dalam organisasi. Di kalangan pegawai muda perlu menghormati kakitangan veteran disebabkan umur dan pengalaman kerja manakala kakitangan pula perlu menghormati pegawai atasan kerana sebagai ketua yang bertanggungjawab untuk menyelia. Kakitangan perlu mengikut arahan selagi ianya tidak bercanggah dengan peraturan kerana ini semua adalah untuk kepentingan organisasi.

Sementara itu Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapan amanatnya mengingatkan seluruh warga Perbendaharaan supaya sentiasa menghidupkan budaya saling hormat menghormati antara satu dengan lain. Disamping itu panggilan / gelaran kepada pegawai atau kakitangan yang lebih kanan juga hendaklah  dijaga serta sentiasa mematuhi arahan-arahan yang diberikan dengan tidak mengutamakan kepentingan diri dan hendaklah sentiasa menghidupkan amalan bantu membantu.

Read 825 times Last modified on Selasa, 29 Disember 2015 16:45

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.