Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Arkib Maklumbalas

Web Master

Web Master

Satu Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat MPKA Dan Bendahari Negeri Bilangan 2 Tahun 2014 telah diadakan pada 19 Syaaban 1435H bersamaan 17 Jun 2014 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh semua Akauntan dan Bendahari Negeri seluruh Malaysia. Tetamu kehormat yang dijemput hadir adalah Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Yang Berbahagia Datuk Akauntan Negara Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Timbalan Akauntan Negara Malaysia (Operasi) dan Pengarah-Pengarah Bahagian di Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Majlis Makan Malam Majlis Makan Malam Majlis Makan Malam

[ Lihat Album Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat MPKA Dan Bendahari Negeri ]

{loadnavigation}

Satu kursus anjuran bersama Perbendaharaan Negeri Kelantan dan Arkib Negara Malaysia Cawangan Kelantan telah diadakan selama tiga hari bermula pada 27 April 2014.

Kursus Pengurusan Rekod Secara ‘In-House’ ini melibatkan seramai 30 orang pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kakitangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan turut sama menyertai kursus ini yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Antara objektif kursus ini diadakan adalah :

  1. untuk memberi pengetahuan mengenai Pengurusan Rekod Kerajaan secara teori dan amali, cukup untuk melaksanakan tanggungjawab Pengurusan Fail dan Rekod di jabatan masing-masing
  2. untuk memberi kefahaman dalam tugas-tugas mengendalikan fail dan rekod pada peringkat-peringkat pewujudan, penggunaan, penyenggaraan dan pelupusannya
  3. untuk memberi kefahaman tentang keperluan pengendalian rekod seperti mana yang diperuntukkan di dalam Akta Arkib Negara 2003 [Akta 626]
  4. untuk menambah kefahaman tentang peruntukan perundangan lain yang berkaitan dengan Pengurusan Fail dan Rekod Kerajaan.

Kursus Pengurusan Rekod Kursus Pengurusan Rekod Kursus Pengurusan Rekod

[ Lihat Album Kursus Pengurusan Rekod Secara In-House ]

{loadnavigation}

KOTA DARULNAIM - Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan bagi Tahun 2014 dan Anugerah Kecemerlangan Jabatan Serta Agensi Negeri telah diadakan pada 22 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 22 April 2014M bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim.

Dalam majlis ini, Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan telah menyampaikan sijil Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti (AI) Tahun 2013 kepada beberapa agensi yang telah berjaya mendapat penarafan empat bintang termasuk Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Majlis Perhimpunan Majlis Perhimpunan Majlis Perhimpunan

{loadnavigation}
Isnin, 24 Mac 2014 00:00

Gotong Royong perdana

Satu majlis bagi merasmikan Gotong Royong Perdana Pelaksanaan Program Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) Perbendaharaan Negeri Kelantan telah diadakan pada 21 Jamadil Awal 1435H bersamaan 23 Mac 2014 bertempat di Perkarangan Lobi Tingkat 1 Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Tuan Haji Norazmi Bin Berahim merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Program QE Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Ketua zon dan ahli-ahli zon telah dimaklumkan bahawa satu pengauditan dalaman akan dijalankan pada Rabu, 26 Mac 2014 manakala pengauditan sijil oleh pihak MPC bagi tahun 2013/2014 akan dibuat pada 15 Mei 2014.

Gotong Royong Perdana Gotong Royong Perdana Gotong Royong Perdana

[ Lihat Album Gotong Royong perdana ]

{loadnavigation}
Rabu, 12 Mac 2014 00:00

Majlis Mengenang Jasa

Satu Majlis Mengenang Jasa telah berjaya diadakan pada 10 Jamadil Awal 1435H bersamaan 12 Mac 2014 bertempat di Four Seasons Restaurant, Jalan Sri Cemerlang. 

Majlis Mengenang Jasa anjuran Perbendaharaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) itu diadakan bersempana pertukaran Timbalan Pegawai Kewangan Negeri ke Urus Setia Integriti Dan Inovasi Negeri Kelantan dan persaraan pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan bagi tahun 2014.

Antara pegawai dan kakitangan yang akan bersara adalah Tuan Haji Wan Mod Ludin bin Haji Ibrahim (Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Bajet Dan Pinjaman)), Encik Omar Bin Mamat (Pembantu Bajet), Puan Hajjah Mazyah Binti Mahmud (Pembantu Tadbir Kanan (Kewangan)) dan Puan Hasmah Binti Abdullah (Pembantu Tadbir (Kewangan)).

Dalam majlis berkenaan, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri telah menyampaikan cenderahati kepada pegawai dan kakitangan yang diraikan. 

Majlis Mengenang Jasa Majlis Mengenang Jasa Majlis Mengenang Jasa

[ Lihat Album Majlis Mengenang Jasa ]

{loadnavigation}

Pada 9 Jamadil Awal 1435H bersamaan 11 Mac 2014 telah diadakan Perhimpunan Bulanan warga Perbendaharaan Negeri Kelantan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan. Perhimpunan Bulanan kali ini adalah perhimpunan yang julung kali dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Nik Kazim Bin Haji Nik Yusoff selaku Pegawai Kewangan Negeri Kelantan.

