Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
Bilangan Permohonan Pinjaman Komputer dan Kenderaan Yang Diluluskan Perbendaharaan Negeri Kelantan
MYHRMIS MOBILE
splwpk-multilang
splwpk-advanced-search-function
 
 
 
 
 
splwpk-feedback-form

Polisi QE/5S

Web Master

Web Master

Pada 21 Safar 1436H bersamaan 14 Disember 2014, Perbendaharaan Negeri Kelantan telah menganjurkan satu Taklimat Penutupan Akaun Tahun Kewangan 2014 kepada wakil jabatan-jabatan negeri bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. 

Taklimat berkenaan telah disempurnakan  oleh Bendahari Negeri, Puan Hajah Faridah Binti Mat Zin. Taklimat Penutupan Akaun telah disampaikan oleh Penolong Bendahari Negeri, Encik Iznan Bin Ismail.

Tujuan taklimat adalah bertujuan untuk memastikan penutupan akaun bagi tahun kewangan 2014 berjalan lancar.

Taklimat Penutupan Akaun Taklimat Penutupan Akaun Taklimat Penutupan Akaun

[ Lihat Album Taklimat Penutupan Akaun Bagi Tahun Kewangan 2014 ]

{loadnavigation}
Isnin, 15 Disember 2014 15:48

Majlis Mengenang Jasa

Satu Majlis Mengenang Jasa telah berjaya diadakan pada 18 Safar 1436H bersamaan 11 Disember 2014 bertempat di Restoran Payang Serai, Jalan Dusun Raja, Kota Bharu. 

Majlis Mengenang Jasa anjuran Perbendaharaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT) itu diadakan bersempana pertukaran Bendahari Negeri, Puan Hajah Faridah Binti Mat Zin ke Kementerian Dalam Negeri, Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Perolehan dan Aset), Puan Asma Suhana Wahida Binti Wan Deraman ke Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kelantan dan Pembantu Pejabat, Encik Mat Husin Bin Mat Nor ke Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan.

Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Haji Nik Kazim Bin Haji Nik Yusoff dan Datin Hajjah Masnah Binti Hamid.

Dalam majlis berkenaan, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri telah menyampaikan cenderahati kepada pegawai dan kakitangan yang diraikan. 

Majlis Mengenang Jasa Majlis Mengenang Jasa Majlis Mengenang Jasa

[ Lihat Album Majlis Mengenang Jasa ]

Pada 18 Safar 1436H bersamaan 11 Disember 2014 telah diadakan Perhimpunan Bulanan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan. Perhimpunan telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan. Majlis perhimpunan meraikan pegawai dan kakitangan yang telah bertukar iaitu Puan Hajah Faridah Binti Mat Zin, Bendahari Negeri yang dinaikkan pangkat daripada gred W54 ke Jusa C di Kementerian Dalam Negeri, Puan Wan Asma Suhana Wahida Binti Wan Deraman, Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Perolehan Dan Aset) yang bertukar ke Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kelantan dan juga Encik Mat Husin Bin Mat Nor, Pembantu Pejabat yang bertukar ke Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan.

Perhimpunan dimulakan dengan taklimat Dasar Keselamatan ICT oleh Puan Norshafini Binti Md Saidan, Pegawai Teknologi Maklumat dan diikuti dengan ucapan ringkas oleh Encik Nik Faizai Bin Mohamed, Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Hasil) selaku Setiausaha Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT). Perhimpunan kemudiannya diteruskan dengan ucapan pegawai dan kakitangan yang bertukar. 

Perhimpunan diakhiri dengan ucapan oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri yang menekankan semangat bekerjasama sebagaimana yang telah diucapkan oleh Puan Bendahari Negeri. Beliau mewakili seluruh warga Perbendaharaan Negeri Kelantan mengucapkan selamat maju jaya kepada pegawai dan kakitangan yang bertukar.

