Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Arkib Maklumbalas

Web Master

Web Master

Isnin, 19 September 2011 09:04

Mesyuarat Kepeng 2011

Pada 18 September 2011 satu mesyuarat Ahli Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (KEPENG) telah diadakan bagi memantapkan kebajikan pekerja perbendaharaan kelantan. Ia diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan Kota Darulnaim,mesyuarat ini dipengerusi oleh YBrs Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Merangkap Yang Di-Pertua KEPENG iaitu Encik Rosnazli bin Haji Amin. Perkara yang dibincangkan ialah mengenai perlantikan Bendahari Kelab dan Ahli JawatanKuasa baru serta perlantikan Pengerusi Biro baru iaitu Biro Kebajikan & Agama dan Biro Sukan & Rekreasi. mesyuarat juga menbincangkan tentang kadar baru untuk yuran ahli dan juga kadar sumbangan kelab untuk kebajikan ahli-ahli. Tuan Pengerusi juga ingin penjenamaan semula nama kelab dan logo baru bagi memperkasakan Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan selaras dengan kehendak kerajaan.

Isnin, 19 September 2011 08:29

Majlis Hari Raya Unit IT & Akaun

Semua staff di Unit IT dan Unit Akaun telah mengadakan sedikit jamuan hari raya untuk meraikan staff-staff yang berpuasa enam. Jamuan ini diadakan pada 18 September 2011 bersamaan 20 Syawal 1432H jamuan ini bermula pada pukul 10.45 pagi. Antara makanan yang di sajikan untuk staff-staff ialah satay,rendang ayam dan daging,lotong,pulut kuning dan kuih-muih dan kek. Jamuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan ini sekali gus terbentuk sebuah keluarga di pejabat dan dapat meningkatkan produktiviti kerja di Perbendaharaan. Pada pukul 12.00 tgh majlis bersurai kerana ada mesyuarat KEPENG untuk semua staff perbendaharaan kelantan.
Selasa, 13 September 2011 09:02

Selamatkan Bumi Kita

Mitigasi dan adaptasi adalah dua istilah yang harus kita ketahui dalam menangani isu pemanasan global. Penggunaan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) seperti tenaga hidro, biomass, biogas dan solar bagi penjanaan kuasa sedang diberi penekanan lebih meluas sejajar dengan Dasar Lima Bahan Api negara ini yang dibentuk di bawah Rancangan Malaysia Ke-Lapan dan sedang digalakkan dengan memberi lebih penekanan di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sembilan. Langkah ini adalah untuk mengurangkan penggantungan terhadap bahan api fosil seperti arang batu dan minyak mentah. Setiap orang boleh menyumbang sedikit sebanyak kepada pemuliharaan alam sekitar seperti berikut:

  1. Jimatkan penggunaan tenaga di rumah dan di pejabat, padamkan lampu dan alat-alat elektronik seperti televisyen, komputer dan alat pencetak yang tidak mustahak. Penggunaan mod standby akan meningkatkan penggunaan bekalan elektrik sebanyak 5-13%.

  2. Amalkan pengitaran semula. Dalam pengurusan sisa pepejal, sentiasa ingatkan tafsir 3R, iaitu Reduce (Kurangkan),  Reuse (Guna semula) dan Recycle (Kitar semula). Asingkan bahan boleh dikitar semula daripada sampah-sarap yang lain supaya sisa pepejal yang perlu dihantar ke tempat pembuangan boleh dikurangkan.

  3. Kurangkan penggunaan beg plastik kerana ia memakan masa yang lama untuk dibiodegradasi.

  4. Sentiasa menggunakan bekas makanan yang boleh dicuci, elakkan bekas polistirena.

  5. Sediakan mug atau air botol yang boleh diguna lagi. 80% air botol plastik boleh dikitar semula tetapi hanya 20% sahaja yang akhirnya dikitarsemula.

  6. Jimatkan penggunaan kertas. Amalan ini boleh selamatkan sumber hutan.

  7. Tanam pokok.

  8. Jimat air dan simpan air hujan.

  9. Menjadi peniaga dan konsumer yang cekap dan bertanggungjawab. Konsumer harus  bertabiat menyemak label produk semasa membeli-belah. Pilih produk yang tidak menggunakan pembungkusan terlampau (over-packaging) dan mesra alam.

  10. Berjalan atau berbasikal ke destinasi  yang dekat dan gunakan kenderaan awam jika boleh.

  11. Sisa organik boleh dibuat kompos untuk diguna sebagai baja untuk tanaman.

  12. Pembakaran terbuka adalah dilarang

  13. Elakkan pembaziran makanan. Ini akan dapat mengurangkan pelepasan gas CO2 yang dikaitkan dengan proses pengeluaran dan pengangkutan makanan.

