Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan

Displaying items by tag: Buletin

Kursus Pengurusan Stress Menjana Sukses Siri 1 telah diadakan pada 15-16 Rejab 1436H bersamaan 04-05 Mei 2015 di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kursus selama dua hari telah disampaikan oleh Encik Muhammad Haikal Bin Osman, Pegawai Psikologi Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA), Ibu Pejabat Polis Kontijen Kelantan.

Kursus Pengurusan Stress Kursus Pengurusan Stress Kursus Pengurusan Stress

[ Lihat Album Kursus Pengurusan Stress ]

Taklimat Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) kepada wakil jabatan Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan pada 07 Rejab 1436H bersamaan 26 April 2015 di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim.

Taklimat GST Taklimat GST Taklimat GST

[ Lihat Album Taklimat GST ]

Program Mari Membaca Serentak Selama 10 Minit yang diadakan pada 04 Rejab 1436H bersamaan 23 April 2015 pada jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Program Mari Membaca Serentak Program Mari Membaca Serentak Program Mari Membaca Serentak

[ Lihat Album Program Mari Membaca Serentak Selama 10 Minit ]

Hari Keluarga Perbendaharaan Negeri Kelantan yang diadakan pada 27-28 Jamadil Akhir 1436H bersamaan 17-18 April 2015 di Tok Aman Bali Beach Resort.

Hari Keluarga Hari Keluarga Hari Keluarga

[ Lihat Album Hari Keluarga Perbendaharaan Negeri Kelantan ]

Selasa, 24 Februari 2015 15:26

Pengauditan Naziran

Pengauditan Naziran di Perbendaharaan Negeri Kelantan pada 04 Jamadil Awal 1436H bersamaan 23 Februari 2015.

Pengauditan Naziran Pengauditan Naziran Pengauditan Naziran

[ Lihat Album Pengauditan Naziran ]

Rabu, 18 Februari 2015 15:14

Kursus Pemantapan Integriti Siri 1

Kursus Pemantapan Integriti Siri 1 pada 27 Rabiul Akhir 1436H bersamaan 17 Februari 2015 di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Ceramah disampaikan oleh wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Unit Inovasi dan Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Kursus Pemantapan Integriti Siri 1 Kursus Pemantapan Integriti Siri 1 Kursus Pemantapan Integriti Siri 1

[ Lihat Album Kursus Pemantapan Integriti Siri 1 ]

Isnin, 09 Februari 2015 15:13

Kursus Keselamatan Jabatan Siri 1

Kursus Keselamatan Jabatan Siri 1 pada 18 Rabiul Akhir 1436H bersamaan 08 Februari 2015 di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Kursus Keselamatan Jabatan Siri 1 Kursus Keselamatan Jabatan Siri 1 Kursus Keselamatan Jabatan Siri 1

[ Lihat Album Kursus Keselamatan Jabatan Siri 1 ]

Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim turut terkesan akibat banjir besar yang melanda negeri Kelantan pada akhir bulan Disember 2014 baru-baru ini di mana air telah melimpah lebih kurang 2-3 kaki sehingga menyebabkan Pusat Kawalan Operasi Banjir Negeri Kelantan yang kebiasaannya beroperasi di sini terpaksa dipindahkan ke Masjid Telipot, Kota Bharu. Kesan-kesan lumpur yang tebal jelas kelihatan walaupun kerja-kerja pencucian telah dilakukan oleh pekerja bertanggungjawab. Debu-debu akibat lumpur yang kering telah memenuhi sekitar pusat pentadbiran ini dan menimbulkan ketidakselesaan dan risiko penyakit kepada pekerja.

Justeru itu, pada 22 Januari 2015 bermula pukul 8:00 pagi hingga 11:00 pagi, pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan telah mengadakan Program Gotong-royong Perdana bagi membersihkan Kota Darulnaim dari kesan-kesan banjir ini yang melibatkan seluruh anggota kakitangan awam dan GLC yang berada di dalam dan sekitarnya. Di samping itu juga, program ini bertujuan untuk menggalakkan program 5 S dan menjalinkan hubungan yang baik antara kakitangan dan ketua jabatan.

Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam ucapan perasmiannya memberi pesanan kepada semua kakitangan agar mempunyai rasa kasih sayang kepada tempat kita bekerja dan menanam dalam hati bahawa tanggungjawab untuk menjaga keindahan dan kebersihan Kota Darulnaim adalah satu tanggungjawab bersama. Beliau juga mengingatkan warga Kota Darulnaim supaya menjadi pekerja awam berwibawa dengan beristiqamah dalam mengamalkan cara pengurusan yang berkualiti terutamanya dalam program 5S dan Star Rating.

Dalam menjayakan program gotong-royong ini, pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam, Majlis Daerah Ketereh dan Jabatan Pertahanan Awam.

Gotong-royong perdana Gotong-royong perdana Gotong-royong perdana

[ Lihat Album Program Gotong-Royong Perdana ]

Pada 18 Januari 2015 bertempat di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, Kerajaan Negeri Kelantan melalui urusetia Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menganjurkan Majlis Hi Tea Dan Pelancaran Tabung Amanah Bencana Banjir Kelantan. Program ini dimulakan dengan tayangan montaj kesan tragedi banjir dan diikuti dengan ucapan YAB. Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan. Dalam ucapannya YAB. Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan amat mengalu-alukan sumbangan dari semua pihak bagi membangunkan semula Kelantan selepas banjir ini dengan teruknya memusnahkan banyak harta benda rakyat termasuk yang kehilangan rumah mereka.

Pada hari berkenaan banyak organisasi telah memberi sumbangan dan jumlah sumbangan yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM 7,588,615.00 juta. Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Menteri Besar dan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan serta Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen telah menderma satu bulan gaji dan elaun mereka masing-masing untuk tabung ini.Penderma terbesar pada majlis ini adalah Syarikat Ratusan Ardi Sdn. Bhd yang menderma dalam bentuk rumah kepada mangsa banjir yang berjumlah RM1.5 juta.

Majlis ini telah dihadiri oleh semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor, pegawai–pegawai kerajaan negeri dan jemputan-jemputan lain.

Tabung ini terus dibuka kepada umum dan setiap sumbangan berbentuk cek boleh dibuat atas nama Pegawai Kewangan Negeri Kelantan atau dimasukkan terus ke nombor akaun 03018010080024, Bank Islam Malaysia Berhad. Setiap sumbangan akan mendapat rebat cukai pendapatan kerana derma kepada Kerajaan Negeri. Segala pengesahan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Pengurus Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan, Perbendaharaan Negeri Kelantan, Blok 4, Kota Darulnaim, Kota Bharu. No. telefon 09-743 8725/ 746 1055 atau faks 09-746 1813 / 09-748 7113.

Tabung Bencana Banjir

[ Lihat Album Majlis Hi Tea Dan Pelancaran Tabung Bencana Banjir Kelantan 2014 ]

Khamis, 29 September 2011 12:06

Sumbangan Dari KEPENG

Pada 30 Syawal 1432H bersamaan dengan 28 September 2011,Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (KEPENG) telah menghulurkan sumbangan kepada staff perbendaharaan kelantan iaitu Puan Nor Asniza binti Mohd Nor (Pembantu Tadbir-Kesetiausahaan),sumbangan itu disampaikan oleh Puan Faizura binti Abdullah (Pegawai Teknologi Maklumat) merangkap Naib Yang Di-Pertua KEPENG. Puan Asniza dimasukan wad pada 25 September 2011 dan selamat menjalani pembedahan pada 26 September 2011 untuk membuang hempedu atau nama sainstifiknya "Gallbladder Surgery". Pada keesokan harinya Puan Asniza telah dibenarkan untuk pulang dan berehat di "Teratak Aqeel".

Tagged under
Hakcipta © 2010 - 2022 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.