Perhimpunan Warga Perhimpunan Warga Perhimpunan Warga

[ Lihat Album Perhimpunan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan ]

{loadnavigation}
Rabu, 05 November 2014 08:15

Pencapaian Piagam Pelanggan 2

JANJI Jumlah Perkhidmatan Menepati Tempoh Masa/Standard Piagam Pelanggan Tidak Menepati Tempoh Masa/Standard Piagam Pelanggan Catatan
Jumlah Peratus Jumlah Peratus
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
UNIT PENGURUSAN KEWANGAN DAN PEMANTAUAN AUDIT
1 Proses Kelulusan Mengembalikan Wang Cagaran Dan Pulangan Balik Hasil Tidak Lewat Daripada 7 Hari            
BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN
UNIT BAJET DAN PINJAMAN
2 Proses Pengeluaran Waran Am Dan Waran Peruntukan Tahunan Pada 1 Januari Setiap Tahun            
3 Proses Penyediaan Bajet Negeri Sebelum Sidang Belanjawan Dewan Undangan Negeri            
4 Proses Permohonan Pendahuluan Diri Tidak Lewat Daripada 7 Hari            
5 Proses Permohonan Pembiayaan Kenderaan Dan Komputer Tidak Lewat Daripada 30 Hari (Tertakluk Kepada Kuota)            
UNIT PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET
6 Proses Permohonan Pengecualian Kelulusan Berbelanja Tidak Lewat Daripada 14 Hari            
BAHAGIAN PENGURUSAN AKAUN
7 Proses Penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Sebelum 28 Februari Tahun Berikutnya            
8 Proses Pengeluaran Cek Bayaran Tidak Lewat Daripada 7 Hari            
9 Proses Pembayaran Gaji Berpandukan Kepada Tarikh-Tarikh Yang Ditetapkan Oleh Perbendaharaan Negeri            

 

Ahad, 19 Oktober 2014 08:32

Ucapan Belanjawan Tahun 2015

Ucapan Belanjawan Tahun 2015 Bagi Tempoh Penggal Yang Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Ketiga Belas telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Ustaz Dato' Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan bertempat di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Isnin, 18 Zulhijjah 1435H bersamaan 13 Oktober 2014.

Versi E-Book Versi Video
Ucapan Belanjawan Tahun 2015 Versi E-Book
{loadnavigation}
Rabu, 01 Januari 2014 00:00

Transaksi Atas Talian

Bilangan Transaksi Atas Talian Perbendaharaan Negeri Kelantan Bagi Tahun 2014

Bil Perkhidmatan Online Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis
1 SPEKS (Intranet) 1682 1130 1103 1684 1713 1772 1770 1145 1778 1322 5399 3416
2 Maklumbalas - 2 1 - - - - - - - - -
3 e-Aduan - - - - - - - - - - - -
4 eSPEKS 4350 4431 8013 7153 4478 3655 12248 5637 7637 5284 1912 5399
5 eSMS 3542 3537 3617 7074 5316 3667 5761 4193 5391 5871 6323 4524

 

Bilangan Transaksi Kaunter Perbendaharaan Negeri Kelantan Bagi Tahun 2014

Bil Perkhidmatan Kaunter Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis
1 Transaksi 570 602 485 561 495 632 632 876 802 921 880 621
2 Pertanyaan 690 700 840 726 880 1050 888 957 375 475 632 684

 

Satu Kursus Pengukuhan Microsoft Office Powerpoint, Excel Dan Word telah diadakan oleh Unit Teknologi Maklumat, Bahagian Pengurusan dan Kewangan, Perbendaharaan Negeri Kelantan pada 21-22 Syawal 1435H bersamaan 17-18 Ogos 2014 bertempat di Makmal Komputer Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Kursus dalaman yang dihadiri seramai 25 orang kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi pengetahuan asas tentang penggunaan aplikasi Microsoft Office. Kursus selama dua hari tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohd Asmawi Bin Busu, Encik Mohd Helmie Bin Abdul Karim dan Encik Ahmad Zamakhsyari Bin Zainuddin.

