Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Arkib Maklumbalas

Web Master

Web Master

Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan yang telah diadakan pada Hari Isnin 28 Muharram 1432H bersamaan 3 Januari 2011 telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri serta seluruh warga Perbendaharaan Negeri.

Majlis Pelancaran tersebut akan diadakan sebagaimana berikut  :

Tarikh    :  25 Zulhijjah 1431H bersamaan 2 Disember 2010
Tempat  :  Kompleks Islam Darulnaim ( Balai Islam ), Lundang, KOTA BHARU
Masa     :  Mulai jam 9.00 Pagi

Majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

-  Para penderma adalah dijemput hadir dan sama-sama memberi sumbangan/derma  untuk disalurkan bagi membantu golongan fakir miskin serta orang-orang yang memerlukan di Negeri Kalantan.
-  Sumbangan diperlukan samada daripada punca halal dan punca tidak halal

**  SEMOGA ALLLAH AKAN MELIPAT GANDAKAN PAHALA SEGALA SEDEKAH DAN AMALAN BAIK YANG KITA LAKSANAKAN  **

Unit Audit Tunai pejabat ini akan mengadakan pengauditan pada 1 Zulhijjah 1431H bersamaan 08 November 2010 di jabatan-jabatan sebagaimana berikut :

1.    Pejabat Tanah Dan Bachok
2.    Jabatan Kerjaraya Jajahan Bachok
3.    Jabatan Pertanian Jajahan Bachok

Lawatan mengejut ini akan dilakukan oleh dua orang anggota dari unit berkenaan iaitu :

1.     En. Jusoff bin Hassan
2.     En. Wan Eskandar bin Wan Ali

Rabu, 03 November 2010 16:11

Lawatan Naziran Bahagian Akaun

Unit Bayaran dan Akaun pejabat ini akan mengadakan Lawatan Naziran ke pejabat-pejabat sebagaimana berikut :
-   Antara yang tumpuan yang akan diberikan semasa lawatan tersebut ialah mengenai penyediaan baucer-baucer, bayaran, baucer jernal dan penggunaan sistem SPEKS
- Lawatan diketuai oleh Yang Berusaha Pembantu Kewangan


Tarikh Jabatan
9 November 2010 1) Pejabat Tanah Dan Jajahan Tumpat
2) Jabatan Pengairan Dan Saliran Jajahan Tumpat
3) Jabatan Kerjaraya Jajahan Tumpat

Dimaklumkan bahawa Unit Akaun pejabat ini akan mengadakan kursus berkenaan sebagaimana berikut :

Tarikh      : 30 Zulkaedah 1431 Bersamaan 07 November 2010
Masa       : 8.00 Pagi Hingga 5.00 Petang
Tempat    : Unit Latihan SPEKS, Pejabat Perbendaharaan Negeri,Aras Satu, Blok 4, KOTA DARULNAIM
Jabatan    : Jabatan Kerjaraya Negeri dan Jajahan
Kakitangan Yang Terlibat  :  Penolong Akauntan dan Seorang Pembantu Tadbir (Kew) yang terlibat dalam Penyelenggaraan Akaun Amanah Dan Diposit.
Kedatangan adalah diwajibkan.

Khamis, 14 Oktober 2010 15:10

Lawatan Naziran

Pejabat Perbendaharaan Negeri akan mengadakan Lawatan Naziran ke pejabat-pejabat sebagaimana berikut :

Tarikh Jabatan

02
November
2010

1) Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang
2) Jabatan Kerjaraya Jajahan Machang
3) Jabatan Pengairan Dan Saliran Jajahan Machang
(Diketuai oleh Yang Berusaha Pembantu Tadbir Kanan (Semak/Gaji))

03
November
2010

1) Jabatan Kerjaraya Jajahan Kota Bharu
2) Jabatan Kerjaraya (Bahagian Jalan) Kota Bharu
(Diketuai oleh Yang Berusaha Pembantu Kewangan)

Yang Berusaha En. Nik Faizai bin Mohamed dalam ucapan sempena Perhimpunan Bulanan telah menyentuh beberapa perkara iaitu :

1.  Semangat Kerjasama dikalangan pegawai/ kakitangan : Sifat tolong menolong adalah amat perlu terutama dimasa-masa kritikal seperti cuti hari raya dan sebagainya dimana sekiranya ada kakitangan yang bercuti atau keluar atas sesuatu urusan, kakitangan lain  hendaklah mengambil alih tugas kakitangan tersebut.

