Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Arkib Maklumbalas

Web Master

Web Master

Pada 28 Mei 2012 bersamaan 7 Rejab 1433H (Isnin), Mesyuarat Exit Conference Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2011 telah diadakan di Ballroom 1, Hotel Renaissance, Kota Bharu.Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Dato' Setia Haji Ambrin bin Buang, Ketua Audit Negara.Sebanyak 30 jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Negeri telah dijemput hadir dalam mesyuarat pada kali.Bagi Penyata Kewangan Tahun 2011, Kerajaan Negeri Kelantan telah dianugerahkan Sijil Audit Bersih (Tanpa Teguran) oleh Ketua Audit Negara.Manakala 10 Jabatan Negeri telah dianugerahkan empat bintang bagi penarafan Indeks Akauntabiliti oleh Jabatan Audit Negara.

Selasa, 22 Mei 2012 14:39

Pelancaran Pertandingan Album QE

Pada 21 Mei 2012, telah diadakan Mesyuarat Induk QE Bil 2/2012.Dalam mesyuarat tersebut, pelancaran pertandingan album QE telah dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri pertandingan tamat pada awal bulan disember 2012. Dalam mesyuarat tersebut juga logo baru QE turut diperkenalkan dan penguguman pemenang antara zon telah diumumkan yang mana zon terbaik dimenangi oleh Zon Ringgit, laci terbaik dimenangi oleh Pn.Khazani dan patri terbaik disandang oleh Zon Riyal

Lawatan kerja ke Perbendaharaan Negeri selangor adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai kutipan hasil di Negeri Selangor.Rombongan lawatan ini adalah seramai 20 orang yang terdiri daripda semua Ketua Jajahan Negeri Kelantan Pengarah Perhutanan, KPSU Suk – Bahagian Perumahan, Timbalan PKN dan Semua Penolong Pegawai Kewangan dan lawatan ini diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kelantan iaitu Yang berhormat Dato’ Haji Mohd Faudzi bin Che Mamat.

Pada 4 Mei 2012 Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mengadakan program hari keluarga untuk semua warga kerja. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Sutra Beach Resort & Spa Terengganu. Seramai 210 orang peserta yang mengikuti program tersebut. Program bermula pada 4 Mei 2012 jam 10.30 pagi semua peserta bertolak ke Sutra Beach Resort & Spa Terengganu dan dijangka sampai 1.00 tengah hari, pada sebelah malam majlis makan malam bersama Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri di Merang Restoran. Pada 5 Mei 2012, disebelah pagi telah berlangsung acara Sukaneka dan di sebelah malam majlis penyampaian hadiah dan persembahan dari peserta.Pada 6 Mei 2012 program tersebut telah berakhir.

Rabu, 25 April 2012 07:59

Perhimpunan Bulan April 2012

Majlis Perhimpunan Bulanan  Warga Perbendaharaan Negeri bagi Bulan April 2012 telah diadakan pada 17 Jamadilawal 1433 H / bersamaan 09 April 2012. Majlis perhimpunan bulanan ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri serta seluruh warga Perbendaharaan Negeri.

Dalam ucapan amanat sempena menyambut tahun baru 2012, Yang Berhormat Dato' Mohd. Faudzi bin Haji Che Mamat, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan mengucap berbanyak syukur kehadrat Allah Subhanahu Wataala kerana masih dilanjutkan usia dengan diberikan  kesihatan yang berpanjangan. Beliau seterusnya telah mengajak seluruh warga Perbendaharaan Negeri membuat muhasabah diri dengan mengenalpasti kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan sepanjang tahun 2011 serta mengambil langkah memperbaiki serta memohon keampunan daripada Allah di atas segala dosa dan kesilapan yang telah dilakukan.

Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri seterusnya mengucapkan terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan kerana memilih opsyen di bawah Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) serta mengingatkan supaya warga Perbendaharaan Negeri melaksanakan tugas dengan penuh berintegriti kerana disamping banyak faedah yang diperolihi dibawah SBPA ini, terdapatnya Dasar Pemisah (Exit Policy) dimana dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah dengan dibersarakan daripada perkhidmatan awam. Justeru itu beliau sekali  lagi mengingatkan seluruh pegawai dan kakitangan supaya mempertingkatkan azam dan keyakinan diri serta menjaga prestasi masing-masing bagi mengelak berlakunya dasar pemisah ini yang akan memberi kesan ke atas diri dan keluarga.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa banyak kejayaan-kejayaan telah dicapai oleh Perbendaharaan Negeri Kelantan disepanjang tahun 2011. Laman web Perbendaharaan Negeri telah mendapat penarafan 5 bintang dan sekaligus mendapat tempat ke 11 dalam Penilaian Laman Web Dan Portal oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec).  Laporan Ketua Audit Negara keatas Penyata Kewangan Tahun 2010 mendapati Negeri Kelantan berada ditahap kecemerlangan samada dari  segi kedudukan kewangan yang teguh dan pengurusan kewangan yang baik. Sepanjang tahun 2011, Perbendaharaan Negeri Kelantan juga telah berjaya mengurangkan defisit dalam perbelanjaan serta dapat mengurangkan bayaran di bawah Akaun Kena Bayar (AKB). Disamping itu banyak lagi kejayaan-kejayaan lain yang telah dicapai samada di peringkat Negeri atau diperingkat jabatan.

Bagi meneruskan kecemerlangan pada tahun 2012 ini, Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri telah mengajak seluruh warga Perbendaharaan Negeri mempertingkatkan amal ibadat samada amalan fardhu dan amalan sunat yang menjadi teras dalam kehidupan didunia dan bekalan selepas kematian nanti. Beliau seterusnya mengingatkan supaya mempertingkatkan disiplin diri dan turut sama terlibat dalam setiap perancangan-perancangan dan pembaharuan-pembaharuan yang akan dilaksanakan. Konsep kerja secara dua hala antara pihak pengurusan dan pekerja serta kerja secara berpasukan hendaklah diteruskan dan dipertingkatkan lagi. Disamping itu beliau juga mengingatkan  seluruh pegawai dan kakitangan sentiasa mematuhi   peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling yang berkuatkuasa  agar  dapat menjadi model dan contoh serta rujukan kepada semua jabatan dalam setiap bidang.

Sempena Majlis Perhimpunan Bulan ini juga Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri telah sudi menyampaikan sijil dan cenderahati kepada penerima Anugerah Warga Contoh Suku Tahun Pertama  tahun 2012 dimana Puan Wan Meriam Binti Hussin, PA Pegawai Kewangan Negeri telah dipilih sebagai penerima Anugerah Warga Contoh Suku Tahun Kedua Perbendaharaan Negeri Kelantan bagi tahun 2012.

Pada 14 Februari 2012 bertempat di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu , Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menganjurkan satu program Taklimat e- Bajet dan Pelancaran Buku Panduan Pengurusan Kewangan Perbendaharaan Negeri Kepada Semua Pengawai Pengawal Jabatan Kerajaan Negeri.

Dato’ Dr. Haji Zainuddin Bin Hj. Ibrahim, Setiausaha Kerajaaan Negeri Kelantan dan telah dihadiri oleh 29 orang pengawai pengawal dan wakil dari semua Jabatan Negeri Kelantan.Antara pengisian program adalah ucapan aluan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Hj. Che Mamat, Pegawai Kewangan Negeri dan ucapan perasmian taklimat dan pelancaran buku panduan pengurusan kewangan oleh YB. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.Pada program berkenaan jua, YB. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan turut menyampaikan buku panduan pengurusan kewangan kepada semua pengawai pengawal dan wakil yang hadir. Buku panduan pengurusan kewangan berkenaan telah diterbitkan oleh Perbendaharaan Negeri Kelantan dimana bertujuan untuk menerangkan permasalahan lazim yang hadapi dan prosedur pengurusan kewangan yang menjadi amalan seharian oleh Jabatan/Pejabat Negeri Kelantan manakala taklimat e-Bajet diadakan adalah untuk memberi kefahaman mengenai pelaksanaan sistem bajet negeri secara “on line” bagi mempastikan kesilapan sifar dalam penyediaan bajet tahunan di setiap jabatan.

Program telah diakhiri dengan slot taklimat e-Bajet yang telah disampaikan oleh Puan Azimah Bt. Md. Nor,>Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Khidmat Perunding Bahagian Pembangunan Perakaunan Dan Pengurusan Jabatan Akauntan Negara.