Kursus MS Office Kursus MS Office Kursus MS Office

[ Lihat Album Kursus Pengukuhan Microsoft Office Powerpoint, Excel Dan Word ]

{loadnavigation}
Selasa, 19 Ogos 2014 00:00

Majlis Jamuan Hari Raya

Pada 18 Syawal 1435H bersamaan 14 Ogos 2014 telah diadakan Majlis Jamuan Hari Raya dan Majlis Meraikan Pertukaran/Persaraan Pegawai Dan Kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Majlis yang bermula pada jam 11.30 pagi telah dihadiri oleh Exco-Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri. Majlis turut meraikan pegawai dan kakitangan yang telah bertukar dan bersara. Pelbagai hidangan telah disediakan dan majlis diserikankan lagi dengan alunan muzik bertemakan hari raya.

Majlis Sambutan Hari Raya 1435H Majlis Sambutan Hari Raya 1435H Majlis Sambutan Hari Raya 1435H

[ Lihat Album Majlis Jamuan Hari Raya ]

{loadnavigation}

Pada 18 Syawal 1435H bersamaan 14 Ogos 2014 telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Sempena Mengenang Jasa Pertukaran Dan Persaraan Pegawai Dan Kakitangan. Majlis telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan. 

Perhimpunan dimulakan dengan ucapan oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri merangkap Yang Di Pertua Kelab Sukan & Kebajikan Perbendaharaan Negeri Kelantan (SUKAT), Tuan Haji Norazmi Bin Berahim dan diringi dengan ucapan daripada Puan Salina Binti Adnan, Pegawai Teknologi Maklumat yang telah bertukar ke Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil kakitangan yang bersara, Encik Wan Mohd Nasir Bin Wan Ahmad.

Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri dalam ucapan dan amanatnya, beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala khidmat yang diberikan kepada pegawai dan kakitangan yang bertukar dan bersara sepanjang tempoh perkhidmatan di Perbendaharaan Negeri Kelantan. 

Dalam perhimpunan berkenaan, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri juga telah menyampaikan sijil penghargaan dan hadiah kepada kakitangan yang telah dinobatkan sebagai Warga Kerja Contoh Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kakitangan tersebut adalah:

  • Puan Nooraishah Binti Iskandar – Warga Contoh Bagi Bulan Jan-Mac 2014
  • Puan Hajah Wan Azian Binti Wan Adnan – Warga Contoh Bagi Bulan Apr-Jun 2014

Majlis disusuli dengan penyampaian cenderahati kepada Pegawai dan Kakitangan yang bertukar iaitu:

  • Puan Salina Binti Adnan
  • Cik Siah Binti Abdullah

Dan majlis diakhiri dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada kakitangan yang akan bersara iaitu:

  • Puan Hajah Wan Azian Binti Wan Adnan
  • Encik Wan Mohd Nasir Bin Wan Ahmad
  • Puan Hajah Faridah Binti Ismail
  • Puan Hajah Zamilah Binti Mohamad

Majlis Perhimpunan Warga PKN Majlis Perhimpunan Warga PKN Majlis Perhimpunan Warga PKN

[ Lihat Album Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Perbendaharaan Negeri Kelantan Kali Ke 2/2014 ]

{loadnavigation}
Selasa, 22 Julai 2014 00:00

Majlis Tazkirah Ihya Ramadhan

Satu majlis Tazkirah Ihya Ramadhan telah diadakan pada 23 Ramadhan 1435H bersamaan 21 Julai 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Tazkirah telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Osman Bin Mat Zin, Imam Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa. Beliau menyampaikan tazkirah yang bertajuk Malam Lailatul Qadar.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Kelantan.

Majlis Tazkirah Ihya Ramadhan Majlis Tazkirah Ihya Ramadhan Majlis Tazkirah Ihya Ramadhan

[ Lihat Album Majlis Tazkirah Ihya Ramadhan ]

{loadnavigation}
Hakcipta © 2010 - 2024 Perbendaharaan Negeri Kelantan. Kemaskini Terakhir :
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Tel : 09 7481957 Faks : 09 7487113 Email : treasury[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Penafian : Perbendaharaan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.