2.  Keinginan Untuk Belajar  :  Sifat ini adalah penting kerana sebagai penjawat awam hendaklah sentiasa bersedia untuk ditukarkan kemana-mana jabatan. Ini memerlukan kita sentiasa peka dan perlu belajar di luar lingkup tugas kita. Kepada kakitangan baru, hendaklah menimba ilmu sebanyak mungkin dan jangan malu untuk bertanya. Manakala kepada kakitangan yang telah banyak pengelaman hendaklah sentiasa memberi tunjuk ajar dan jadikan budaya mencari ilmu ini sebagai budaya kita hingga keakhir hayat.

3.  Sifat Hormat Menghormati  :  Oleh kerana kita berada di pelbagai peringkat umur ( muda, pertengahan dan veteran) maka sifat ini adalah penting dalam menjaga keharmonian di dalam organisasi. Di kalangan pegawai muda perlu menghormati kakitangan veteran disebabkan umur dan pengalaman kerja manakala kakitangan pula perlu menghormati pegawai atasan kerana sebagai ketua yang bertanggungjawab untuk menyelia. Kakitangan perlu mengikut arahan selagi ianya tidak bercanggah dengan peraturan kerana ini semua adalah untuk kepentingan organisasi.

Sementara itu Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapan amanatnya mengingatkan seluruh warga Perbendaharaan supaya sentiasa menghidupkan budaya saling hormat menghormati antara satu dengan lain. Disamping itu panggilan / gelaran kepada pegawai atau kakitangan yang lebih kanan juga hendaklah  dijaga serta sentiasa mematuhi arahan-arahan yang diberikan dengan tidak mengutamakan kepentingan diri dan hendaklah sentiasa menghidupkan amalan bantu membantu.

Majlis berkenaan telah diadakan pada 17 Syawal 1431H bersamaan 26 September 2010. Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Zamri bin Ismail yang telah bertukar ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah sebagai Ketua Jajahan Tanah Merah. Beliau seterusnya mengharapkan agar Tuan Haji Zamri  dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin   disamping dapat menyelesaikan apa-apa permasalahan / isu yang berbangkit.

Sementara itu Tuan Haji Zamri dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana dijemput hadir kemajlis ini . Beliau seterusnya mengingatkan seluruh warga Perbendaharaan Negeri agar sentiasa meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tugas yang diamanahkan dengan mematuhi prosidur-prosidur samada yang telah ditetapkan atau peraturan-peraturan  yang dikeluarkan dari semasa kesemasa kerana pejabat ini adalah merupakan sebagai rujukan kepada jabatan-jabatan terutama yang berkaitan  dengan pembayaran.

Sempena majlis tersebut, pejabat ini juga telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya. Majlis berkenaan telah dihadiri oleh beberapa orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ketua-Ketua Jajahan, Ketua-Ketua Jabatan / Bahagian di Kota Darul Naim seluruh warga Perbendaharaan Negeri.

klik disini untuk gambar lain

Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan telah mengambil bahagian dalam majlis sambutan tersebut yang telah diadakan pada 16 September 2010,  bertempat di Padang Majlis Daerah Tanah Merah dengan menghantar seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan. Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri  hadir sebagai tetamu  kehormat.

Yang Berusaha En. Rosnazli bin Haji Amin, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri baru menggantikan Tuan Haji Zamri bin Haji Ismail mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap. Dalam ucapannya beliau mengajak semua pegawai dan kakitangan menumpukan sepenuh masa dalam melaksanakan tugas  serta dapat memberi kerjasama kepada beliau dalam menjalan tugas harian belia. Beliau seterusnya menasihat semua warga Perbendaharaan agar sama-sama melaksanakan tugas-tugas mengikut prosidur-prosidur yang telah ditetapkan.

Sementara itu Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapan amanatnya mengalukan-alukan kedatangan En. Rosnaszli sebagai Timbalan Pegawai Kewangan Negeri yang baru serta mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Zamri bin Haii Ismail yang bertukar ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah sebagai Ketua Jajahan.  Beliau seterusnya mengharapkan semua warga Perbendaharaan Negeri dapat menjalani ibadat puasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan serta sentiasa merebut peluang-peluang keemasan dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Beliau juga menasihati semua warga Perbendaharaan agar menjadikan  Ramadhan sebagai bulan untuk melatih jiwa dan sebagai pedoman  dalam melaksanakan tugas harian di pejabat lebih-lebih lagi dalam menjalani kehidupan seharian yang menjadi bekalan sekembali bertemu Tuhan Rabbul Jalal nanti.

galeri

Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.