Perhimpunan dimulakan dengan ucapan oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Haji Mohd Anis Bin Hussein. Beliau mengucapkan penghargaan kepada seluruh pegawai dan kakitangan di atas kerjasama yang diberikan sepanjang beliau berkhidmat di Perbendaharaan Negeri Kelantan. Perhimpunan dimaklumkan bahawa Tuan Haji Mohd Anis akan bertukar ke Urus Setia Integriti Dan Inovasi Negeri Kelantan berkuatkuasa pada 16 Mac 2014.

Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapan dan amanatnya, beliau mengharapkan agar seluruh warga kerja Perbendaharaan dapat mengekalkan prestasi dan kecemerlangan yang telah dicapai sebelum ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Mohd Anis di atas pertukaran beliau. 

Dalam perhimpunan berkenaan, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri juga telah menyampaikan sijil penghargaan dan hadiah kepada Puan Nazrah Binti Zahari, Pembantu Tadbir (Kewangan) kerana dinobatkan sebagai Warga Kerja Contoh Perbendaharaan Negeri Kelantan untuk bulan Oktober – Disember 2013. Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan QE 2013 juga telah disampaikan pada majlis tersebut dan Zon Riyal telah memenangi dua kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Zon Terbaik dan Kategori Sudut QE Terbaik.

Perhimpunan Bulanan Perhimpunan Bulanan Perhimpunan Bulanan

[ Lihat Album Perhimpunan Bulanan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Bil 1/2014 ]

{loadnavigation}

Pada 13 Februari 2014, YB Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan bersama YB Dato’ Haji Nik Kazim Bin Haji Nik Yusoff, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan telah melakukan kunjungan hormat kepada YBhg  Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Bin Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, YBhg Dato’ Mat Noor Bin Nawi, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia (Dasar) dan YBhg Datuk Wan Selamah Binti Wan Sulaiman, Akauntan Negara Malaysia.

Kunjungan hormat tersebut adalah sempena perlantikan YB Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Che Mamat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan YB Dato’ Haji Nik Kazim Bin Haji Nik Yusoff sebagai Pegawai Kewangan Negeri Kelantan berkuatkuasa pada 1 Januari 2014.

Kunjungan Hormat Kunjungan Hormat Kunjungan Hormat

[ Lihat Album Kunjungan Hormat Yb Dato Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Yb Dato Pegawai Kewangan Negeri Kelantan Kepada Ybhg Tan Sri Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kemeterian Kewangan Malaysia ]

{loadnavigation}

Pada 23 Rabiul awal 1434 H bersamaan 04 Februari 2013 telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri Kelantan serta seluruh warga Perbendaharaan Negeri Kelantan. Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri Kelantan dalam ucapannya menyeru seluruh warga Perbendaharaan Negeri agar sentiasa mengamal nilai-nilai murni dalam melaksanakan apa jua tugas serta sentiasa bersiap sedia dalam mengharungi apa jua cabaran bagi mempastikan setiap amanah yang diberi dapat dilaksana dengan betul dan teratur kerana ianya juga adalah suatu yang dituntut oleh agama dan dikira sebagai ibadah.

Dalam majlis berkenaan juga Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri telah sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi katogori-katogori pertandingan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) bagi tahun 2012 serta menyampaikan anugerah Warga Contoh. En. Mohd Rosdi bin Mohamod (Pembantu Tadbir -P/O) telah dinobatkan sebagai Warga Contoh Perbendaharaan Negeri Kelantan bagi Suku Tahun Pertama 2013.

Bengkel Keterampilan Berbahasa : Penulisan Memo, Surat Rasmi & Minit Mesyuarat Berkualiti telah berjaya dianjurkan oleh Perbendaharaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Dewan Bahasa Dan Pustaka, Wilayah Timur pada 19 – 20 Rabiul Awal 1435H / 21 – 22 Januari 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk memantapkan penulisan surat rasmi, memo dan minit mesyuarat itu melibatkan seluruh warga kerja Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Bengkel selama dua hari itu telah dibimbing oleh Munsyi Dewan, En. Abdullah Bin Mohd Yassin dan Tn. Hj. Mohamed Bin Haron.

  

[ Lihat Album Bengkel Keterampilan Berbahasa : Penulisan Memo, Surat Rasmi & Minit Mesyuarat Berkualiti ]

{loadnavigation}

Satu pemeriksaan kesihatan kepada semua pegawai dan kakitangan telah dianjurkan oleh Perbendaharaan Negeri Kelantan pada 04 Rabiul Awal 1435H/06 Januari 2014. Pemeriksaan ini bertujuan supaya pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan dapat mengetahui tahap kesihatan masing-masing.

Antara ujian pemeriksaan yang dijalankan adalah pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan indeks jisim badan (BMI), pemeriksaan kandungan gula dalam darah dan sesi kaunseling kesihatan.

Pemeriksaan ini mendapat sambutan yang baik daripada warga Perbendaharaan Negeri Kelantan.

  

[ Lihat Album Pemeriksaan Kesihatan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan ]

{loadnavigation}
Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.