Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Arkib Maklumbalas

Web Master

Web Master

Isnin, 06 September 2010 12:12

Pertukaran Kakitangan Bilangan 5 Tahun 2010

Pejabat Perbendaharaan Negeri telah membuat satu pertukaran dalaman yang melibatkan 2 orang kakitangan iaitu Cik Nurul Atfi Ainsyah Binti Mansor,Pembantu Tadbir (N17)(Data dan Maklumat) ditukarkan ke Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia. Manakala Encik Nuzli Bin Abdul Hadi Pembantu Tabdir Kewangan (W17)(Sambilan) ditukarkan ke Unit Pengurusan Kewangan dan Pemantauan Audit.Pertukaran mereka berkuatkuasa mulai 5 September 2010.

Sementara itu Encik Nuzli Bin Abdul Hadi juga akan melepaskan jawatan di pejabat ini mulai 21 September 2010 untuk memegang jawatan tetap di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai Pembantu Tadbir Kewangan (W17).

Isnin, 06 September 2010 11:44

Pengambilan Kakitangan Baru

Pada 1 September 2010, Pejabat Perbendaharaan Negeri telah mengambil 2 orang kakitangan baru bagi jawatan Juruteknik Komputer (FT17)(Sambilan) iaitu :-

1) Mohd Ikhwan Bin Rosdi
2) Che Azrul Hisyam Bin Che Mohamed

Mereka ditempatkan di Unit Komputer. Antara tugas utama yang dilakukan oleh mereka ialah memastikan semua komputer di Pejabat dan rangkaian SPEKS dalam keadaan baik.

Isnin, 06 September 2010 10:48

Pertukaran Pegawai

Pertukaran Timbalan Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Analisis Dan Pemantauan)

Yang Berusaha Tuan Haji Zamri Bin Haji Ismail, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri telah ditukarkan ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah sebagai Ketua Jajahan. Tempat beliau telah diambil oleh Yang Berusaha Encik Rosnazli Bin Haji Amin yang sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Penolong Setiausaha (Perumahan) di Pejabat Kerajaan Negeri Kelantan. Pertukaran mereka berkuatkuasa mulai 1 September 2010.

Sebelum itu,Yang Berusaha Encik Nik Abdul Rahman Bin Nik Yusoff, Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Analisis Dan Pemantauan) yang ditempatkan di Pembangunan Tanah Tinggi Lojing telah ditukarkan ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Lojing sebagai Ketua Jajahan berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2010.Tempat beliau diambil alih oleh Yang Berusaha Encik Nik Abdullah Bin Nik Daud yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Yayasan Kelantan Darulnaim. Beliau ditempatkan di Pejabat Perhutanan Negeri Kelantan  sebagai Timbalan Pengarah (Pengurusan) berkuatkuasa mulai 1 September 2010.

Seluruh warga Pejabat Perbendaharaan Negeri mengucapkan tanniah dan syabas kepada Tuan Haji Zamri Bin Haji Ismail dan Encik Nik Abdul Rahman Bin Nik Yusoffdan mengalu-alukan kedatangan pekerja baru ke Pejabat Perbendaharaan Negeri.

Jabatan    : Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan
Tarikh      :  15 Ramadhan 1431H / 25 Ogos 2010

Pemeriksaan Dilakukan Oleh Dua Anggota :
1.  En. Jusoff Bin Hassan
2.  En. Wan Eskandar Bin Wan Ali

Yang Berusaha En. Nik Mustapha bin Nik Hassan dalam ucapannya mengajak semua pegawai / kakitangan melakukan muhasabah diri masing-masing sempena kedatangan  Bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak berapa lama lagi. Beliau seterusnya meminta semua warga Perbendaharaan melakukan penghijrahan kepada  sesuatu yang yang lebih baik terutama dalam melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab serta berintegriti dan menjauhkan sikap-sikap negetif yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang penjawat awam. Beliau juga telah mengingatkan supaya sentiasa  mengingati Allah dalam setiap urusan kehidupan dengan membaca maksud sepotong hadis Rasulullah (Sallallahu 'Alaihi Wasallam) yang antara kasar bermaksud " Sudah Cukup Dengan Mengingati Kematian Itu Sebagai Pedoman / Pengajaran  Bagi Kamu ".

Beliau seterusnya memaklumkan bahawa mulai Bulan September 2010 semua permohonan cuti akan dilaksanakan melalui HRMIS (e-cuti) dan meminta semua warga Perbendaharaan mengambil berat mengenai pelaksanaan HRMIS dengan sentiasa mengemaskini maklumat-maklumat sebagaimana yang dikehendaki.

