Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Arkib Maklumbalas

Web Master

Web Master

Bermula 1 Januari 2014, Perbendaharaan Negeri Kelantan Telah menerima kedatangan Pegawai Kewangan Negeri yang baru, YB Dato’ Hj Nik Kazim Bin Hj Nik Yusoff. Beliau memulakan tugas selaku Pegawai Kewangan Negeri bagi menggantikan YB Dato’ Hj Mohd Faudzi Bin Che Mamat yang menjawat jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Majlis Angkat Sumpah selaku Pegawai Kewangan Negeri telah diadakan di hadapan Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Hj Ahmad Bin Yakob pada jam 2.30 Petang di Pejabat Menteri Besar Kelantan.

  

[ Lihat Album Majlis Angkat Sumpah ]

{loadnavigation}
Ahad, 05 Januari 2014 00:00

Majlis Budimu Dikenang, Jasamu Disanjung

Satu majlis bagi mengenang jasa mantan Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’ Hj Mohd Faudzi bin Che Mamat telah diadakan pada 3 Januari 2014 di Dewan Merbok, Hotel Renaissance. YB Dato’ Hj Mohd Faudzi hadir pada majlis berkenaan dengan ditemani oleh Datin Hjh Ros Aini bt Hj Ghazali.

Majlis Budimu Dikenang, Jasamu Disanjung dan Makan Malam Ramah Mesra yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) turut dihadiri oleh Pegawai Kewangan Negeri yang baru, YB Dato’ Hj Nik Kazim bin Hj Nik Yusoff.

Acara dimulakan dengan sesi bergambar YB Dato’ Hj Mohd Faudzi bin Che Mamat bersama pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis berkenaan turut disajikan dengan persembahan montaj, nyanyian daripada pegawai dan kakitangan perbendaharaan dan penyampaian anugerah khas SUKAT.

Diakhir majlis, pegawai dan kakitangan perbendaharaan mengambil kesempatan bersalam-salaman dengan YB Dato’ Hj Mohd Faudzi bin Che Mamat.

  

[ Lihat Album Majlis Budimu Dikenang, Jasamu Disanjung ]

{loadnavigation}
Ahad, 29 Disember 2013 00:00

Tahniah Di Atas Pencapaian Sistem LETRAS

Perbendaharaan Negeri Kelantan telah membina Sistem LETRAS (Letter Registration) yang bertujuan untuk memperkasakan pengurusan surat-surat daripada luar jabatan/agensi dengan lebih cekap, teratur dan sistematik.

Sistem ini telah dibangunkan oleh Unit Teknologi Maklumat, Perbendaharaan Negeri Kelantan. Sistem ini juga telah berjaya merangkul tempat ketiga dalam Pertandingan Inovasi ICT Peringkat Negeri Kelantan.

Majlis penyampaian hadiah dan sijil telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Hj Ahmad Bin Yakob dalam satu majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2013.

Inovasi 2013 2

{loadnavigation}

Pada 22 Disember 2013 bersamaan 19 Safar 1435H, Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menganjurkan satu Taklimat Penutupan Akaun Tahun Kewangan 2013 & Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri Kelantan kepada wakil jabatan-jabatan negeri yang bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim.
Taklimat berkenaan telah dirasmikan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Faudzi bin Che Mamat. Taklimat telah disampaikan oleh Bendahari Negeri, Puan Hajjah Faridah Binti Mat Zin dan Penolong Bendahari Negeri, Encik Iznan Bin Ismail.
Tujuan taklimat adalah bertujuan untuk memastikan penutupan akaun bagi tahun kewangan 2013 berjalan lancar dan memberi pendedahan mengenai Pelaksanaan Perakaunan Akruan yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Negeri pada tahun 2016.

 

Ahad, 08 Disember 2013 15:33

Perhimpunan PKN Dis 2013

Pada 2 Safar 1435H bersamaan 5 Disember 2013 telah diadakan Perhimpunan Bulanan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan. Perhimpunan telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kelantan serta seluruh warga kerja Perbendaharaan Negeri Kelantan. Turut hadir buat pertama kalinya dalam perhimpunan tersebut adalah Bendahari Negeri, Puan Hajjah Faridah bt Mat Zin dan juga Pengolong Pegawai Kewangan Negeri (Bajet/Pinjaman) Haji Wan Mohd Ludin bin Ibrahim.
Dalam perhimpunan tersebut, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Haji Mohd Anis bin Hussein menyampaikan tazkirah ringkas berhubung dengan rahmat serta nikmat dalam menjalani kehidupan seharian dan diikuti pula ucapan perkenalan daripada Bendahari Negeri dan diakhiri dengan amanat daripada Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kelantan.
Dalam perhimpunan berkenaan, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri telah menyampaikan sijil penghargaan dan hadiah kepada Mohd Razi bin Ismail, Pembantu Tadbir (Kewangan) Unit Perkhidmatan dan Operasi kerana dinobatkan sebagai Warga Kerja Contoh Perbendaharaan Negeri Kelantan untuk bulan Julai-September 2013.

