Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan

Displaying items by tag: Buletin

Khamis, 17 September 2015 16:54

Sambutan Hari Malaysia 2015

Pada 02 Zulhijjah 1436H bersamaan 16 September 2015, satu majlis Sambutan Hari Malaysia telah diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Majlis telah disempurnakan oleh  YB Dato’ Mohd Amar Bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan. 

Majlis Perhimpunan Majlis Perhimpunan Majlis Perhimpunan

[ Lihat Album Sambutan Hari Malaysia 2015 ]

Selasa, 15 September 2015 09:34

Majlis Perhimpunan & Penyampaian Pendrive QE

Pada 30 Zulkaedah 1436H bersamaan 14 September 2015, satu Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan kali Kedua Tahun 2015 Dan Penyampaian Pendrive Pelaksanaan Program Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) telah diadakan.

Dalam majlis berkenaan, YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri telah menyampaikan beberapa sijil dan cenderahati.

  1. Kakitangan yang bertukar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan - Che Azrulhisyam bin Che Mohamed
  2. Anugerah Warga Contoh Suku Tahun Kedua Tahun 2015 - Encik Jusoff bin Hassan
  3. Anugerah Warga Contoh Suku Tahun Ketiga Tahun 2015 - Puan Hajah Siti Fatimah Tiu bt Abdullah
  4. Sumbangan Pendrive QE Kepada Semua Pegawai & Kakitangan di Zon Riyal, Zon Ringgit & Zon Dinar
  5. Anugerah Penampilan Terbaik Raya Perbendaharaan Negeri Kelantan Tahun 1436/2015
    • Lelaki - Encik Zulhilmi bin Zaidi
    • Perempuan - Puan Fauziah bt Mat Ail

Majlis Perhimpunan Majlis Perhimpunan Majlis Perhimpunan

[ Lihat Album Majlis Perhimpunan & Penyampaian Pendrive QE ]

{loadnavigation}
Rabu, 02 September 2015 16:04

Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2015

Pada 16 Zulkaedah 1436H bersamaan 31 Ogos 2015, seramai 35 orang pegawai dan kakitangan mewakili Kontinjen Perbendaharaan Negeri Kelantan ke sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2015 yang diadakan bertempat di Padang Institut Kemahiran Belia Negara, Bachok, Kelantan.

Majlis telah disempurnakan oleh  YAB  Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan. Turut hadir ialah YB Dato Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato Speaker Dewan Undangan Negeri, YB Dato Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri,  Exco-Exco Kerajaan Negeri , YB-YB Adun serta beberapa tetamu VIP diperingkat Jabatan Persekutuan dan Jabatan Negeri.

Pada Majlis berkenaan, Kontinjen Perbendaharaan Negeri Kelantan telah memenangi Tempat Ketiga bagi Kategori Pakaian Kontinjen Terbaik.

Gambar Sambutan Hari Kebangsaan 2015 Gambar Sambutan Hari Kebangsaan 2015 Gambar Sambutan Hari Kebangsaan 2015

[ Lihat Album Sambutan Hari Kebangsaan 2015 ]

Rabu, 19 Ogos 2015 11:11

Kursus Pengurusan Stress Siri 2

Pada 2-3 Zulkaedah 1436H bersamaan 17-18 Ogos 2015 telah diadakan satu Kursus Pengurusan Stress Siri 2 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kursus selama dua hari ini telah disampaikan oleh Encik Encik Muhammad Haikal Bin Osman, Pegawai Psikologi Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA), Ibu Pejabat Polis Kontijen Kelantan.

Kursus Pengurusan Stress Kursus Pengurusan Stress Kursus Pengurusan Stress

[ Lihat Album Kursus Pengurusan Stress Siri 2 ]

Isnin, 17 Ogos 2015 11:11

Majlis Pelancaran Kibaran Jalur Gemilang

Pada 1 Zulkaedah 1436H bersamaan 16 Ogos 2015 telah diadakan satu Majlis Pelancaran Kibaran Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Kelantan bertempat di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Majlis Pelancaran Kibaran Jalur Gemilang Majlis Pelancaran Kibaran Jalur Gemilang Majlis Pelancaran Kibaran Jalur Gemilang

[ Lihat Album Majlis Pelancaran Kibaran Jalur Gemilang ]

Ahad, 02 Ogos 2015 11:11

Majlis Jamuan Hari Raya 1436H

Pada 14 Syawal 1436H bersamaan 30 Julai 2015 telah diadakan Majlis Jamuan Hari Raya Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis yang bermula pada jam 12.00 tengahari telah dihadiri oleh YAB Ustaz Dato' Menteri Besar Kelantan, Exco-Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri. Pelbagai hidangan telah disediakan dan majlis diserikankan lagi dengan alunan muzik bertemakan hari raya.

Majlis Sambutan Hari Raya 1436H Majlis Sambutan Hari Raya 1436H Majlis Sambutan Hari Raya 1436H

[ Lihat Album Majlis Jamuan Hari Raya 1436H ]

Isnin, 15 Jun 2015 10:26

Mesyuarat Exit Conference

Mesyuarat Exit Conference Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan telah diadakan pada 24 Syaaban 1436H bersamaan 11 Jun 2015 di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim. Dalam mesyuarat tersebut, Yang Amat Berbahagia Tan Sri Dato' Setia Haji Ambrin Bin Buang, Ketua Audit Negara telah menyampaikan Sijil Bersih Penyata Kewangan Tahun 2014 kepada Yang Berhormat Dato' Haji Nik Kazim Bin Haji Nik Yusoff, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan.

Exit Conference Exit Conference Exit Conference

[ Mesyuarat Exit Conference ]

Selasa, 02 Jun 2015 23:10

Kursus Elaun Dan Tuntutan Lebih Masa

Kursus Elaun Dan Tuntutan Lebih Masa Siri 1 & Siri 2 telah diadakan pada 14-15 Syaaban 1436H bersamaan 31 Mei - 01 Jun 2015 di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kursus selama dua hari telah disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Kelantan.

Kursus Elaun Kursus Elaun Kursus Elaun

[ Lihat Album Kursus Elaun & Tuntutan Lebih Masa ]

Majlis Makan Malam Sempena Pertukaran & Persaraan Pegawai & Kakitangan telah diadakan pada 14 Syaaban 1436H bersamaan 31 Mei 2015 di Restoran Keng Som, Kota Bharu. Pegawai & Kakitangan yang diraikan adalah

  1. Tuan Haji Norazmi Bin Berahim yang bertukar ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok sebagai Ketua Jajahan; dan
  2. Tuan Haji Ibrahim Bin Mat Yeh yang bersara secara pilihan.

Majlis Makan Malam Majlis Makan Malam Majlis Makan Malam

[ Lihat Album Majlis Makan Malam ]

Majlis Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan & Majlis Pertukaran & Persaraan Pegawai & Kakitangan telah diadakan pada 14 Syaaban 1436H bersamaan 31 Mei 2015 di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Perbendaharaan Negeri Kelantan ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai & kakitangan yang bertukar & bersara berkuatkuasa pada 01 Jun 2015 iaitu:

  1. Tuan Haji Norazmi Bin Berahim yang bertukar ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok sebagai Ketua Jajahan; dan
  2. Tuan Haji Ibrahim Bin Mat Yeh yang bersara.

Majlis Perhimpunan Majlis Perhimpunan Majlis Perhimpunan

[ Lihat Album Majlis Perhimpunan, Pertukaran & Persaraan ]

Hakcipta © 2010 - 2022 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.