Sementara itu Yang Berusaha Timbalan Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan selamat bertugas kepada En. Mat Husin bin bin Mat Nor  sebagai Pembantu Pejabat menggantikan Haji Wan Yusoff bin Ibrahim (bersara). Disamping itu beliau juga mengharapkan komitmen semua pegawai/kakitangan dalam melaksanakan tugasan harian.

lagi

Khamis, 29 Julai 2010 07:54

Lawatan Pemeriksaan Mengejut

Lawatan Pemeriksaan Mengejut Di Bawah AP 309 ( Unit Audit Kira-Kira Tunai)

Tarikh Jabatan/Pejabat
28 Julai 2010 Jabatan Kerjaraya Negeri Kelantan
18 Ogos 2010 (1) Jabatan Kerjaraya jajahan Jeli
(2) Pejabat Agama Jajahan Jeli
(3) Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli

Pengurusan Kewangan Perlu diurus mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Sebagaimana kita sedia maklum Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan undang-undang tertinggi dalam negara kita. Antara lain Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan hasl kerajaan yang dikutip perlu dimasukkan dalam kumpulanwang yang disatukan dan ia tidak boleh terus digunakan contohnya Jabatan Perhutanan Negeri yang mendapat banyak hasil daripada pembalakan perlu menyerah 100% kepada kerajaan.

Perlembagaan Persekutuan juga menetapkan bahawa perlu ada undang-undang bagi membolehkan wang kerajaan dibelanjakan/digunakan iaitu dalam bentuk enakmen perbekalan yang merujuk kepada bajet, perlu dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri. Selain daripada itu , perbelanjaan yang telah ada undang-undang secara khusus boleh terus dibelanjakan yang dikategorikan sebagai Perbelanjaan Tanggungan. Oleh itu, tidak ada jabatan yang boleh dikecualikan daripada menyerah kutipan hasil dengan hasrat untuk terus dibelanjakan.

Kerajaan telah mengeluarkan pekeliling yang menetapkan tatacara perolehan bagi bekalan, perkhidmatan dan kerja. Sebutharga perlu dibuat bagi perolehan perkhidmatan dan bekalan yang berjumlah RM50,000.00 sehingga RM500,000.00. Manakala bagi perolehan kerja, sebutharga perlu dibuat bagi perolehan bernilai RM20,000.00 sehingga RM500,000.00.

Pekeliling juga telah dikeluarkan mengenai keperluan Jabatan memohon kebenaran berbelanja terlebih dahulu. Sebelum membuat perbelanjaan yang bernilai lebih RM10,000.00 semasa semakan baucar bayaran dibuat perlu ditentukan ada rujukan bahawa setiap perbelanjaan telah dapat kelulusan untuk berbelanja.

Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mengikuti majlis perhimpunan berkenaan yang julung kali diadakan pada 1 Julai 2010 bertempat di atas plaza Kompleks Kota Darulnaim. Majlis berkenaan adalah anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Khamis, 01 Julai 2010 14:51

Majlis Perpisahan Pertukaran Kakitangan

Dua kakitangan pejabat ini iaitu Puan Hamidah binti Zakaria telah dinaikan pangkat kejawatan Pembantu Tadbir Kanan (Kewangan), gred W22 ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Negeri manakala Che Omar bin Yusoff yang ditukar lantik daripada jawatan Operator Mesin Prosesan Data, gred F11 ke Pembantu Tadbir (P/O) telah ditukarkan ke Jabatan Agama Jajahan Jeli. Pertukaran mereka berkuat kuasa mulai 1 Julai 2010. Majlis perpisahan sempena pertukaran kakitangan tersebut telah diadakan pada 17 Rejab 1431H, bersamaan 30hb.  Jun 2010 .

Ahad, 30 Mei 2010 08:07

Sijil Perhargaan/Pengiktirafan

Pejabat Perbendaharaan Ngeri Kelantan telah mendapat 2 perhargaan iaitu :-

i ) Sijil Perhargaan/Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan tempoh sah selama setahun mulai 16 Februari 2010 hingga 15 Februari 2011. Semasa pengauditan tersebut pihak MPC telah memberi 2 Anugerah Kecemerlangan Sudut 5S iaitu :

a ) Sudut Zon Riyal
b ) Sudut Zon Ringgit

ii ) Sijil Perhargaan/Pengiktirafan kerana melaksanakan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bagi tahun 2009 dengan jayanya.

Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.