Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Displaying items by tag: Buletin

Isnin, 26 September 2011 11:32

Majlis Hari Raya KEPENG

Pada 24 Syawal 1432H bersamaan 22 September 2011, Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (KEPENG) telah mengadakan sedikit jamuan raya untuk kakitangan perbendaharaan. Jamuan ini bermula pada pukul 11.30 pagi dan dimulakan dengan ucapan YB. Dato Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapan itu,beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staff perbendaharaan kerana menjalankan tugas dengan penuh semangat dan berdedikasi. Beliau juga mengharapkan semua staff perbendaharaan boleh menjadi sebuah keluarga dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Tagged under
Isnin, 19 September 2011 09:04

Mesyuarat Kepeng 2011

Pada 18 September 2011 satu mesyuarat Ahli Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (KEPENG) telah diadakan bagi memantapkan kebajikan pekerja perbendaharaan kelantan. Ia diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan Kota Darulnaim,mesyuarat ini dipengerusi oleh YBrs Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Merangkap Yang Di-Pertua KEPENG iaitu Encik Rosnazli bin Haji Amin. Perkara yang dibincangkan ialah mengenai perlantikan Bendahari Kelab dan Ahli JawatanKuasa baru serta perlantikan Pengerusi Biro baru iaitu Biro Kebajikan & Agama dan Biro Sukan & Rekreasi. mesyuarat juga menbincangkan tentang kadar baru untuk yuran ahli dan juga kadar sumbangan kelab untuk kebajikan ahli-ahli. Tuan Pengerusi juga ingin penjenamaan semula nama kelab dan logo baru bagi memperkasakan Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan selaras dengan kehendak kerajaan.

Tagged under

 

Surat Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Negeri (PKPN) ini bertujuan memaklumkan kepada semua Jabatan Kerajaan Negeri mengenai pelaksanaan perolehan melalui sistem kontrak pusat bagi membekal, memasang dan menyusun perabot di semua Jabatan Kerajaan Negeri seluruh Kelantan

 

Sila Klik link Disini untuk mendapatkan pekeliling tersebut >> Kontrak Pusat Bagi Membekal, Memasang Dan Menyusun Perabot Kepada Semua Jabatan Kerajaan Negeri Di Seluruh Negeri Kelantan.

 

Tagged under

Pada 5 Zulkaedah 1435H bersamaan 31 Ogos 2014, seramai 35 orang pegawai dan kakitangan mewakili Kontinjen Perbendaharaan Negeri Kelantan ke Perbarisan Hari Kemerdekaan Ke-57 Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2014 yang diadakan bertempat di Padang Batalion Ketiga, Rejimen 506, Askar Wataniah, Kem Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.

Majlis telah disempurnakan oleh  YAB  Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan. Turut hadir ialah YB Dato Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri,  Exco-Exco Kerajaan Negeri , YB-YB Adun serta beberapa tetamu VIP diperingkat Jabatan Persekutuan dan Jabatan Negeri.

Gambar Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 Gambar Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 Gambar Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57

[ Lihat Album Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2014 ]

{loadnavigation}
Tagged under
Halaman 5 dari 5