Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Arkib Maklumbalas

Web Master

Web Master

Perbendaharaan Negeri Kelantan telah berjaya mendapat penarafan 4 bintang dalam Pengurusan Kewangan dan sekaligus berjaya mendapat Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2011. Majlis penyampaian anugerah tersebut berlangsung di The Zenith Hotel, Kuantan, Pahang pada 1 Oktober 2012 sempena Hari Audit Se-Malaysia dan Persidangan Juruaudit Sektor Awam 2012. Anugerah kecemerlangan berkenaan telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang. Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Faudzi bin Haji Che Mamat, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan telah hadir bagi menerima anugerah tersebut.

Pada 24 Syawal 1433 H bersamaan 11 September 2012 telah diadakan majlis bagi mengenang jasa tiga orang kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan yang bertukar. Mereka ialah Puan Ismarizan binti Ismail (Penolong Akauntan) yang ditukarkan ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh, Puan Noraini binti Mohd Nor (Setiausaha Pejabat) yang ditukarkan ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan dan Puan Nor Asniza binti Mohd. Nor (Pembantu Setiausaha Pejabat) yang ditukarkan ke Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kelantan. Majlis tersebut telah diadakan dalam suasana yang penuh mahabbah dan kemesraan. Penyampaian cenderahati kepada ke tiga-tiga kakitangan berkenaan telah disempurnakan sendiri oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Faudzi bin Haji Che Mamat,Pegawai Kewangan Negeri Kelantan. Majlis diserikan lagi dengan majlis jamuan Hari Raya Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Dalam ucapan amanatnya, Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan terima kasih kepada ketiga-tiga orang kakitangan berkenaan kerana sudi meluangkan masa dan dapat hadir walaupun dalam kesibukan menjalan tugas di jabatan baru. Beliau juga mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada dua orang kakitangan yang baru ditukarkan ke Perbendaharaan Negeri Kelantan iaitu En. Azri bin Yahya (Penolong Akauntan) dan Cik Siah binti Abdullah (Pembantu Setiausaha Pejabat). Beliau seterusnya mengingatkan semua warga kerja Perbendaharaan Negeri Kelantan supaya sentiasa menanam rasa bersyukur atas nikmat pemberian Allah dan sentiasa berfikiran terbuka. Beliau selanjutnya mengingatkan supaya sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan terutama dalam bidang tugas masing-masing kerana Perbendaharaan Negeri adalah merupakan tempat rujukan jabatan-jabatan lain terutama dalam hal-hal berkaitan bidang kewangan.

Kepada kakitangan yang bertukar, Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri mengucapkan selamat bertugas di jabatan baru dan meminta supaya sentiasa menjalin hubungan baik dengan Pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri. Apa-apa ilmu yang diperolehi semasa berkhidmat di Perbendaharaan ini hendaklah dikembangkan di jabatan baru disamping menganggapkan pertukaran adalah sesuatu perkara yang baik dalam membina kerjaya masing-masing dimasa depan. Akhirnya, Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri mengingatkan semua yang hadir supaya sentiasa menjaga imej Perbendaharaan Negeri Kelantan samada yang masih berkhidmat di Perbendaharaan Negeri ini dan juga kepada kakitangan yang telah bertukar. Mereka juga diingatkan supaya sentiasa membuat sesuatu yang terbaik dalam melaksanakan tugasan terutama kepada pelanggan dan 'stakeholder'.

Ahad, 09 September 2012 07:24

Majlis Hari Raya Unit Akaun & Unit IT 2012

Pada 5 September 2012 bersamaan 18 Syawal 1433H Bahagian Akaun dan Unit Teknologi Maklumat mengadakan satu majlis jamuan hari raya. Majlis ini diadakan secara kecil-kecilan yang dihadiri oleh kakitangan Perbendaharaan Kelantan sahaja.Majlis ini bermula pada pukul 9.00 pagi dah berakhir pada pukul 3.00 tengahari.

Ahad, 02 September 2012 13:43

Taklimat Pengurusan Aset Dalam SPEKS

Perbendaharaan Kelantan akan menggadakan taklimat mengenai pengurusan aset melalui SPEKS. Taklimat ini bertujuan untuk memantapkan kakitangan negeri kelantan dalam menguruskan harta kerajaan. Taklimat ini akan diadakan selama 2 hari iaitu :

Sesi Pertama : 03 September 2012
Sesi Kedua : 04 September 2012

Masa : 8.00pagi - 4.30petang

Tempat : Bilik Latihan SPEKS, Perbendaharaan Kelantan

Untuk mendapatkan manual pengguna SPEKS ( ASET ) sila klik disini.

Pada 11 Rejab 1433H bersamaan 1 Jun 2012 telah terbina sebuah masjid diantara Mohd Helmie bin Abdul Karim salah seorang kakitangan Perbendaharaan Kelantan dengan pilihan hidupnya Norfarrahan binti Mat zin. Majlis Kesyukuran pihak lelaki diadakan pada 4 Syawal 1433H bersamaan 22 Ogos 2012, seluruh warga Perbendaharaan Kelantan mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Encik Mohd Helmie dan isteri dengan iringan doa semoga mendapat zuriat  yang sempurna serta mencapai kebahagian yang berkekalan di dunia dan akhirat

