Pada 16 Zulkaedah 1436H bersamaan 31 Ogos 2015, seramai 35 orang pegawai dan kakitangan mewakili Kontinjen Perbendaharaan Negeri Kelantan ke sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2015 yang diadakan bertempat di Padang Institut Kemahiran Belia Negara, Bachok, Kelantan.
Majlis telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan. Turut hadir ialah YB Dato Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato Speaker Dewan Undangan Negeri, YB Dato Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, Exco-Exco Kerajaan Negeri , YB-YB Adun serta beberapa tetamu VIP diperingkat Jabatan Persekutuan dan Jabatan Negeri.
Pada Majlis berkenaan, Kontinjen Perbendaharaan Negeri Kelantan telah memenangi Tempat Ketiga bagi Kategori Pakaian Kontinjen Terbaik.