Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Arkib Buletin

Jumaat, 23 Januari 2015 00:00

Program Gotong-Royong Perdana Pembersihan Kesan Banjir Kota Darulnaim

Rate this item
(0 votes)

Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim turut terkesan akibat banjir besar yang melanda negeri Kelantan pada akhir bulan Disember 2014 baru-baru ini di mana air telah melimpah lebih kurang 2-3 kaki sehingga menyebabkan Pusat Kawalan Operasi Banjir Negeri Kelantan yang kebiasaannya beroperasi di sini terpaksa dipindahkan ke Masjid Telipot, Kota Bharu. Kesan-kesan lumpur yang tebal jelas kelihatan walaupun kerja-kerja pencucian telah dilakukan oleh pekerja bertanggungjawab. Debu-debu akibat lumpur yang kering telah memenuhi sekitar pusat pentadbiran ini dan menimbulkan ketidakselesaan dan risiko penyakit kepada pekerja.

Justeru itu, pada 22 Januari 2015 bermula pukul 8:00 pagi hingga 11:00 pagi, pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan telah mengadakan Program Gotong-royong Perdana bagi membersihkan Kota Darulnaim dari kesan-kesan banjir ini yang melibatkan seluruh anggota kakitangan awam dan GLC yang berada di dalam dan sekitarnya. Di samping itu juga, program ini bertujuan untuk menggalakkan program 5 S dan menjalinkan hubungan yang baik antara kakitangan dan ketua jabatan.

Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam ucapan perasmiannya memberi pesanan kepada semua kakitangan agar mempunyai rasa kasih sayang kepada tempat kita bekerja dan menanam dalam hati bahawa tanggungjawab untuk menjaga keindahan dan kebersihan Kota Darulnaim adalah satu tanggungjawab bersama. Beliau juga mengingatkan warga Kota Darulnaim supaya menjadi pekerja awam berwibawa dengan beristiqamah dalam mengamalkan cara pengurusan yang berkualiti terutamanya dalam program 5S dan Star Rating.

Dalam menjayakan program gotong-royong ini, pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam, Majlis Daerah Ketereh dan Jabatan Pertahanan Awam.

Gotong-royong perdana Gotong-royong perdana Gotong-royong perdana

[ Lihat Album Program Gotong-Royong Perdana ]

Read 1162 times Last modified on Rabu, 04 Mei 2016 12:03

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Hakcipta © 2010 - 2023 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.