Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan

Arkib Buletin

Isnin, 19 Januari 2015 10:52

Majlis Hi Tea Dan Pelancaran Tabung Bencana Banjir Kelantan 2014

Rate this item
(0 votes)

Pada 18 Januari 2015 bertempat di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, Kerajaan Negeri Kelantan melalui urusetia Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menganjurkan Majlis Hi Tea Dan Pelancaran Tabung Amanah Bencana Banjir Kelantan. Program ini dimulakan dengan tayangan montaj kesan tragedi banjir dan diikuti dengan ucapan YAB. Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan. Dalam ucapannya YAB. Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan amat mengalu-alukan sumbangan dari semua pihak bagi membangunkan semula Kelantan selepas banjir ini dengan teruknya memusnahkan banyak harta benda rakyat termasuk yang kehilangan rumah mereka.

Pada hari berkenaan banyak organisasi telah memberi sumbangan dan jumlah sumbangan yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM 7,588,615.00 juta. Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Menteri Besar dan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan serta Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen telah menderma satu bulan gaji dan elaun mereka masing-masing untuk tabung ini.Penderma terbesar pada majlis ini adalah Syarikat Ratusan Ardi Sdn. Bhd yang menderma dalam bentuk rumah kepada mangsa banjir yang berjumlah RM1.5 juta.

Majlis ini telah dihadiri oleh semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor, pegawai–pegawai kerajaan negeri dan jemputan-jemputan lain.

Tabung ini terus dibuka kepada umum dan setiap sumbangan berbentuk cek boleh dibuat atas nama Pegawai Kewangan Negeri Kelantan atau dimasukkan terus ke nombor akaun 03018010080024, Bank Islam Malaysia Berhad. Setiap sumbangan akan mendapat rebat cukai pendapatan kerana derma kepada Kerajaan Negeri. Segala pengesahan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Pengurus Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan, Perbendaharaan Negeri Kelantan, Blok 4, Kota Darulnaim, Kota Bharu. No. telefon 09-743 8725/ 746 1055 atau faks 09-746 1813 / 09-748 7113.

Tabung Bencana Banjir

[ Lihat Album Majlis Hi Tea Dan Pelancaran Tabung Bencana Banjir Kelantan 2014 ]

Read 968 times Last modified on Rabu, 04 Mei 2016 12:04

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Hakcipta © 2010 - 2022 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.