 

Yang Berusaha Cik Nik Haliza binti Haji Nik Yusoff, Akauntan (Penolong Bendahari) Gred W41 telah ditukarkan ke Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Bharu sebagai Akauntan Gred W41. Tempat beliau telah diambil alih oleh Yang Berusaha Encik Iznan bin Ismail yang sebelum ini berkhidmat sebagai Akauntan di Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Bharu. Pertukaran ini berkuatkuasa mulai pada 1 Mac 2012.

Seluruh warga Perbendaharaan Negeri mengucapkan selamat maju jaya kepada Cik Nik Haliza binti Haji Nik Yusoff serta mengalu-alukan kedatangan Encik Iznan bin Ismail ke Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Rabu, 22 Februari 2012 16:26

Majlis Perpisahan Pn.Faizura

Pada 13 Feb 2012 yang lalu telah didakan majlis perpisahan sempena pertukaran Puan Faizura binti Abdullah, Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F41) yang telah bertukar ke Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kelantan pada 20 November 2011. Beliau mula berkhidmat di Perbendaharaan Negeri mulai 03 April 2005 iaitu jabatan pertama beliau dalam perkhidmatan awam Negeri Kelantan. Di Perbendaharaan Negeri, beliau telah diberi tugas mengetuai Unit Teknologi Maklumat dan terlibat secara langsung dalam mengetuai pembangunan Sistem Perakaunan Standard Kerajaan Negeri (SPEKS) dan pembangunan laman web jabatan sehingga berjaya membawa Perbendaharaan Negeri mendapat taraf 5 Bintang dan tempat ke 11 daripada 768 laman web dalam Penilaian Laman Web Dan Portal Malaysia oleh MSC Malaysia. Dalam ucapannya sempena majlis tersebut beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah mengadakan majlis berkenaan yang menandakan satu penghormatan dan tanda ingatan serta mengucapkan terima kasih dan penghargaan diatas segala tunjuk ajar dan sokongan yang telah diberikan sepanjang tempoh tujuh tahun berkhidmat di pejabat ini terutama kepada Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri semua pegawai serta seluruh warga Perbendaharaan Negeri. Sementara itu Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada Puan Faizura di atas segala sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh berkhidmat di pejabat ini dan mengharapkan agar pengalaman yang perolihi selama tujuh tahun di Perbendaharaan Negeri ini akan dapat dikembangkan di pejabat baru nanti. Beliau seterusnya mengucapkan selamat maju jaya serta mengharapkan agar hubungan silaturrahim dapat diteruskan walaupun berada di jabatan yang berlainan. Majlis bagi meraikan perpisahan beliau telah diadakan sempena majlis Perhimpunan Bulanan Warga Perbendaharaan Negeri yang dihadiri oleh seluruh warga Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Pihak Perbendaharaan Negeri Kelantan akan mengadakan Kursus Modul Bajet melaui SPEKS kepada semua Jabatan Kerajaan Negeri Kelantan pada 31 Januari 2012 sehingga 02 Februari 2012 dan 07 Februari 2012 sehingga 09 Februari 2012 pukul 8.00 pagi - 5.00 petang bertempat di Bilik Gerakan Negeri Kompleks Kota Darulnaim,Kota Bharu. Setiap Jabatan dicadangkan menghantar

  1. Pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional
  2. Pegawai Eksekutif/Penolong Akauntan ( sekiranya ada )
  3. Pembantu Tadbir Kanan
  4. Pembantu Tadbir

untuk mendapatkan Nota Modul Bajet sila klik di sini password " pkn2012 "

Ahad, 08 Januari 2012 16:30

Tatacara Penutupan Akaun Kewangan 2011

Tatacara untuk penutupan akaun tahun 2011 bagi Baucar Bayaran Akaun Kena Bayar ( AKB ) dan Baucar Kuiri seperti sedia maklum bahawa Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Bil.1 Tahun 2011, oleh kerana masalah teknikal SPEKS yang tidak dapat di elakkan,tempoh kelulusan di peringkat jabatan bagi baucar AKB dan Baucar Kuiri telah dilanjutkan kepada 10 Januari 2012. Dengan ini di minta untuk menjelas semua transaksi bagi tahun 2011 sebelum tarikh yang telah ditetapkan harap maklum.

Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.