  14. Berkongsi kenderaan (carpool).

  15. Belilah barangan buatan tempatan.

  16. Mengurangkan penggunaan aplikasi spin-dry mesin basuh dan menggantungkan pakaian di bawah matahari.

  17. Bersenam di taman rekreasi berdekatan daripada menggunakan treadmill.

  18. Menggunakan lampu jimat elektrik.

  19. Shut down komputer semasa waktu rehat dan sebelum balik daripada pejabat.

  20. Mengurangkan berat bagasi semasa menaiki kapal terbang.

 

Selasa, 23 Ogos 2011 07:47

Pertukaran Dalaman Bil 8/2011

Pada 24 Ramadhan 1432H bersamaan 24 Ogos 2011 satu pertukaran dalaman telah berlaku dimana Cik Norihan binti Husin Pembantu Akauntan (Unit Khidmat Perunding SPEKS) di Bahagian Akaun telah ditukarkan ke Bahagian Kewangan sebagai Pembantu Akauntan di Unit Bajet. Di Unit Bajet Cik Norihan akan membantu menyediakan maklumat bajet,data-data hasil,perbelanjaan mengurus,tanggungan dan pembangunan untuk bajet negeri.Cik Norihan juga akan menyediakan Buku Tunai,Buku Lejar,Surat Kelulusan Potongan Gaji,Senarai Penyata Pendiri,Penyata Penyesuaian Pendiri dan Surat Bayaran Lewat.

Selasa, 09 Ogos 2011 13:12

Kenaikan Pangkat Pegawai & Kakitangan

Seorang  pegawai dan seorang kakitangan Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan telah dipilih dan disahkan kenaikan pangkat dalam jawatan masing-masing. Kenaikan pangkat pegawai dan kakitangan berkenaan berkuatkuasa mulai dari tarikh 6 Mei 2011.

Yang Berusaha En. Rosnazli bin Haji Amin, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri ( Pegawai Tadbir Negeri ), dinaikkan pangkat dari Pegawai Tadbir Negeri, Gred N48 ke Pegawai Tadbir Negeri, Gred N52. Manakala Puan Hajjah Fauzilah binti Abd Rahman ( Penolong Akauntan ) dinaikkan pangkat dari Penolong Akauntan, Gred W32 ke Penolong Akauntan, Gred W36.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua -dua kakitangan berkenaan.

Pada 3 Julai 2011 satu perhimpunan kakitangan Perbendaharaan Negeri telah diadakan,pada perhimpunan kali kakitangan didedahkan dengan ICT. Dalam perhimpunan ini Puan Faizura (Pegawai Teknologi Maklumat) telah menerangkan secara ringkas mengenai Keselamatan ICT iaitu tentang cara melindungi kata laluan :

  1. Kerap menukar kata laluan.
  2. Kata laluan di cipta hasil gabungan nombor,huruf dan simbol.
  3. Sekurangnya 8 karakter.
  4. Jangan dedahkan kata laluan.

Pada perhimpunan itu jugak disampaikan anugerah pekerja cemerlang untuk penggal ke-3 2011,Puan Ismarizan binti Ismail (Penolong Akuantan) berjaya menggodol anugerah pekerja cemerlang,anugerah itu disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri.

Ahad, 26 Jun 2011 08:53

Majlis Perpisahan

Satu majlis makan malam diadakan di Hotel Dynasty sempena perpisahan 2 orang pekerja Perbendaharaan Negeri Kelantan iaitu Tuan Haji Zainunddin Bin Awang dan Encik Azemi Bin Harun. Tuan Haji Zainunddin telah berkhidmat selama 5 tahun di treasury dan mula pencen pada 26 Mei 2011, Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri telah menyampaikan replika cek dan cenderahati kepada beliau sempena perpisahan beliau. Encik Azemi Bin Harun turut diraikan juga sempena pertukaran beliau ke Jabatan Kerja Raya Kota Bharu sebagai CC dan beliau juga menerima sedikit cenderahati dari Perbendaharaan sebagai kenang-kenangan.

Ahad, 26 Jun 2011 08:15

Hari Keluarga Perbendaharaan

Pada 16 Jun yang lepas Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mengadakan Hari Keluarga di Kuala Lumpur. Ia bermula pada 16 Jun 2011 sehingga 18 Jun 2011. Seramai 198 peserta yang mengikuti Hari Keluarga Perbendaharaan 151 orang dewasa dan 47 orang kanak-kanak. Program ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim di antara ahli keluarga Perbendaharaan Negeri Kelantan dan untuk lari seketika dari masalah kerja. Semua peserta berkumpul di masjid telipot pada pukul 7.30 pagi dan bertolak ke Kuala Lumpur pukul 8.00 pagi. Peserta menginap di Hotel Dynasty. Hari Keluarga ini diadakan juga majlis perpisahan 2 orang staff Perbendaharaan yang akan pencen dan bertukar.
Rabu, 01 Jun 2011 16:18

Program Bengkel Aset Alih

Pada 30 Mei 2011 hingga 31 Mei 2011, satu bengkel daftar terimaan Aset melalui Sistem Perakuanan Standard Kerajaan Negeri (SPEKS) telah dilaksanakan di Dewan Bunga Teratai Kompleks Kota Darulnaim bagi memantapkan pengurusan aset di setiap pejabat/jabatan. Bengkel ini dihadiri seramai 119 orang dari seluruh jabatan di bawah Kerajaan Negeri Kelantan. Tenaga pengajar untuk bengkel ini Encik Asmawi Bin Busu dan Puan Wan Norli Binti Ab Aziz.

Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.