 

Rabu, 30 Oktober 2013 16:07

Kursus Tatacara Semakan Bayaran

Perbendaharaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah menganjurkan Kursus Tatacara Semakan Bayaran pada 27-28 Oktober 2013 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim.
Objektif kursus tersebut adalah untuk memberi maklumat terperinci mengenai tatacara bayaran dan menyelaraskan senarai semak setiap jenis bayaran yang disediakan oleh setiap pusat tanggungjawab di bawah Kerajaan Negeri Kelantan.
Ceramah telah disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Akauntan Negara, Jabatan Audit Negara dan Perbendaharaan Negeri Kelantan.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Semakan Bayaran telah disempurnakan oleh YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri dan juga Bendahari Negeri Kelantan.

Peserta Kursus Tatacara Semakan Bayaran

[ Klik di sini untuk melihat album Kursus Tatacara Semakan Bayaran ]

Satu majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2013 telah diadakan pada 24 Oktober 2013 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kota Darulnaim.
Majlis berkenaan disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Hj Ahmad Bin Yakob, Majlis turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ Dr Hj Zainuddin Bin Hj Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan), YB Dato’ Haji Ismail Bin Samah dan wakil-wakil jabatan/agensi negeri dan persekutuan.
Satu ceramah khas berkaitan inovasi telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia, Dr Mazalan Kamis.
Dalam majlis berkenaan, Sistem LETRAS oleh Perbendaharaan Negeri Kelantan telah berjaya memenangi tempat ketiga bagi kategori Anugerah Inovasi ICT.

Dr Mazalan menerima cenderamata daripada MB Kelantan

20130907-SukanXII

Kejohanan Sukan Dwi Tahunan Pejabat-Pejabat Kewangan & Perbendaharaan Negeri SeMalaysia Kali Ke-12 telah diadakan pada 7-11 September 2013. Pada kejohanan kali ini negeri Kelantan telah dipilih sebagai tuan rumah dan melibatkan penyertaan hampir 800 peserta dan pegawai dari 13 kontinjen negeri.

 

Majlis perasmian kejohanan Sukan Dwi Tahunan Pejabat-Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Se-Malaysia Kali Ke-12 telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Dr. Haji Zainuddin Bin Ibrahim di Padang Perdana, Kota Bharu pada 8 September 2013.

 

Matlamat utama kejohanan adalah untuk mengukuhkan jaringan kerjasama antara warga kerja Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan negeri-negeri disamping mempromosi semangat kesukanan dan gaya hidup sihat. Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah badminton, ping pong, bowling, futsal, dart dan karom.

 

Kelantan selaku tuan rumah telah berjaya menjadi johan bagi acara badminton berpasukan dan Karom serta naib johan bagi acara futsal.

 

Kejohanan sukan dwi tahunan ini melabuhkan tirainya secara rasmi dalam Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah yang disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Yang Berhormat Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob pada 11 September 2013 di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Kota Darulnaim. Dalam majlis tersebut, Pulau Pinang telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan Terengganu akan menjadi tuan rumah untuk kejohanan ini pada tahun 2015.

Pada 19 Ramadhan 1434H bersamaan 28 Julai 2013 (Ahad), satu program Majlis Ilmu QE “Piala Ramadhan” telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis ilmu tersebut dianjurkan bersama Jawatankuasa Promosi QE Perbendaharaan Negeri Kelantan dan SUKAT bertujuan untuk menghidupkan kembali suasana QE di kalangan warga Perbendaharaan Negeri Kelantan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Majlis telah dihadiri oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri dan warga Perbendaharaan Negeri Kelantan. Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Mohd Azhar Bin Abdullah, Pensyarah Jabatan Al-Dakwah Wal Qiadah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Dalam majlis tersebut juga, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri berbesar hati menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadhan kepada setiap ahli zon QE Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Pada 17 Julai 2013, satu Majlis Penyerahan Tugas Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan telah diadakan di Bilik Pegawai Kewangan Negeri Kelantan antara Tuan Haji Mohd Anis Bin Hussein dan En. Rosnazli Bin Haji Amin. Tuan Haji Mohd Anis Bin Hussein telah menggantikan tempat En. Rosnazli Bin Haji Amin yang bertukar ke Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam berkuatkuasa pada 1 Julai 2013.

Majlis Penyerahan Tugas tersebut telah disaksikan sendiri oleh YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Che Mamat.

Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.