Ahad, 22 Julai 2012 12:03

Perhimpunan Bulan Julai 2012

Majlis Perhimpunan Bulanan warga Perbendaharaan Negeri telah diadakan pada 26 Syaaban 1433 H bersamaan 16 Julai 2012. Yang Berusaha En. Rosnazli bin Haji Amin, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapannya mengajak seluruh warga Perbendaharaan Negeri agar sentiasa mengamalkan sikap saling bekerjasama dan sayang menyayangi antara satu sama lain, tanpa mengira bahagian dan taraf kedudukan seseorang. Sikap saling bertanya khabar hendaklah sentiasa dihidupkan manakala sikap-sikap negetif dan buruk sangka yang boleh merenggangkan hubungan baik dikalangan warga Perbendaharaan Negeri Kelantan hendaklah dihindarkan. Yang berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapan amanatnya telah mengajak semua pegawai dan kakitangan melakukan muhasabah diri masing-masing dan melaksanakan penghijrahan kepada suatu yang lebih baik sempena kedatangan Bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak berapa hari sahaja lagi, dengan melaksanakan tugas dengan penuh rasa bertanggungjawab serta berintegriti serta menjauhkan diri dari sikap-sikap negetif yang tidak sepatutnya dilakukan oleh penjawat awam. Beliau juga menasihati warga Perbendaharaan Negeri agar menjadikan Ramadhan sebagai bulan melatih jiwa dan melipat gandakan amalan yang akan menjadi bekalan sekembali bertemu TUHAN di akhirat nanti.Pada perhimpunan ini juga diadakan majlis penyampian Anugerah Warga Contoh bagi suku ketiga 2012. Anugerah ini disampaikan oleh Yang berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, untuk Anugerah Warga Contoh suku ketiga 2012 disandang oleh En. Mohd Asmawi bin Busu Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.

Selasa, 17 Julai 2012 14:41

Perlawanan Bowling Antara Kakitangan

Perlawanan Persahabatan Bowling Amalan Persekitaran Berkualtii (QE) dan SUKAT Perbendaharaan Negeri telah diadakan pada 16 Julai 2012 bertempat di Pacific Bowl, KB Mall pada jam 8.30 Malam. Seramai 47 peserta yang diwakili oleh setiap zon dan jawatankuasa latihan, promosi dan audit QE serta Sekretariat telah mengambil bahagian dalam program ini. Program ini telah disempurnakan oleh YB. Dato' Hj. Mohd Faudzi Bin Hj. Che Mamat,  Pegawai Kewangan Negeri Kelantan. Pemenang Bagi kategori berkumpulan  telah diungguli oleh Zon RInggit dan bagi kategori individu VIP telah dimenangi oleh EN. Nik Faizai Bin Mohamed, Pen. Peg. Kew. Neg.(Hasil), manakala kategori jumlah jatuhan pin paling banyak lelaki dimenangi oleh En. Ahmad Shattar B. Mohamad dan wanita dimenangi oleh Pn. Fauzillah Bt. Abd. Rahman. Bagi Kategori jumlah jatuhan pin paling menarik lelaki diungguli oleh En. Mohd Hisyam B. Alias dan wanita, Pn. Norhazihan Bt. Mat Rani. Program ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan amalan QE di Perbendaharaan Negeri dan hebahan penjenamaan semula singkatan nama bagi Kelab Sukan Dan Kebajikan Negeri Kelantan daripada panggilan KEPENG kepada SUKAT dan untuk mengeratkan lagi siraturrahim diantara pegawai dan kakitangan di Perbendaharaan Negeri Kelantan.Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya dan pengharagaan kepada semua peserta yang menyertai program.

Rabu, 04 Julai 2012 09:16

Penyerahan Kunci Exora

Pada 3 Julai 2012, penyerahan kunci kereta Exora telah berlangsung di perkarangan tempat letak kereta Perbendaharaan Kelantan Blok 4 Kota Darulnaim.Wakil penyerahan kunci dari pihak Proton Edar Sdn Bhd ialah Encik Muhammad Khairis bin Ishak dan wakil dari pihak Perbendaharaan Kelantan pula Encik Mat Husin bin Mat Nor. Kereta Exora dengan no pendaftaran DBY 7447 akan di gunakan untuk naziran dan lain-lain kegunaan.

Selasa, 03 Julai 2012 09:32

Lawatan SUKAT

Pada 1 Julai 2012 bersamaan 11 Syaaban 1433H,  Biro Kebajikan Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) telah mengadakan satu lawatan ziarah ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu bagi meraikan kelahiran permata sulung kepada Kakitangan Perbendaharaan Negeri, En. Azmi Bin Mohamad. Beliau telah dikurniakan seorang anak lelaki pada 30 Jun 2012. Lawatan ziarah disertai oleh Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Perolehan & Aset) dan beberapa pegawai wanita yang lain dan sumbangan berbentuk tunai daripada SUKAT telah disampaikan kepada Keluarga En. Azmi Bin Mohamad bagi membantu menguruskan kelahiran permata beliau. Sekalung Tahniah daripada Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Pihak Perbendaharaan Kelantan telah mengadakan satu bengkel 'Person In Charge (PIC)' peralatan SPEKS kepada semua jabatan Kerajaan Negeri Kelantan bagi memperkasakan lagi penggunaan dan teknikal SPEKS. Bengkel ini diadakan selama tiga hari bermula 12 Jun 2012 sehingga 14 Jun 2012 pukul 8.00 pagi dan berakhir pukul 1.00 tengahari. Bengkel ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan.Bengkel ini dihadiri seramai 91 orang dari pelbagai jabatan, bengkel ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penyelesaian bagi masalah rangkaian SPEKS. Penceramah untuk bengkel ini oleh pihak pembekal SPEKS dan pihak Perbendaharaan Kelantan sendiri. Bengkel ini juga bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang biasa berlaku di jabatan.

Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.